Pengaruh Kesediaan Guru Terhadap Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21

  • Jaggil Apak Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Muhamad Suhaimi Taat Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Keywords: kesediaan guru, pengurusan bilik darjah abad ke-21, pengalaman mengajar, sekolah menengah

Abstract

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh kesediaan guru terhadap pengurusan bilik darjah abad ke-21 dalam kalangan guru sekolah menengah di negeri Sabah, Malaysia. Kajian bukan eksperimental ini menggunakan kaedah tinjauan dan beberapa teknik persampelan kebarangkalian telah digabungkan untuk mendapatkan sampel. Data dikumpul menggunakan satu set borang soal selidik adaptasi yang ditadbir ke atas 439 orang guru. Analisis deskriptif menunjukkan kesediaan guru dan pengurusan bilik darjah abad ke-21 diamalkan pada tahap tinggi. Keputusan ujian ANOVA sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kesediaan guru dan pengurusan bilik darjah abad ke-21 berdasarkan pengalaman mengajar. Sementara itu, analisis regresi berganda pula menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan kesediaan guru terhadap pengurusan bilik darjah abad ke-21. Dapatan menunjukkan sumbangan keseluruhan yang diramal oleh kesediaan guru terhadap pengurusan bilik darjah abad ke-21 adalah sebanyak 27.8 peratus. Implikasi dan cadangan kajian lanjut turut dibincangkan.

Statistics
Abstract views: 646 , PDF downloads: 4167

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2018-08-26
How to Cite
Apak, J. and Taat, M. S. (2018) “Pengaruh Kesediaan Guru Terhadap Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 3(4), pp. 6 - 22. Available at: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/103 (Accessed: 6June2020).
Section
Articles