Hubungan Antara Penglibatan Aktiviti Fizikal Dengan BMI Dalam Kalangan Murid Perempuan Luar Bandar Semasa Pandemik Covid-19
Abstract
Penglibatan aktiviti fizikal secara aktif mendorong untuk mendapatkan BMI yang ideal dan dapat mengurangkan risiko pelbagai penyakit kronik terutamanya murid sekolah di kawasan luar bandar semasa pandemik COVID-19. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara tahap penglibatan aktiviti fizikal dan Indeks Jisim Badan (BMI) murid perempuan sekolah menengah luar bandar di daerah Meradong, Sarawak semasa pandemik COVID-19. Populasi kajian melibatkan murid perempuan yang berusia 16 hingga 19 tahun di daerah Meradong. Seramai 372 orang murid telah dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah pensampelan berstrata. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah bentuk kajian tinjauan silang-rentas melalui borang soal selidik Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ) versi 2. Dapatan kajian menunjukkan TPA murid perempuan adalah pada tahap aktif (min =304.25 minit/minggu; 1604.57 kcal). Bagi aktiviti fizikal MPA pada tahap aktif (min = 207.36 minit/minggu) manakala aktiviti fizikal VPA pada tahap tidak aktif (min = 96.89 minit/minggu). Bagi tahap BMI menunjukkan bahawa secara keseluruhannya murid berada dalam kategori normal iaitu 70.2% dengan nilai min = 22.14 kgm-2. Hasil ujian korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa tahap penglibatan aktiviti fizikal tidak mempunyai hubungan yang signifikan terhadap BMI dalam kalangan murid perempuan iaitu r = 0.001; p > 0.05 = 0.982. Penglibatan aktiviti fizikal bagi murid perempuan ini tidak memberikan kesan kepada nilai tahap BMI mereka semasa musim pandemik COVID-19, namun mereka perlu kekal aktif bagi menjaga tahap kesihatan yang optimum
Downloads
References
Abdullah, F. R., Abd Razak, M. R., & Ismail, E. (2021). Tahap Penglibatan Aktiviti Fizikal Dan Indeks Jisim Badan Murid Melanau. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 355-360. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/12589
Azimah Ahmad. (2007). Faktor Utama Obesiti Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Luar Bandar. Laporan Penulisan Ilmiah Dikemukakan Bagi Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Untuk Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Sains). Fakulti Sains Dan Teknologi Universiti Pendidikan Sultan Idris
Bathrellou, E., Lazarou, C., Panagiotakos, D. B., & Sidossis, L. S. (2007). Physical activity patterns and sedentary behaviors of children from urban and rural areas of Cyprus. Central European journal of public health, 15(2), 66-70. https://www.researchgate.net/publication/6193860_Physical_Activity_Patterns_and_Sedentary_Behaviors_of_Children_from_Urban_and_Rural_Areas_of_Cyprus
Benardot, D. (2020). Advanced sports nutrition. Human Kinetics Publishers.
Bouchard, C. (1990). Physical activity, fitness, and health. The model and key concepts. Consensus statement. Fitnessgram/Activitygram Reference guide (4th ed.)
Caspersen, C. J., Powell, K. E., & Christenson, G. M. (1985). Physical Activity, Exercise and Physical Fitness: Definitions and Distinctions for Health-Related Research. Public Health Reports, 100(2), 126–131.
Cheung, P., Ip, P., Lam, S., & Bibby, H. (2007). A Study on Body Weight Perception and Weight Control behaviours among Adolescents in Hong Kong. Hong Kong Medicine Journal, 13(1), 16-21.
Dewi, R. C., & Nanda Rimawati, P. (2021). Body mass index, physical activity, and physical fitness of adolescence. Journal of Public Health Research, 10(2). https://doi.org/10.4081/jphr.2021.2230
Ismail, E. (2021). Corak Aktiviti Fizikal dan Kesihatan Murid di Tanah Rancangan Felda. [Tesis Ph.D tidak diterbitkan]. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Fhareez Ridzuan Abdullah, Mohd Radzani Abd Razak, & Erwan Ismail, (2021). Tahap Penglibatan Aktiviti Fizikal Dan Indeks Jisim Badan Murid Melanau. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 355-360. Diperoleh daripada https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/12589
Haslina Kamis, Azman Ahmad Tajri, Erwan Ismail & Mohd Radzani Abdul Razak. (2017). Corak Aktiviti Fizikal Dan Hubunganya Dengan Obesiti Dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah Di Felda. Journal of Education and Social Sciences, 6(2), 2289-9855. https://www.jesoc.com/wp-content/uploads/2017/06/KC6_87.pdf
Krejcie, R., & Morgan, D. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607- 610. https://doi.org/10.1177/001316447003000308
Lesser, I. A., & Nienhuis, C. P. (2020). The impact of COVID-19 on physical activity behavior and well-being of Canadians. International journal of environmental research and public health, 17(11), 3899. https://doi.org/10.3390/ijerph17113899
Lim, T. O., Ding, M. H. A., Zaki, M., Suleiman, A. B., Fatimah, S., Siti, S., Tahir, A. & Maimunah, A. H. (2000). Distribution Of Body Mass, Weight And Body Mass Index On A National Sample Of Malaysian Adults. Med. J. Mal. 55(1), 78-89. http://www.e-mjm.org/2000/v55n1/Body_Weight.pdf
Mai Shihah Abdullah & Wan Nur Syahida Wan Kamaruddin. (2017). Indeks Jisim Badan (BMI) dan Hubungannya dengan Persepsi Imej serta Kepuasan Berat Badan dalam Kalangan Remaja. Sains Humanika, 9, 1-5,153–162. https://doi.org/10.11113/sh.v9n1-5.1190
Mohd Radzani Bin Abdul Razak, Tajul Arifin Bin Muhamad, M.Nasrun Bin Mastor, Haslinda Binti Husain & Haslina Binti Kamis. (2016). Hubungan di antara Obesiti dengan Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan dalam Kalangan Murid-Murid di Tiga Buah Sekolah Rendah Kategori A di Zon Pudu Kuala Lumpur. International Conference on Global Education IV (Vol. II). 1365-1370. https://docplayer.info/204252493-Mohd-radzani-bin-abdul-razak-tajul-arifin-bin-muhamad-m-nasrun-bin-mastor-haslinda-binti-husain-haslina-binti-kamis-abstrak.html
National Health and Morbidity Survey. (2015). Laporan NHMS 2015 Jilid II. https://iku.gov.my/nhms-2015
Nuttall, F. Q. (2015). Body mass index: obesity, BMI, and health: a critical review. Nutrition today, 50(3), 117. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4890841/
Sabahriah Yusof, Mohd Radzani Abdul Razak & Erwan Ismail (2021). Hubungan antara Penglibatan Aktiviti Fizikal dengan Tahap Kecergasan Fizikal Semasa Pandemik COVID-19 dalam kalangan Pelajar Kolej Profesional MARA. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 38-45. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/12554
Shi, Z., Lien, N., Kumar, B., & Gerd, H. (2007). Perception of Weight and Associated Factors of Adolescents in Jiangsu Province, China. Public Health Nutrition, 10(3): 298-305. https://www.cambridge.org/core/journals/public-health-nutrition/article/perceptions-of-weight-and-associated-factors-of-adolescents-in-jiangsu-province-china/6AD696D252EDDE51292C5F4E5AE99910
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi. (2019). Penyakit tidak berjangkit, permintaan jagaan kesihatan, dan literasi kesihatan. https://iptk.moh.gov.my/images/technical_report/2020/4_Infographic_Booklet_NHMS_2019_-_BM.pdf. 21 Januari 2022
Wan Norsaidatina Hasma W Nawang, Mohd Radzani Abdul Razak, Mohamad Firdaus Ahmad & Siti Aida Lamat. (2021). Tahap penglibatan dalam aktiviti fizikal serta aktiviti sedentari pelajar semasa penularan COVID-19. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 10(1), 15-23. https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JSSPJ/article/view/4682
Ward, D. S., Dowda, M., Trost, S. G., Felton, G. M., Dishman, R. K., & Pate, R. R. (2006). Physical activity correlates in adolescent girls who differ by weight status. Obesity, 14(1), 97–105. https://doi.org/10.1038/oby.2006.12
World Health Organization (WHO). (2018). Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ): Analysis Guide. Geneva: World Health Organization. Diperoleh daripada https://www.who.int/ncds/surveillance/steps/resources/GPAQ_Analysis_Guide.pdf
World Health Organization (WHO). (2020). Obesity. https://www.who.int/health-topics/obesity#tab=tab_1
World Health Organization (WHO). (2021). #HealthyAtHome - Physical activity. https://www.who.int/news-room/campaigns/connecting-the-world-to-combat-coronavirus/healthyathome/healthyathome---physical-activity