Kajian Kes Interaksi Sosial dalam kalangan Pelajar Pelbagai Etnik ke arah Pengukuhan Integrasi Nasional

  • 'Adlina Abdul Khalil Pusat Pengajian Umum, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah (UniSHAMS)
  • Rosfazila Abd Rahman abatan Kenegaraan dan Pengajian Ketamadunan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
  • Hairol Anuar Mak Din Pusat Pengajian Siswazah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Keywords: interaksi sosial, pelajar pelbagai etnik, strategi integrasi nasional

Abstract

Kajian ini menghuraikan kajian kes interaksi sosial dalam kalangan pelajar pelbagai etnik ke arah pengukuhan integrasi nasional. Kajian ini mengenal pasti faktor yang mendorong interaksi sosial pelajar melalui aktiviti kokurikulum seperti sukan dan persatuan di sekolah. Dapatan temu bual secara individu dan berkumpulan di dua buah sekolah menengah di daerah Kuala Ketil, Kedah mendapati wujud konflik dan stereotaip dalam kalangan pelajar, namun sikap untuk mempelajari budaya dan menerima perbezaan yang terdapat antara etnik dilihat wujud. Kajian menunjukkan bahawa faktor mempengaruhi interaksi sosial pelajar ialah faktor luaran seperti pengaruh persekitaran sekolah dan rakan sebaya serta faktor dalaman seperti faktor intrapersonal pelajar itu sendiri. Bagi mengukuhkan interaksi sosial pelajar, beberapa strategi telah dijalankan oleh sekolah melalui aktiviti kokurikulum seperti sukan dan persatuan. Kesimpulannya, interaksi sosial yang baik dalam kalangan pelajar pelbagai etnik amat penting dan memerlukan usaha pengukuhan khususnya pentadbir sekolah agar keharmonian dan kemakmuran negara dapat dikekalkan.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ab. Rahim Selamat. (2000). Pengurusan Sekolah Bestari (Satu Pengenalan). Johor Bharu: Badan Cemerlang Sdn. Bhd.

Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2016). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan, Amalan dan Analisis Kajian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya

Hamid Awang, Azali Rahmat, Mohd. Ra’in Shaari, Adenan Ayob & Abdullah Yusof. (2012). Pengurusan Kokurikulum Sekolah Rendah dan Menengah. Tanjong Malim: Emeritus  Publications.

Mok Soon Sang.(2010). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi, Murid dan Alam Belajar. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Nurul Hudani Md. Nawi & Balan Rathakrishnan. (2010). Motivasi dalam Pembelajaran. Kota Kinabalu: Penerbit UMS.

Rohana Yusof. (2001). Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa & Pustaka.

Schaefer R.T. (2005). Sociology 9th (Ed). New York: McGraw Hill Higher Education.

Tan Sri Lee Lam Thye. (19 Mei 2011). Tingkatkan Interaksi sosial Pelajar Pelbagai Etnik.Utusan Malaysia, www.Utusanonline.com.my

Zaid Ahmad, Ruslan Zainuddin, Sarjit Singh Gill, Ahmad Tarmizi Talib, Ho Hui Ling, Lee Yok Fee, Najeemah Mohd. Yusof & Nazri Muslim. (2017). Hubungan Etnik di Malaysia. Shah Alam:Oxford Fajar Sdn. Bhd
Published
2018-06-28
How to Cite
Abdul Khalil, ’Adlina, Abd Rahman, R. and Mak Din, H. A. (2018) “Kajian Kes Interaksi Sosial dalam kalangan Pelajar Pelbagai Etnik ke arah Pengukuhan Integrasi Nasional”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 3(3), pp. 131 - 135. doi: 10.47405/mjssh.v3i3.115.
Section
Articles