Keberkesanan Peta Pemikiran (i-THINK) Terhadap Mata Pelajaran Sejarah dalam kalangan Pelajar Tingkatan 2

  • Mohd Sirajuddin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Abd Razaq Ahmad Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Shakila Che Dahalan Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia.
Keywords: Peta pemikiran (i-THINK), Pencapaian pelajar, Pencapaian subjek Sejarah

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan peta pemikiran dalam mata pelajaran Sejarah bagi pelajar tingkatan dua. Selain itu, kajian ini juga melihat sama ada terdapat peningkatan pencapaian pelajar yang diajar dengan menggunakan peta pemikiran (i-THINK) . Seterusnya, kajian ini menentukan tahap pengetahuan sejarah bagi kumpulan kawalan dan rawatan, dan sejauh mana perbezaan pengetahuan sejarah menggunakan peta pemikiran berdasarkan jantina. Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah di Kuala Nerus, Terengganu. Kajian dijalankan secara kuantitatif dengan sampel kajian terdiri daripada 50 orang pelajar. Teknik peta pemikiran dipilih sebagai pemboleh ubah tidak bersandar manakala pencapaian Sejarah sebagai pemboleh ubah bersandar. Kajian ini menggunakan satu set soalan untuk ujian pra dan pasca. Analisis data dilakukan dengan menggunakan statistik inferensi dan statistik deskriptif. Hasil dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap min pencapaian pelajar dalam ujian pra dan pasca antara jantina. Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan terhadap min pencapaian pelajar dalam ujian pra dan pasca. Manakala tahap penerimaan pelajar terhadap peta konsep adalah pada tahap sederhana positif. Secara keseluruhannya, peta konsep memberi sumbangan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Rahim Abd. Rashid. (2000). Model dan pendekatan pengajaran sejarah KBSM. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad, K. (2011). Keberkesanan kaedah peta konsep terhadap pencapaian, sikap dan kemahiran memahami kronologi dalam kalangan pelajar tingkatan empat. [Tesis, Universiti Kebangsaan Malaysia].

Awang, M. M., Ahmad, A. R., & Rahman, M. M. A. (2014). Penggunaan peta minda oleh pelajar pintar cerdas dalam pembelajaran Sejarah (The use of mind maps by gifted students in learning History). Jurnal Pendidikan Malaysia, 39(2), 95–100. https://doi.org/www.academia.edu/35725143/Penggunaan_Peta_Minda_oleh_Pelajar_Pintar_Cerdas_dalam_Pembelajaran_Sejarah_The_Use_of_Mind_Maps_by_Gifted_Students_in_Learning_History

Aziz, Z., & Jair, N. (2009). Penggunaan peta konsep untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sejarah bagi pelajar tingkatan dua. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1), 3–15. https://doi.org/journalarticle.ukm.my/207/

Khairuddin Ahmad. (2011). Keberkesanan kaedah peta konsep terhadap pencapaian, sikap dan kemahiran memahami kronologi dalam kalangan pelajar tingkatan empat [Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia].

Kiong, T. T., Md Yunos, J., Mohamad, B., Othman, W., & Heong, Y. M. (2010). Kepentingan peta minda sebagai alat berfikir dalam mengambil nota kuliah. In: 15th International Conference On Education, 24-27 Mei 2010, Brunei.

M. Snyder, M. (2009). Instructional-Design Theory to guide the creation of online learning communities for adults. TechTrends, 53(1), 48–56. https://doi.org/www.researchgate.net/publication/234586639_Instructional-Design_Theory_to_Guide_the_Creation_of_Online_Learning_Communities_for_Adults

Mansor, R., Hassan, H. N., Abdullah, N., & Yussuf, N. A. N. (2015). Keberkesanan Penggunaan I-Think terhadap pencapaian dan minat murid dalam tajuk Sifat Bahan, Sains Tahun 4. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 5(2). https://doi.org/ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/view/2154/1775

Nair, S., & Muthiah, M. (2005). Penggunaan Model Konstrutivitism Lima Fasa Needham dalam pembelajaran Sejarah. Jurnal Pendidik Dan Pendidikan, 20, 21–41.

Othman, Y., & Othman, A. H. (2012). Keberkesanan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran karangan argumentatif di sebuah sekolah menengah arab di negara Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2), 32–45. https://doi.org/journalarticle.ukm.my/5718/

Poh, S. H. (2005). Kemahiran berfikir : mengikut sukatan pelajaran. Kumpulan Budiman.

Rahmat, N. R. (2003). Penghasilan modul pengajaran guru bagi mata pelajaran Sejarah. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. https://doi.org/1library.net/document/q5w00o7q-penghasilan-modul-pengajaran-guru-bagi-mata-pelajaran-sejarah.html

Sabar, S. H., & Khalid, M. H. (2005). Kertas konsep faktor-faktor graduan berkerjaya memilih Kursus Perguruan Lepas Ijazah-Pengkhususan Sekolah Rendah. Jurnal Penyelidikan MPBL, 6, 36–49.

Sardangi, A., & Jamian, A. R. (2017). Penggunaan peta pemikiran I-Think dalam pemahaman KOMSAS BahasaMelayu. Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Taha, M (2004). Belajar cara mudah. Peningkatan minda. Pusat Pengajian Umum Bangi, UKM.

Tor, G. H. (2004). Masalah pembelajaran Sejarah: Satu kajian tindakan. In UUM Repository. https://doi.org/repo.uum.edu.my/id/eprint/5947/

Published
2022-03-10
How to Cite
Sirajuddin, M., Ahmad, A. R. and Dahalan, S. C. (2022) “Keberkesanan Peta Pemikiran (i-THINK) Terhadap Mata Pelajaran Sejarah dalam kalangan Pelajar Tingkatan 2”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(3), p. e001328. doi: 10.47405/mjssh.v7i3.1328.
Section
Articles