Keberkesanan Didik Hibur Terhadap Empati Sejarah dalam kalangan Murid Tahun Empat di Daerah Kota Setar, Kedah

  • Wan Yee Ooi Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Abdul Razaq Ahmad Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Shakila Che Dahalan Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 35900, Tanjong Malim, Perak, Malaysia.
Keywords: Didik hibur, Empati sejarah, Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti keberkesanan teknik didik hibur terhadap empati sejarah yang dinilai dari segi empati peristiwa dan empati tokoh dalam kalangan murid tahun empat di daerah Kota Setar, Kedah. Kajian ini turut mengenal pasti perbezaan empati sejarah dalam kalangan murid kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan bagi ujian pos berdasarkan jantina. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang berbentuk kuasi eksperimental. Sampel kajian terdiri daripada 18 orang murid tahun empat. Kumpulan kawalan dan rawatan masing-masing mempunyai sembilan orang murid. Tempoh pelaksanaan kajian ini adalah selama 10 minggu. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik. Data dianalisis menggunakan SPSS 26.0 yang melibatkan analisis deskriptif dan inferensi. Kaedah didik hibur ini terbukti berkesan dan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan berbanding dengan pengajaran lazim dalam penerapan empati sejarah dalam kalangan murid. Bagi analisis ujian pos yang menggunakan ujian-t tidak bersandar menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan empati sejarah dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Namun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan empati sejarah dalam kalangan murid kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan jantina bagi ujian pos. 

Downloads

Download data is not yet available.

References

Aswaniza Shamsudin & Rosadah Abd Majid. (2018). Efikasi kendiri guru sekolah dalam hospital di Malaysia. Jurnal of Social Sciences and Humanities, l(13-3), 020-028.

Azman Ab Rahman, Ibrahim Hussin Ibrahimi, Tengku Mansur Tengku Zainal Abidin & Ahmad Anis Muhd Fauzi. (2017). Gamifikasi dalam pendidikan islam berasaskan global zakat game: bijak zakat versi 1.0 (gzg). International Journal of Islamic Studies, 6(1).

Chua, Y.P. (2011). Kaedah penyelidikan (Edisi ke-2). McGraw-Hill Education.

Chua, Y.P. (2014). Asas statistik penyelidikan (Edisi ke-3). McGraw-Hill Education.

Cohen, L., Lawrence, M. & Morrison, K. (2017). Research Methods in Education (8th Edition). Routledge Taylor and Francis Group.

Hanita Mohd Yusoff & Norzaini Azman. (2018). Pencapaian akademik murid lelaki dan perempuan: peranan sokongan pembelajaran dan keterlibatan murid. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 15(2), 257-28.

Institut Aminuddin Baki. (2017). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad ke-21. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Izwan Nizal Mohd Shahranee, Jastini Mohd Jamil & Sarah Syamimi Mohamed Rodzi. (2016). Google Classroom as a tool for actice learning. Proceeding of the International Conferences on applied Science and Technology, 1-7.

Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah: satu penilaian. [Tesis doktor falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia].

Kaviza, M. (2020). Kesediaan murid terhadap penggunaan aplikasi google classroom sebagai platform pembelajaran sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 5(4), 108-115.

Kaviza, M., Shaharudin Saad, Asiah Dahaman. (2021). Kesan Pembelajaran Abad Ke-21 Melalui Aplikasi Google Classroom Terhadap Pencapaian Penguasaan Pengetahuan Sejarah. Journal of ICT in Education, 8(1), 92-103.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Kurikulum standard sekolah rendah sejarah: dokumen standard kurikulum dan pentaksiran tahun 4. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Khairunnajwa Samsudin. (2017). Amalan nilai empati sejarah sekolah menengah. [Tesis ijazah sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia].

Mohd Zahar Hj Kusnun & Affero Ismail. (2016). Penerapan kaedah didik hibur terhadap motivasi belajar di kalangan murid di sebuah sekolah rendah daerah Kluang. Seminar Pendidikan Johor 2016.

Norazlin Mohd Rusdin & Siti Rahaimah Ali. (2019). Amalan dan cabaran pelaksanaan pembelajaran abad ke-21. Proceedings of the International Conference on Islamic Civilization and Technology Management, 87-105.

Noor Lela Ahmad, Sho, S.L., Hariyaty Ab. Wahid & Rohaila Yusof. (2019). Kepentingan amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 terhadap pembangunan pelajar. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(28), 28-51.

Noriyani Doman. 2017. Implikasi google apps dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar pesisir uthm. [Tesis ijazah sarjana, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia].

Norma Jusof, Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Ahmad Syukran Baharuddin, Lukman Abdul Mutalib, Hasnizam Hashim & Zulfaqar Mamat. (2021). Sikap guru terhadap pengajaran berpusatkan murid di kalangan guru pendidikan islam dalam mata pelajaran al-quran di sekolah kebangsaan: satu tinjauan. Proceedings of the 7 th International Conference on Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2021) FPQS, Universiti Sains Islam Malaysia.

Nur Aliah Izzaty Hisamudin. (2019). Penggunaan kaedah didik hibur untuk pembelajaran matematik dalam kalangan murid sekolah rendah Taman Sri Rampai. [Tesis ijazah sarjana. Universiti Malaya Kuala Lumpur].

Ros Anita Kartini Mohamed & Abdul Halim Ali. (2021). Implikasi elemen sastera melayu terhadap perkembangan kognitif murid dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 116-126.

Rosmadi Salleh & Hafizhah Zulkifli. (2020). Penggunaan didik hibur dalam pendidikan islam sekolah kebangsaan. Malaysian Online Journal of Education, 4(2), 1-16.

Riski Nurida Rahmawati. (2019). Actual usage penggunaan e-learning dengan technology acceptance model (tam). Jurnal Inovasi Teknologi Pendidikan, 6(2), 127-136.

Shakila Che Dahalan. (2020). Keberkesanan modul KPSA-21 terhadap pengetahuan dan amalan kemahiran berfikir aras tinggi serta empati sejarah. [Tesis doktor falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia].

Siti Hawa. (2019). Pendidikan sejarah: pemikiran, pemahaman dan empati. Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Siti Rahaimah Ali & Farah Mukhtar. (2017). A case study of fun learning with numeracy of preschoolers. International Journal of Early Childhood Education Care. 6.

Siti Zaharah Mohid, Roslinda Ramli, Khodijah Abdul Rahman & Nurul Nadhirah Shahabudin. (2018). Teknologi multimedia dalam pendidikan abad 21. 5th international research management & innovation conference.

Published
2022-03-10
How to Cite
Ooi, W. Y., Ahmad, A. R. and Dahalan, S. C. (2022) “Keberkesanan Didik Hibur Terhadap Empati Sejarah dalam kalangan Murid Tahun Empat di Daerah Kota Setar, Kedah”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(3), p. e001326. doi: 10.47405/mjssh.v7i3.1326.
Section
Articles