Kesan Rawatan Terapi Integratif Terhadap Kemurungan dan Agresif dalam kalangan Banduan Penjara

  • Azahar Che Latiff Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Mohd Dahlan A. Malek Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Wan Anor Wan Sulaiman Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Puteri Hayati Megat Ahmed Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Keywords: modul rawatan, kaunseling kelompok, terapi integratif, banduan penjara

Abstract

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesan rawatan Terapi Integratif terhadap kemurungan dan agresif dalam kalangan banduan penjara. Terapi Intergratif dalam kajian ini merujuk kepada modul rawatan yang mengandungi empat integrasi teori di dalam suatu proses kaunseling. Ia melibatkan gabungan terapi Person Client Centered (PCC), Rational Emotions Behaviour Therapy (REBT) dan Choice Theory Reality Therapy (CTRT) sebagai teknikal rawatan. Manakala Stimulus Organisme Response (SOR) bertindak sebagai prinsip rawatan atau pembelajaran. Terapi Integratif ini dikendalikan terhadap responden sebanyak enam sesi kaunseling kelompok. Kajian ini juga berbentuk kuasi eksperimen melibatkan 160 orang banduan murung (80 rawatan; 80 kawalan) dan 140 orang banduan agresif (70 rawatan; 70 kawalan) daripada lima buah institusi penjara sebagai responden kajian menggunakan persampelan bertujuan. Banduan ini dikenalpasti sebagai responden berdasarkan cutting point tinggi kemurungan menggunakan alat ukur Beck Depression Inventory (BDI) dan tinggi agresif menggunakan Aggressive Questionaires (AQ). Bagi tujuan analisis data, statistik yang digunakan adalah ujian non-parametrik iaitu Mann-Whitney Test dan Wilcoxon Signed Rank Test berdasarkan analisis Taburan Normal menggunakan ujian Kolmogorov-Smirnov dan Shapiro-Wilk. Hasil kajian melaporkan keputusan Mann-Whitney Test menunjukkan kumpulan rawatan mempunyai kadar penurunan yang lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan dalam kemurungan dan agresif. Wilcoxon Signed Rank Test juga menunjukkan keputusan yang sama apabila kumpulan rawatan menunjukkan nilai penurun dari pra program kepada pasca program lebih besar berbanding kumpulan kawalan.

Statistics
Abstract views: 354 , PDF downloads: 739

Downloads

Download data is not yet available.

References

Bahagian Dasar Kepenjaraan. 2016. Statistik Analisis Masalah Kemurungan, Psikopatik & Tingkahlaku Agresif Banduan Penjara Malaysia. Jabatan Penjara Malaysia.

Corey, G. (2009). The Art of Intergrative Counseling. (2nd ed.).USA: Brooks/Cole.

Miles, W. R. (1961). Carl Iver Hovland. The American Philosophical Society Yearbook, pp. 121- 25.

Mohamad Fadzil Che Din, Khamsiah Ismail, Wan Marzuki Wan Jaafar, Taqiyuddin Abd. Mukti, Amir Shariffuddin Abd. Majid, Ahmad Zaini Abu Hassan, Abd Zaini Ibrahim, Mohamed Ali, Norzila Bohani dan Mohamad Solehuddin Shuid. (2010). Modul Pelaksanaan Alat Ukur Psikologi : Kes Parol di Jabatan Penjara Malaysia. Jabatan Penjara Malaysia.

Nelis D., Kotsou I., Quoidbach J., Hansenne M., Weytens F., Dupuis P., et al. 2011. Increasing Emotional Competence Improves Psychological And Physical Well-Being, Social Relationships, And Employability. Emotion 11: 354–366.

Norcross, J. S., & Goldfried, M. R. (Eds.), (2005). Handbook of Psychotherapy Integration    (2nd ed.). New York: Oxford University Press.

Sabitha Marican. (2009). Penyelidikan Sains Sosial Pendekatan Pragmatik. Kuala Lumpur: Edusystem Sdn. Bhd.

Weinrach, S.G. (2006). Selecting a Counseling Theory While Scratching Your Head: A Rational–Emotive Therapist’s Personal Jorney. Journal of Rational-Emotive & Cognitive-Behavior Therapy, 24(3).
Published
2018-08-26
How to Cite
Che Latiff, A., A. Malek, M. D., Wan Sulaiman, W. A. and Megat Ahmed, P. H. (2018) “Kesan Rawatan Terapi Integratif Terhadap Kemurungan dan Agresif dalam kalangan Banduan Penjara”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 3(4), pp. 73 - 82. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v3i4.136.
Section
Articles