Peranan Jawatankuasa Perhubungan Kaum dalam Merintis Kesepaduan Sosial di Tanah Melayu: Satu Tinjauan Awal bagi Model Masa Depan
Abstract
Kemajmukan masyarakat akibat daripada polisi ekonomi adalah natijah daripada penjajahan kuasa asing. Akibat daripada polisi ekonomi British, Tanah Melayu menerima kemasukan dua etnik lain iaitu Cina dan India untuk berkerja di sektor perlombongan dan perladangan. Disebabkan ini, timbul pelbagai konflik di antara orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu dengan dua etnik ini, sepertimana yang dapat dilihat semasa pendudukan Jepun dan juga penjajahan British. Tujuan kertas kerja ini adalah untuk melihat peranan Communities Liaison Committee (CLC) atau Jawatankuasa Perhubungan Kaum di dalam meritis kesepaduan sosial di antara etnik Melayu, Cina dan India di Tanah Melayu di dalam keadaan serba mencabar akibat daripada pendudukan Jepun, penjajahan British, pengaruh komunis dan darurat. Usaha mewujudkan kerjasama antara etnik telah lebih dahulu dimulakan oleh gabungan AMCJA-PUTERA tetapi malangnya tidak mampu bertahan kerana tiada sokongan daripada pemerintah British selain tiada tolak ansur antara orang Melayu dan bukan Melayu kerana perbezaan latar belakang dan tumpuan. CLC yang mendapat sokongan kerajaan British adalah perintis kepada kesepaduan sosial di Tanah Melayu apabila ianya berjaya menggabungkan tiga etnik utama untuk berbincang mengenai tolak ansur etnik atau lebih dikenali sebagai “kontrak sosial” serta mengasaskan perkongsian kuasa yang masih diamalkan sehingga sekarang.
Downloads
References
Ho Hui Ling. (2010). Pembangunan Politik dan Hubungan Etnik: Ke Arah 1Malaysia, Dalam Zaid Ahmad (penyt), Buku Teks Hubungan Etnik di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Ho Hui Ling. (2014). Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Mohd.Rizal Yaakop & Shamrahayu A.Aziz. (2014). Kontrak Sosial Perlembagaan Persekutuan 1957: Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia.
Nazaruddin Mohd.Jali et.al. (2006). Malaysian Studies: Nationhood & Citizenship. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn.Bhd.
Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul Hubungan Etnik (Edisi Kedua). Bangi: Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shamsul Amri Baharuddin & Anis Yusal Yusoff. (2014). Perpaduan, Kesepaduan, Penyatupaduan: Satu Negara, Satu Kata Akar, Tiga Konsep Keramat. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia.
Wan Hashim Wan Teh. (2011). Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia.