Keterlibatan dalam Aktiviti Fizikal dan Pengaruh Kepada Self Esteem Pelajar Sekolah Menengah di Semenanjung Malaysia
Abstract
Sumbangan sukan dan aktiviti fizikal mempunyai perkaitan yang besar dalam mempengaruhi perkembangan pendidikan secara positif. Keterlibatan pelajar dalam aktiviti fizikal akan memberi impak terhadap fizikal, kecerdasan mental, kepimpinan serta fokus di dalam kelas. Objektif kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti fizikal dan pengaruhnya kepada self esteem dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Instrumen utama yang digunakan sebagai pengumpulan data adalah dengan menggunakan soal selidik melalui google form. Ini kerana, kajian yang dibuat adalah merupakan kajian tinjauan. Responden adalah terdiri daripada kalangan pelajar sekolah menengah dengan jumlah 400 orang di Semenanjung Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, tahap keterlibatan pelajar sekolah menengah dalam aktiviti fizikal adalah tinggi (min=4.17; sp=0.507) begitu juga dengan self esteem, berada pada tahap yang tinggi (min=4.15; sp=0.558) dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Hasil analisis regresi mudah menunjukkan bahawa pemboleh ubah bebas iaitu keterlibatan pelajar dalam aktiviti fizikal mempunyai korelasi dan pengaruh menyumbang sebanyak 52.0 peratus secara signifikan terhadap self esteem dalam kalangan pelajar sekolah menengah (β=0.721, t=20.781 dan p=0.000). Satu unit keterlibatan pelajar dalam aktiviti fizikal akan meningkatkan sebanyak 0.721 unit self esteem dalam kalangan pelajar. Kesimpulannya, keterlibatan pelajar dalam aktiviti fizikal merupakan faktor penting yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada self esteem dalam kalangan pelajar.
Downloads
References
Azizah Nordin (1991). Kokurikulum dan Sumbangannya Terhadap Perkembangan Diri Individu Secara Menyeluruh. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Malaysia: McGraw-Hill Sdn. Bhd.
Dagmar Namcek (2017). Self-esteem analyses in people who are deaf or hard of hearing: a comparison between active and inactive individuals. Physical Activity Review. 5: 95-104 http://psjd.icm.edu.pl/psjd/element/bwmeta1.element.psjd-d57cc765-3312-4 1c0-9c66-1f8788e62a94.12.7.2021
Dicken Kilue & Tajul Arifin Muhamad (2017). Cabaran pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah menengah di Malaysia. Journal of Nusantara Studies, 2(2), 53-65 https://journal.unisza.edu.my/jonus/index.php/jonus/article/view/185 20.7.2021
Hendra Mahsyuri (2017). Persepsi siswa terhadap pembelajaran guru pendidikan jasmani di SMA Muhammadiyah Kediri. Jurnal Pembelajaran Olahraga, 3(1), 1-10 https://ojs.unpkediri.ac.id/index.php/pjk/article/view/681/505.12.7.2021
Jamil Ahmad (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di sekolah: Satu Penilaian. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan, UKM.
Mazuardi, Norlena Salamuddin & Mohd Taib Harun. (2017). Pengaruh faktor interpersonal, personal dan lingkungan terhadap penglibatan aktifitas fisik Pelajar Sekolah Menengah Atas Pekanbaru – Riau. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. 4(2), 44-51. http://repository.uir.ac.id/id/eprint/1030.25.7.2021
Mohd Iqbal Che Daud & Mohd Effendi@Erwan Matore (2019). Faktor penglibatan dan penghalang Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam(FPI) UKM dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Prosiding Simposium Siswazah 2019.Universiti Kebangsaan Malaysia, 24 Jun.
Mohd Taib bin Harun, Norlena Salamuddin dan Pekan Ramli (2009). Motif penglibatan belia dalam aktiviti sukan dan rekreasi, Seminar Pendidikan Serantau Ke-4 2009. Universiti Kebangsaan Malaysia, 19 Mei.
Nor Fatin Aqilah & Faridah Mydin Kutty (2021). Hubungan antara Tahap Konsep Kendiri Akademik dan Tahap Penghargaan Kendiri dalam kalangan Pelajar-Atlet di UKM Bangi. Malaysian Journal of Social Sciences and Homunites, 6(7), 236-245. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i7.848.27.7.2021
Nurnadhira Nazri & Norlena Salamuddin (2019). Ketahanan mental dan kecergasan emosi dalam kalangan atlet berpasukan dan individu. Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani, 8(2), 8-18 https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSSPJ/article/view/2797/2164.11.12.2021
Nunnally, J.C. (1978). The study of change in evaluation research: Principle concerning measurement, experimental designs and analysis. Dalam Elmer, L.S. & Guttentag, M. (Eds). Handbook of evaluation research. Beverly Hills, California: Sage
Peng Jianguo, Jia Wenying, Hu Zhigang & Niu Zhou. (2019). The influence of chess training on pupils' self-efficacy, self-esteem and social anxiety. SHS Web of Conferences 60, 01002 (2019), hlm. 1-4 https://sci-hub.se/https://doi.org/10.1051/shsconf/20196001002.21.7.2021
Philip Von Rosen, Oskar Olofsson, Sebastian Vasbom & Annette Heijne. 2018. Correlates of health in adolescent elite athletes and adolescents: A crosssectional study of 1016 adolescents. European Journal of Sport Science, 19(5), 707-716 https://www.researchgate.net/publication/329948649_Correlates_of_health_i n_adolescent_elite_athletes_and_adolescents_A_cross-sectional_study_of_1 016_adolescents.26.7.2021
Rasa Jankauskienė & Ramutis Kairaitis (2017). The Drive for Musculatory among adolescents boys: Its relationship with global self esteem. Sport, 3(66), 19-24 https://www.researchgate.net/publication/286872699_Predictors_of_drive_fo r_muscularity_among_adolescent_males 26.7.2021
Ruth Novianti Sidabalok, Winida Marpaung & Yulinda Septiani Manurun. (2019). Optimisme dan self esteem pada pelajar sekolah menengah atas. Philanthrophy Journal of Psychology, 3(1), 1-74 https://journals2.usm.ac.id/index.php/philanthropy/article/view/1319/988.11.12.2021
Şehmus Aslan, Ummuhan Baş Aslan, Ayça Uyan. (2017). Comparison of self-esteem in physically disabled people according to participating sports. Journal of Human Science, 14(4), 4022-4040 https://www.researchgate.net/publication/317388554_Self-Esteem_in_People _with_Physical_Disabilities_Differences_between_Active_and_Inactive_Ind ividuals 21.7.2021
Sheila Micheal & Abdul Said Ambotang. (2019). Hubungan pengurusan kokurikulum dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sekolah menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 4(7), 202-207 https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/318/227.25.7.2021
Syed Lamsah Syed Chear, Mohd Imran Mohd & Sareena Hanim Hamzah (2018). Kepentingan aktiviti fizikal dalam membina personaliti dan meningkatkan prestasi akademik. Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani, 7(1), 21-33 https://www.researchgate.net/publication/344563839_Kepentingan_aktiviti_f i zikal_dalam_membina_personaliti_dan_meningkatkan_prestasi_akademik 23.7.2021
Tze Ching Ong, Tengku Muhammad Amer Tengku Mohamad Razili dan Chee Sern Lai. (2021). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keterlibatan Pelajar Bidang Teknologi Kimpalan dalam Ko-Kurikulum di Kolej Vokasional. Online Journal for TVET Practitioners, 6(2), 80-90 https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/ojtp/article/view/9530/4477.17.12.2021
Wan Rezawana Wan Daud, Tajul Ariffin Muhammad, Melor Md Yunus. (2018). Hubungan kecerdasan pelbagai dengan sikap terhadap sukan pelajar pintar cerdas akademik. Jurnal Pendidikan Malaysia SI, 1(1), 39-47 http://journalarticle.ukm.my/14382/1/5.pdf .12.7.2021
Wilfred Mok Kok Hoe, Devanthini Dewi Gunasekaran, Wee Lei Hum, Poh Bee Koon & Ruzita Abd. Talib. (2019). Faktor-faktor yang mempengaruhi kemapanan intervensi obesiti juara sihat daripada perspektif kanak-kanak: Satu kajian kualitatif. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia Isu Khas, 157-167