Tahap Kemahiran Imam Menukarkan Kata Ganti Nama dalam Bacaan Doa Bahasa Arab

  • Nurulasyikin Muda Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan, 87000 W.P. Labuan, Malaysia
  • Hazmi Dahlan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, Universiti Malaysia Sabah, 87000 W.P. Labuan, Malaysia
  • Siti Nurul Aishah Abdul Hamid Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan, 87000 W.P. Labuan, Malaysia
Keywords: Imam, doa Qunut, doa keampunan ibu bapa, kata ganti nama, bahasa Arab

Abstract

Bahasa Arab mempunyai kedudukan yang penting dalam ibadah. Ayat-ayat al-Quran, bacaan dalam solat dan juga doa-doa dibaca dalam Bahasa Arab. Imam merupakan individu yang akan mengetuai solat seterusnya melakukan pembacaan-pembacaan tersebut yang boleh didengari oleh para makmum. Kajian ini ingin melihat tahap kemahiran para imam menukarkan kata ganti nama ketika membaca doa qunut dan doa pengampunan ibu bapa. Dalam teks bacaan kedua dua doa ini mengandungi kata ganti nama yang perlu diubah dari kata ganti nama tunggal yang digunakan ketika solat bersendirian kepada kata ganti nama jamak ketika solat berjemaah. 20 responden yang merupakan para pelajar di beberapa institusi pengajian tinggi yang pernah menjadi imam telah diminta untuk membuat rakaman suara bacaan bagi kedua-dua doa tersebut semasa menjadi imam dan telah dihantar kepada pengkaji sejurus setelah mereka diberikan penerangan tentang kutipan data. Analisa kekerapan kesilapan bagi doa qunut melibatkan 7 perkataan dan analisa kekerapan kesilapan bagi doa pengampunan ibu bapa melibatkan 6 perkataan. Kajian ini mendapati bahawa kadar kesilapan yang dilakukan oleh para imam bagi dalam membaca kedua-dua doa qunut dan doa pengampunan ibu bapa adalah pada kadar yang sangat rendah iaitu 9.23%. Walau bagaimanapun, kadar kesilapan bacaan doa qunut adalah jauh lebih tinggi berbanding doa pengampunan ibu bapa. Bagi perkataan yang paling kerap dilakukan kesilapan bacaan pula adalah pada perkataan أتوب iaitu sebanyak 7 kali diikuti dengan perkataan استغفرك sebanyak 6 kali. Ini memberi gambaran bahawa wujudnya kekeliruan penukaran ا yang sepatutnya ditukar kepada ن di bahagian prefiks di mana kedua-duanya adalah versi kata kerja kini.

Statistics
Abstract views: 44 , PDF downloads: 29

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abd Rahman, J., Farhana, I. & Munirah, A. (2010) Kesilapan penggunaan kata ganti nama dan kata kerja dalam pembinaan ayat bahasa Arab https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/47509/ [Research Reports] (Unpublished)

Alias, B. (1999) Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan dan Sains sosial. Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ibnu al Mulqin (1406h) Terjemahan Abdullah ibn Sa’af al Laihani. Kitab al manhaj al qawim sharh al muqaddimah al hadramiyah- fasl sunan al i’tidal. Al maktabah al shamilah al hadithah.

Ibnu Hajar al Haitami, A. (2000) Al minhaj al qawim. Dar al kutub al ilmiyyah.

Kamalia, K. (2019) Pronomina (Isim Dhamir (Atau Kata Ganti Dalam Bahasa Arab (Tinjauan Gender). Jurnal Pengkajian Dakwah dan Manajemen, 7(2), 62-79

Khadher, A., Mustaffa, A. & Mohd Farhan, M. A. (2018) Salah Faham terhadap Isu Bacaan Qunut: Analisis dari Perspektif Muhaddithindan Ijtihad Fuqaha’. Albashirah, 8(2), 41-69. https://ejournal.um.edu.my/index.php/ALBASIRAH/article/view/15568/9344

MuftiWP. (2019). Irsyad Al-Hadith Siri Ke-416: Lafaz Doa Kedua Ibubapa https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/3683-irsyad-al-hadith-siri-ke-416-lafaz-doa-kedua-ibubapa

MuftiWP. (2021). AL-KAFI #1791: Perbezaan Bacaan Doa Qunut Imam Dalam Solat https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4759-al-kafi-1791-perbezaan-bacaan-doa-qunut-imam-dalam-solat

Muhammad, N. (2021). Panduan Bacaan Doa Qunut Subuh Dan Maksud Ejaan Rumi. https://akuislam.com/blog/ibadah/doa-qunut/

Nasimah, A, Lubna, A. R., Norfazila, A. H. & Murni, S. M. (2017) Ketidaksepadanan Terjemahan Kata Ganti Nama Diri Dalam Surah al-Syu’araa. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan (PASAK2017) 26-27 April 2017, KUIS.

Usop, M. P. & Seman, M. (2010). Bahasa Arab untuk Ibadah. Kuala Lumpur: Attin Press Sdn Bhd.

Wahab, S.A. (2010). Analisis Kesilapan Sintaksis dan Morfologi Dalam Khutbah Jumaat. Disertasi Sarjana. Universiti Malaya.

Zulfiah, S. (2018). Fungsi dan Kedudukan kata Ganti (Dhamir) dalam Ilmu Sharf. NUKHBATUL ‘ULUM : Jurnal Bidang Kajian Islam, 4 (1): 61-69 https://journal.stiba.ac.id.
Published
2021-11-10
How to Cite
Muda, N., Dahlan, H. and Abdul Hamid, S. N. A. (2021) “Tahap Kemahiran Imam Menukarkan Kata Ganti Nama dalam Bacaan Doa Bahasa Arab”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(11), pp. 173 - 180. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i11.1141.
Section
Articles