Kepimpinan Pengajaran dalam Merealisasikan STEM Bersepadu
Abstract
Multidisiplin bidang STEM dengan bidang lain merupakan antara program yang diberikan penekanan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) semakin rancak memantapkan pendidikan STEM bagi menarik minat lebih ramai pelajar memasuki bidang STEM di peringkat sekolah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kepimpinan pengajaran dalam merealisasikan pendidikan STEM bersepadu. Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen yang digunakan ialah set soal selidik dalam bentuk Google Form. Seramai 100 orang guru dari sekolah menengah daerah Seremban, Negeri Sembilan telah dipilih untuk menjadi sampel kajian. Dapatan menunjukkan tahap amalan kepimpinan pengajaran guru STEM dan tahap guru STEM mengintegrasikan pendidikan STEM dengan mata pelajaran lain adalah tinggi. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara amalan kepimpinan pengajaran dalam merealisasikan pendidikan STEM bersepadu. Kesimpulannya, guru-guru yang mengamalkan kepimpinan dalam pengajaran mampu merealisasikan pelaksanaan mengintegrasikan pendidikan STEM dengan bidang lain. Sokongan, dorongan dan galakan daripada pihak pentadbir, rakan guru dan ibu bapa akan meningkatkan kesan terhadap kemahiran kepimpinan guru dalam melaksanakan pengintegrasian elemen STEM dengan bidang lain. Sekali gus akan mencapai matlamat dan objektif KPM yang mahu menghasilkan tenaga kerja mahir STEM untuk memenuhi keperluan industri seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan.Oleh itu, bagi meningkatkan tahap kemahiran guru, latihan dan kursus profesional yang berterusan perlu disediakan agar pengajaran dan pembelajaran STEM lebih efektif dan bermakna.
Downloads
References
Affian Akhbar Mustam & Mazlini Adnan (2018). Perception of Primary Mathematics Teachers on STEM-Oriented Teaching and Learning. Journal of Physics: Conference Series, 1227 (1), 012009, 2019 https://iopscience.iop.org/article/10.1088/1742-6596/1227/1/012009/meta
Aini Aziziah Ramli, Nor Hasniza Ibrahim, Johari Surif dan Muhammad Abd Hadi Bunyamin. (2017). Teachers' readiness in teaching stem education. Man in India, 97(13), 343-350. https://www.researchgate.net/publication/318886496
Alma Harris (2005) Teacher Leadership: More than Just a Feel-Good Factor?. Leadership and Policy in Schools, 4(3), 201-219.https://doi.org/10.1080/15700760500244777
Amelia Adam. (2019). Faktor Keberkesanan Guru Cemerlang Sains Dalam Proses Pengajaran dan Pemudahcaraan. National Conference of Educational Research. https://www.researchgate.net/publication/335909143
Amimah Mohammad Ayub. (2018). Kesedaran Terhad Mengenai Pendidikan STEM Di Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018. 7-8 November 2018.
Aminah Jekri & Crispona Gregory K Han. (2020). Cabaran dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran STEM di sekolah menengah. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC) 5(34): 80-90. https://10.35631/IJEPC.534006
Bond, T. G. & Fox C.M. 2015. Applying the Rasch Model: Fundamental Measurement in the Human Sciences. Ed. ke-3. Mahwah, NJ: L. Erlbaum
Guerriero, S. (2017). Pedagogical Knowledge and the Changing Nature of the Teaching Profession. OECD Publishing: Paris.
Katzenmeyer, M. & Moller, G. (2009). Awakening the sleeping giant: Helping teachers develop as leaders. Thousand Oaks, California: Corwin.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2016). Laporan Tahunan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2018). Laporan Tahunan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Khalip Musa & Rofidah Mohd Nasir. (2018). Amalan Kepimpinan Guru dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Rendah Daerah Bagan Datuk, Perak. Management Research Journal, 8(1), 100 – 116. https://doi.org/10.37134/mrj.vol7.9.2018
Moh. Harun Al Rosid & Mukhfidatul Mukarromah. (2020). Korelasi Gaya Kepemimpinan Kepala Sekolah Dengan Motivasi Kerja Guru. Jurnal Tarbiyatuna: Jurnal Kajian Pendidikan, Pemikiran Dan Pengembangan Pendidikan Islam, 1(02), 17-30. https://doi.org/10.30739/tarbiyatuna.v1i02.676
Monawati & Fauzi. (2018). Hubungan Kreativitas Mengajar Guru Dengan Prestasi Belajar Siswa. Jurnal Pesona Dasar, 6(2), 33-43. https://doi.org/10.24815/pear.v6i2.12195
Muhammad Nur Asnawi Romly & Rosnah Ishak. (2021). Amalan Organisasi Pembelajaran Dan Hubungannya Dengan Kepimpinan Guru Sekolah Pedalaman (P1 & P2) Daerah Batang Padang, Perak. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 8(2), 13-24. https://jupidi.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/29944
Nistor, A., Gras-Velazquez, A., Billon, N. & Mihai, G. (2018). Science, Technology, Engineering and Mathematics Education Practices in Europe. Scientix Observatory report.
Nora Misdi, Bambang Sumintono, & Zuraidah Abdullah. (2019). Kepemimpinan Guru Kolej Mara: Satu Kajian Kes. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 8(2), 46-63. https://www.researchgate.net/publication/334361867_Kepemimpinan_Guru_Kolej_MARA_Satu_Kajian_Kes
Norita Hamzah, Mohd Tamri Abd Halim & Malek Baseri. (2020). Gaya Kepimpinan Pemimpin Sekolah Dalam Pengurusan Dan Penyelesaian Masalah Program Pendidikan Khas. Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pallant, J. (2007). SPSS Survival. A step-by-step guide to data analysis using SPSS for Window (version 10). New south Wales, Australia: Allen & Unwin
Salkind, N. J. (2007). Statistics for People Who (Think They) Hate Statistics: The Excel Edition. SAGE Publications, Inc
Salwati Shafee & Fauziah Ismail. (2020). Komunikasi Berkesan Dalam Pengurusan Dan Kepimpinan Sekolah. Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Shernoff, D.J., Sinha, S., Bressler, D.M. & Ginsburg, L. (2017). Assessing Teacher Education and Professional Development Needs for the Implementation of Integrated Approaches to STEM Education. International Journal of Science, 4(13), https://doi.org/10.1186/s40594-017-0068-1
Siti Najihah Jamal, Nor Hasniza Ibrahim, Johari Surif, Nornazira Suhairom, Abdul Halim Abdullah & Nurul Farhana Jumaat. (2017). Understanding of STEM Education among Chemistry Teachers in District of Melaka Tengah. Man In India, 97(12), 101 - 108. https://www.researchgate.net/publication/318635261
Siti Norhafilah Japar, & Dg Norizah Ag Kiflee @ Dzulkifli. (2017). Amalan Kepimpinan Guru Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar di Sekolah Rendah Ugama (SSSRU), Brunei Darussalam. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 72-77.
Siti Nur Diyana Mahmud, Nurfaradilla Mohamad Nasri, Mohd Ali Samsudin & Lilia Halim. (2018). Science teacher education in Malaysia: Challenge and way forward. Asia Pacific science Education, 4(8). https://doi.org/10.1186/s41029-018-0026-3
Stufflebeam, D.L. (1983). The CIPP model for program evaluation. Boston: Kluwer-Nijhoff
Titik Rahayu, Syafrimen Syafril, Agus Pahrudin, Ibdal Satar, Kamisah Osman, Lilia Halim & Nova Erlina Yaumas. (2018). Kualiti Guru, Isu Dan Cabaran Dalam Pembelajaran Stem. Universiti Kebangsaan Malaysia. http://dx.doi.org/10.31219/osf.io/jqcu6
Wachira Srikoom & Chatree Faikhamta. (2018). In- Service Science Teachers’ Self-Efficacy and Beliefs about STEM Education: The 1st Year of Implementation. Department Education, Kasetsart University, Thailand
Wan Zaliha Wan Othman & Shahrul Nizam Salim. (2020). Peranan PGB Sebagai Pemimpin Instruksional yang Berkesan dalam Mengurus Perubahan 1-13. Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia