Penerapan Nilai Falsafah dalam Rekaan Seni Bina Rumah Melayu Anjung Layar Sari, Kampung Spaoh Betong, Sarawak
Abstract
Artikel ini memfokuskan penerapan nilai falsafah dalam rekaan seni bina rumah Melayu Anjung Layar Sari (RMALS) di Kampung Spaoh Betong Sarawak. Bagi masyarakat Melayu yang sinonim dengan Islam, rumah adalah harta, tempat berteduh dan tempat tinggal. Sebab itu ia dibina dengan mengutamakan keselesaan, keselamatan dan kesenian, melambangkan keunikan rumah Melayu. Reka bentuk seni bina rumah Melayu banyak memanfaatkan unsur semula jadi dan berteraskan falsafah ideologi masyarakat Melayu. Rumah Melayu umumnya menepati konsep “rumah” sejagat kerana pembinaannya secara relatifnya lebih kekal. Unsur-unsur yang menentukan kemelayuan sesebuah rumah tradisional dapat dilihat pada ciri-ciri seni binanya Motif berbentuk flora, fauna, dan kaligrafi paling banyak sekali digunakan berbanding motif-motif yang lain sekaligus digunakan sebagai penanda aras identiti seni bina rumah Melayu. Data diperoleh melalui temu bual bersama informan iaitu pemilik RMALS ini sendiri. Analisis data menjelaskan keunikan bangunan rumah Melayu ini melalui pelbagai aspek seni bina kekisi cucur atap,tangga, landskap, loteng dan kayu berpasak serta penggunaan motif flora, fauna dan ayat kaligrafi yang digunakan seperti motif itik pulang petang, motif pucuk rebung dan motif batik tradisional Indonesia mempunyai penerapan nilai falsafah dan membawa makna yang tersendiri.
Downloads
References
Abdullah, M. F., Ismail, A. H., & Zakaria, M. R. (2020). Pendekatan reka bentuk lanskap pada bangunan tinggi. Journal Design and Built, (13), 1-12. https://spaj.ukm.my/jsb/index.php/jdb/article/download/511/284
Ahmad, A. B., & Mujani, W. K. (2013). Seni bina Islam: Satu pengamatan. Journal of Civilisational Studies, (10), 1-18. https://www.researchgate.net/profile/Anisah-Ahmad-3/publication/277667082_Seni_bina_Islam_Pengamatan/links/556fd81308aefcb861ddb4ec/Seni-Bina-Islam-Satu-Pengamatan?origin=publication_detail
Bakar, A. A., & Utaberta, N. (2013). Motif- motif ukiran pada tiang dua belas di Kelantan dan Terengganu. Journal Design and Built, (6), 1-11. https://spaj.ukm.my/jsb/index.php/jdb/article/download/95/63
Basri, F. (2002). Seni bina Islam di Malaysia. Jurnal Tasawwur Islam, (5), 1-15. https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11631/1/AJ_Fairuzah%20BASRI%20JTI%2002.PDF
Daud, N. I. M. K., Arbi, E., & Faisal, M. (2012). Pengaplikasian ukiran kayu dalam seni bina di Malaysia. Journal of Design and Built Environment, (11), 1-14. https://ejournal.um.edu.my/index.php/jdbe/article/download/5323/3115/12127
Effendy, Tenas. (2005). Falsafah dalam seni bina Melayu. Lembagan Adat Melayu Riau.
Hanafiah, A. R. (1966). Falsafah dan seni kreatif Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Harun, M., Bahaman, B., & Ariffin, M. F. (2013). Perkembangan seni khat ukir Melayu: Kajian terhadap karya-karya ukiran kayu di Terengganu. Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Kebangsaan kali kedua. 1-17. https://www.researchgate.net/publication/283071735_PERKEMBANGAN_SENI_KHAT_UKIR_MELAYU_Kajian_Terhadap_Karya-karya_Ukiran_Kayu_di_Terengganu
Kling, Z. (2000). Kekeratan Melayu : Islam dalam kehidupan sosio budaya. Dlm A. Aziz dan Mohd Taib Osman (ed), Tamadun Islam di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Masri, R., Ahmad, R. & Rani, R. (2018). Teori Maslow dalam konteks memenuhi keperluan asas pekerja dan peranannya dalam meningkatkan prestasi organisasi : kajian dan perspektif Islam. Journal Hadhari. (10), 1-28. https://journalarticle.ukm.my/12099/1/25688-76657-1-SM.pdf
Nasir, A. H. (1986). Ukiran kayu melayu tradisi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Yaaman, N. Y., & Ramli, M. A. (2013). Elemen-elemen binaan rumah Melayu: implementasi kontemporari. Kementerian Pendidikan Malaysia. https://adoc.pub/download/elemen-elemen-binaan-rumah-melayu-tradisional-implementasi-d.html
Yusof, M. N., Osman, M. K. A., Rofie, M. K., Rahman, M. N. A., & Zain. A. M. (2010). Pembudayaan nilai Islam dalam rekabentuk rumah tradisional masyarakat Melayu. Conference Paper Universiti Utara Malaysia. https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1878/1/38.pdf
Zakaria, I. (2012). Islam dan falsafahnya dalam kebudayaan Melayu. Journal Hadhari Special Edition. 91-108. https://journalarticle.ukm.my/6100/1/JD005862_91-108.pdf
Zakaria, I., & Long, A.S. (2013). Titik temu antara falsafah dan kehidupan praktis. International Journal of Islamic Thought, (3), 1-8. www.ukm.my/ijit/wp-content/uploads/2016/01/3-Idris-Zakaria-IJIT-Vol-3-June-2013.pdf