Tanah Rizab Melayu di Ambang Kepupusan?
Abstract
Pelbagai dakwaan telah dibuat mengenai kepupusan Tanah Rizab Melayu di negara ini. Sebelum merdeka, penyusutan keluasannya adalah disebabkan oleh pengambilan tanah oleh kerajaan kolonial British untuk perlombongan, pembukaan kampung-kampung baru semasa ancaman komunis serta aktiviti penggadaian dan penjualan tanah oleh orang Melayu kepada bukan Melayu. Selepas merdeka, kepupusannya dikaitkan pula dengan aktiviti pengambilan tanah oleh kerajaan melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Kajian ini merupakan kajian analisis kandungan yang melibatkan bahan- bahan yang diperoleh daripada sumber teks sekunder dan dapatan kajian terdahulu. Penekanan diberikan kepada menganalisis statistik keluasan Tanah Rizab Melayu di negara ini. Hasil analisis mendapati dakwaan mengenai trend penyusutan Tanah Rizab Melayu adalah kurang tepat dan mengelirukan. Manakala analisis mengenai keluasannya pula, kajian mendapati bahawa peratus keluasan sebenar Tanah Rizab Melayu pada tahun 2009 adalah 30.13 peratus dan bukannya 11.83 peratus sebagaimana yang didakwa. Peratus keluasan tersebut terus meningkat pada tahun 2013 kepada 31.85 peratus. Analisis juga mendapati terdapat kekeliruan maklumat mengenai keluasan sebenar Tanah Rizab Melayu di negara ini.
Downloads
References
Akta Pengambilan Tanah (1960).
Asiah Othman et al. (2006). Implikasi Pencerobohan Tanah Kerajaan. Kajian Kes:Bandaraya Johor Bahru. Johor Bahru: Laporan Akhir Penyelidikan Jangka Pendek.
Azima Abdul Manaf et al. (2015). Faktor penghalang pembangunan tanah rizab Melayu. Malaysian Journal of Society and Space 11, 8, 100-109.
Bashiran Begum Mobarak Ali & Nor Asiah Mohamad. (2007). The ‘red-ink grants’: The Malays and the land. IIUM Law Journal, 15, 2, 279-283.
Bernama (26 Mei 2016).
BH online (12 Januari, 2016).
Enakmen Rizab Melayu Johor (1936).
Frankema, E. H. (2006). The colonial roots of Latin American land inequality in a global comparative perspective: Factor endowments or political economy? Center for the Evolution of the Global Economy. Groningen: University of Groningen.
Gomez, E.T. (2003). Capital development in Malaysia. In: Proceedings of CEDER Conference, Kuala Lumpur, Malaysia. 2003, 71–140.
Hamzah Jusoh et al. (2013). Development process and its implication on the native land ownership. Asian Social Science, 9, 14.
Ismail Omar. (2015). Enterprizing indigenous land in Kuala Lumpur: Constraining factors of Malay reservation Land. International Journal of Trade & Global Business Perspectives© Pezzottaite Journals, 4, 2, 1635-1641.
Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan (JKPTG).
Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian / Bahagian Tanah Ukur & Pemetaan (2009).
Jabatan Statistik, Laporan Tahunan Perangkaan Malaysia (1998).
Kasitah Gadam. (2002). Pemilikan dan penguasaan tanah oleh orang Melayu. Jurnal Tanah, 3.
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (2009).
Mohd Hasrol Haffiz Aliasak. (2008). Sikap dan mentaliti masyarakat Melayu terdahulu terhadap pemilikan tanah. Perak: Universiti Teknologi Mara.
Mohd Hasrol Haffiz Aliasak. (2013). Tanah Rizab Melayu: Sejarah dan cabaran. https://ptg.perak.gov.my. Retrieved February 15, 2018.
Muhammad Said Abd. Kadir. (1995). Siri kefahaman Akta Pengambilan Tanah, 1960: Prinsip-Prinsip Jadual Pertama. Kuala Lumpur: Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi.
N9Kini (27 Oktober, 2015).
Nik Abdul Rashid Nik Abdul Majid. (1993). Malay reservation land: Concepts. Malay reservation land: A development perspective. Buletin INSPEN, 8, 4, p.3.
Noor ‘Ashikin Hamid et al. (2011). Pengambilan tanah bagi pembangunan ekonomi: Isu dan penyelesaian. Jurnal Undang-undang & Masyarakat 15, 135-148
Nor Asiah Mohamad & Bashiran Begum Mobarak Ali. (2009). The prospects and challenges of Malay Reservation Land in the 21st. century. Malaysian Journal of Real Estate, 4 (2), 4-6.
Parliamentary session-Dewan Negara (March 2011).
Pejabat Tanah dan Galian negeri Perak (PTG Perak)
Perak Hari Ini (9 Disember 2015).
Ruslin Hassan. (1993). Pembangunan Tanah Rizab Melayu: Kajian Kes Kg. Bharu. Seminar Tanah Rizab Melayu - Perspektif Pembangunan. Anjuran Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan Malaysia.
Shal, V. (2003). Environment, development and indigenous people – Belize. Indigenous Rights in the Commonwealth Caribbean and Americas Regional Expert Meeting. Guyana: Amerindian People’s Association.
Salleh Buang. (2004). Questions over Malay Reserve Lands. Retrieved February 15, 2018, from http://www.hba.org.my/articles/salleh_buang/2004
Salleh Buang. (2003). Kanun Tanah Negara 1965 dan pelbagai undang-undang berkaitan tanah: Satu tinjauan. Seminar Land Administration and Legislations for District Officers/Land Administrators in Peninsular Malaysia. Kuala Lumpur.
Salleh Buang. (2007). Malaysian Torrens System (2nd ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shahrom Md. Ariffin. (2013). Malay reservation land: Unleashing a century of trust. International Surveying Research Journal, 3, 2, 6.
Sinar online (23 September, 2015).
Tengku Hadi TI. (1996). Langkawi: The Hub of the Indonesia, Malaysia, Thailand growth triangle. Petaling Jaya, Selangor: Pelanduk Publications.
Utusan Malaysia (17 September, 2014).
Voon Phin-Keong. (1976). Malay reservations and Malay land ownership in Semenyih and Ulu Semenyih Mukims, Selangor. Journal of Modern Asian Studies, 10 (4), 509-523.