Kemampuan Pemilikan Rumah dalam kalangan Belia di Batu Kurau, Perak

  • Norazmawati Md.Sani Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia (USM), 11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia
  • Nurul Shafiqah Mohd Nori Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia (USM), 11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia
Keywords: kemampuan, pemilikan rumah, golongan belia, persampelan rawak, skim perumahan

Abstract

Kemampuan memiliki rumah sendiri adalah berkait rapat dengan pelbagai faktor yang antaranya ialah faktor ekonomi dan faktor sosial. Peningkatan migrasi luar bandar ke kawasan Bandar menyebabkan berlakunya kenaikan harga rumah, pendapatan yang tidak mencukupi dan kos sara hidup yang tinggi yang telah menyebabkan golongan belia menghadapi masalah untuk memiliki rumah sendiri. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kemampuan golongan belia untuk memiliki rumah sendiri di Batu Kurau dan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kemampuan golongan belia untuk memiliki rumah sendiri. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan soal selidik terhadap 85 orang responden yang dipilih secara rawak berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Dapatan kajian dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan kaedah analisis kekerapan dan kaedah analisis deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden yang terdiri dari kalangan belia di Batu Kurau, Perak memiliki tahap sebenar kemampuan pemilikan rumah adalah hanya mampu memiliki rumah sendiri pada harga di bawah RM150,000 seunit. Manakala faktor-faktor utama yang mempengaruhi kemampuan golongan belia untuk memiliki rumah sendiri ialah faktor masalah kelayakan mendapatkan pinjaman perumahan, faktor bayaran wang pendahuluan yang tinggi semasa membeli rumah, faktor harga rumah yang mampu dimiliki tetapi tiada dalam pasaran perumahan serta faktor tanggungan bilangan anak yang ramai dan faktor tanggungan jumlah ahli keluarga yang ramai.

Statistics
Abstract views: 64 , PDF downloads: 51

Downloads

Download data is not yet available.

References

Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan Peraturan-Peraturan. International Law Book Services. Hingga 15th Februari 2020.

Arimah, B.C. (1997). The determinants of housing tenure choice in Ibadan, Nigeria. Urban Studies, 34(1), 105-124.

Bujang, A. A. (2006). Pemilikan Harta Tanah Kediaman, Satu Kajian Penilaian Ke Atas Pencapaian Matlamat Peraturan Kuota Lot Bumiputra di Daerah Johor Baru. Universiti Malaya.

Hulchanski, J.D. (1995). The concept of housing affordability: six contemporary uses of the housing expenditure-to-income ratio. Housing Studies, 10(4), 471-491.

Jemila, S.H. & Dietrich, V.R. (2006). Residuals in the Extended Growth Curve Model. Scandinavian Journal of Statistics, 33 (1), 121-138.

Norazmawati M.S. (2007). Kemampuan Pemilikan Rumah Kos Rendah di Kuala Lumpur. PhD Tesis. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Norazmawati M.S. (2021a). Tekanan Perumahan Pasca Pandemik Covid-19 Terhadap Kemampuan Perumahan. Jurnal Dunia Pengurusan, 3(2), 59-66.

Norazmawati M.S. (2021b). The impact of the Covid-19 Pandemic in Pulau Pinang, in the Context of the Housing Industry. Sumerianz Journal of Social Science, 3(11), 137-141

Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic), 2010. https://napic.jpph.gov.my/portal/ms/web/guest/about-napic

Thalmann, P. (2003). ‘House poor’ or simply ‘poor’? Journal of Housing Economics, 12(4), 291-317.

Wu, F. (2010). Housing Environment Preference of Young Cconsumers in Guangzhou, China: Using the Analytic Hierarchy Process. Property Management, 28(3), 174–192. Retrieved from http://www.emeraldinsight.com/10.1108/02637471011051318

Yates, J. & Gabriel, M. (2006). Housing Affordability in Australia. Economics.
Published
2021-11-10
How to Cite
Md.Sani, N. and Mohd Nori, N. S. (2021) “Kemampuan Pemilikan Rumah dalam kalangan Belia di Batu Kurau, Perak”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(11), pp. 99 - 109. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i11.1168.
Section
Articles