Persepsi Guru Matematik Sekolah Rendah Terhadap Pengajaran Konseptual Atau Prosedural

  • Ahmad Mustafa Mahmud Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
  • Muhammad Sofwan Mahmud Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Keywords: pengajaran, pendekatan, konseptual, prosedural

Abstract

Kajian gabungan kualitatif dan kuantitatif yang dilaksanakan ini adalah untuk meninjau persepsi guru matematik sekolah rendah terhadap pengajaran bersifat konseptual atau prosedural. Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Kajian ini juga meninjau dengan menggunakan borang kaji selidik berskala Likert 5 pandangan guru matematik sekolah rendah terhadap pengajaran bersifat konseptual atau prosedural. Peserta dalam kajian ini ialah 5 orang guru matematik sekolah rendah. Kajian ini bertujuan untuk menjawab dua persoalan kajian iaitu, apakah pengajaran guru matematik sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran bersifat konseptual atau prosedural? Persoalan kedua ialah apakah pandangan guru matematik sekolah rendah terhadap pendekatan-pendekatan konseptual dalam pengajaran matematik? Dapatan kajian menunjukkan semua peserta kajian dilihat jelas mengaplikasikan pendekatan prosedural. Dapatan kajian juga menunjukkan peserta kajian bersetuju pada tahap tinggi (min skor 4.08) berkaitan kepentingan pendekatan-pendekatan bersifat konseptual. Mereka juga bersetuju pada tahap tinggi (min skor 3.9) tentang wujudnya kebaikan dan keburukan pendekatan-pendekatan bersifat prosedural. Akhir sekali, semua peserta kajian bersetuju pada tahap sederhana (min skor 3.65) berkaitan sikap terhadap pelaksanaan pendekatan-pendekatan bersifat konseptual dan prosedural.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abidin, Z. (2012). Pentingnya pemahaman konseptual dan prosedural dalam belajar matematik. Malang: Universitas Islam Malang.

Adnan, M. dan Zakaria, E. (2012). Pengetahuan konseptual pecahan dalam kalangan bakal guru matematik. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 2(1). 12-22.

Abdullah, N.A. (2019). Mathematics Teachers’ Conceptual Knowledge of Algebra: A Literature Review/ Pengetahuan Konseptual Algebra Guru Matematik: Satu Kajian Literatur. Sains Humanika, 12(1): 19–30.

Adnan, M. (2014). Aplikasi model persamaan berstruktur dalam menilai kepercayaan dan pengetahuan konseptual guru matematik sekolah rendah 2(1): 32–50.

Fallis, A.. (2013). Persepsi dan sikap pelajar terhadap pendekatan konstruktivisme serta kesan terhadap pencapaian dalam mata pelajaran Matematik di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Journal of Chemical Information and Modeling, 53(9): 1689–1699.

Kurikulum, B.P. (2019). Matematik. Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Tahun 5.

Leong, T.G. … Idrus, M. (2020). Analisis keperluan bagi pembangunan modul matematik tingkatan 1 untuk pengekalan pengetahuan konseptual dan prosedural 8(2): 86–99.

Mohd Rusdin, N. & Dollah, M.U. (2018). Keupayaan menyelesaikan masalah matematik berayat menggunakan strategi melukis gambar rajah dalam kalangan murid tahun 3 Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 8(2): 74–85.

Mulyono, B. … Konsep, P. (2018). Pemahaman konsep dalam pembelajaran matematika 3(2): 103–122.

Nor Adibah binti Abdullah. (2020). Kompetensi penyelesaian masalah dan pengetahuan konseptual guru matematik sekolah menengah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 8(3): 1–14.

Salleh, I. (2016). Pedagogi matematik sekolah rendah: Konseptual atau prosedural. Ds.

Talib, A. (2017). Analisis pemahaman konseptual dan prosedural siswa dalam menyelesaikan soal matematik berdasarkan gaya belajar 1(2): 101–106.

Tengku Zainal, Tengku Zawawi; Mustapha, Ramlee; Habib, A.R. (2009). Pengetahuan pedagogi isi kandungan guru matematik bagi tajuk pecahan: Kajian kes di sekolah rendah 34(1): 131–153.

Yahaya, A. (2018). Kepentingan faham konsep mat. Isu-Isu Pendidikan Sains Dan Matematik.

Yusof, Y. … Sern, L.C. (2016). Integrasi konsep dan teori beban kognitif dalam pendidikan kejuruteraan di Malaysia: satu kajian literatur. Geografia - Malaysian Journal of Society and Space, 12(3): 46–57.

Zainal Abidin Bin Zainuddin, A.B.S. (2008). Keberkesanan kaedah konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Diperoleh pada 12 November 2015.
Published
2021-12-10
How to Cite
Mahmud, A. M. and Mahmud, M. S. (2021) “Persepsi Guru Matematik Sekolah Rendah Terhadap Pengajaran Konseptual Atau Prosedural”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(12), pp. 67 - 79. doi: 10.47405/mjssh.v6i12.1181.
Section
Articles