Pentadbiran Harta Pusaka dan Implikasi Negatif Harta Tidak Dituntut

  • Nur Fadlin Roslan Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Azlin Alisa Ahmad Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
Keywords: Pentadbiran harta pusaka, Implikasi, Seksyen Pembahagian Pusaka, Amanah Raya Berhad, Mahkamah Tinggi Sivil

Abstract

Pentadbiran harta pusaka dalam kalangan umat Islam merupakan perkara yang amat penting yang perlu difahami oleh semua pihak khasnya masyarakat Islam itu sendiri. Namun, masyarakat didapati masih kurang kefahaman mengenai konsep pentadbiran harta pusaka di Malaysia sehingga terjadinya penangguhan pembahagian sehingga bertahun-tahun. Justeru, persoalan yang timbul ialah apakah konsep pentadbiran harta pusaka di Malaysia dan implikasi negatif sekiranya harta pusaka tidak dituntut. Objektif kajian ini ialah mengkaji konsep pentadbiran harta pusaka di Malaysia dan implikasi negatif sekiranya harta pusaka tidak dituntut. Metodologi kajian yang digunakan ialah metod analisis kandungan yang bertujuan mencari dan mengumpulkan fakta-fakta bagi menghuraikan konsep berkaitan dengan pentadbiran harta pusaka di Malaysia dan implikasi negatif yang berpunca daripada harta yang tidak dituntut. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga agensi utama yang berfungsi dalam pentadbiran harta pusaka di Malaysia iaitu Seksyen Pembahagian Pusaka, Amanah Raya Berhad dan Mahkamah Tinggi Sivil. Bidang kuasa ketiga-tiga agensi ini berbeza bergantung kepada jenis harta sama ada harta pusaka kecil, harta pusaka besar atau harta pusaka ringkas. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat implikasi negatif sekiranya harta pusaka tidak dituntut dari sudut ekonomi, keluarga dan perundangan. Kajian ini dapat memberi manfaat bagi segenap masyarakat umat Islam serta pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam harta pusaka ini untuk lebih cakna dalam proses atau perkara-perkara yang melibatkan harta pusaka terutamanya. Kajian ini mampu membantu masyarakat untuk memperoleh ilmu baru dan mendidik pemikiran yang matang untuk menghindarkan salah faham dan pertelingkahan dalam kalangan ahli waris.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta 98) & Peraturan-Peraturan. (2015). Petaling Jaya: Penerbit Lembaga Penyelidikan Undang-Undang.

Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akta 532). (2010). Penerbit Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang Malaysia.

Akta Probet dan Pentadbiran 1959 (Akta 97) & Peraturan-Peraturan. (2017). Petaling Jaya: Penerbit Lembaga Penyelidikan Undang-Undang.

Ahmad Sunawari, L. (2014). Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ekhwan Haque, F.H. (2020, Januari 12). Harta RM 70 bilion Tergantung. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/utama/2020/01/534382/harta-rm70-bilion-tergantung.

Fazira, S. Wan Zahari, W. Y. & Al-Edrus, S.M.D. (2014). Pengurusan harta tanah di Malaysia menurut perspektif Islam : Isu dan cabaran bagi pewarisan harta dalam konteks pembangunan modal insan. Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014. Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April. DOI: 10.13140/2.1.4128.7366.

Geran Probet. (2020). Property Guru.com. Retrieved from https://www.propertyguru.com.my/property-guides/apakah-geran-probet-dan-surat-kuasa-mentadbir-harta-38221

Mohamad Ali Roshidi, A. (2020). Masa Sesuai Cairkan Harta Pusaka Beku. Tinta Minda.

https://bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1880762

Mohd Arafat, J. (2017). Harta yang Tidak Dituntut dalam Islam dan Undang-Undang di Malaysia. Tesis Dr. Fal, Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Mokhtarishah, M. M. Hasmadi, H. H. (2021). Pengaruh Faktor Persepsi Negatif dan Budaya Tular terhadap Buli Siber di Media Sosial dalam Kalangan Pelajar dan Golongan Muda. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 11(1), 16-36.

Mohd Zamro, M. (2016). Undang-undang dan Pentadbiran Harta Pusaka Orang Islam di Malaysia: Kajian di Seksyen Pembahagian Pusaka dan Amanah Raya Berhad. Tesis Dr Fal, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Amrullah, D. N., Wan Noraini, M. S., Muhamad Helmi, M.S. & Siti Nuramani, A. M. (2017). Administration of Estates in Malaysia: Jurisdiction and Misconception. UUM Journal of Legal Studies, 8, 183-196.

Muhammad Amrullah, D. N., Wan Noraini, M. S. (2018). Administration of Estates in Malaysia: Determinant of Factors Behind the Delay in The Distribution of The Deceased’s Asset. Journal of Nusantara Studies, 3(1), 75-86.

Muhammad Hazim, A., Muhammad Anwar, Z., Nur Khairina, O., Noraishah, N. (2018). Peranan Amanah Raya Berhad (ARB) dalam Pentadbiran Harta Pusaka di Malaysia. Slaid. Pembentangan Undang-Undang Pentadbiran Harta Islam di Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia. Nilai, Negeri Sembilan, Disember 2018.

Muhamad Razis, I. (2020). Sebidang Tanah Banyak Nama. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/PnP/2020/10/626440/sebidang-tanah-banyak-nama

Nik Rahim, N.W. Muallimin, M. S, Azman, A. R. Lukman, A. M. Nik Salida Suhaila, N. S. Mohd Hazmi, M. R. Mahmoud, M. A. Muneer Ali, A. R. Setiyawan, G. Mariam Saidona, T. Mihammad Aunurrochim, M. S. Lukmanul Hakim, H. H. & Atiq Syamimi, A. (2018). Harta Tidak Dituntut: Punca dan Kaedah Penyelesaiannya. Malaysian Journal of Syariah and Law, 7, 129- 142.

Othman, L. (2012). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepada Teori dan Metod, ed. ke-3 rev. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Resali, M. (2016). Harta Pusaka Islam di Malaysia: Antara Perundangan dan Pentadbiran. Malaysian Journal of Syariah and Law, 4, 1985-7454.

Rusnadewi, A. R. & Noor Inayah, Y. (2010). Masalah Kegagalan dan Kelewatan Pengagihan Harta Pusaka di Malaysia. Jurnal Intelek, 5 (2). https://jurnalintelek.uitm.edu.my/index.php/main.

Sabitha, M. (2006). Kaedah Penyelidikan Reka Bentuk Kajian Kes. Slaid. Perak. Lretramqw.

Siti Shamsiah, M. S. (2020). Pengurusan Harta Keluarga Islam: Satu Pengenalan. Kertas Kerja Kursus Asas Pengurusan Harta Siri 2021. Institut Kefahaman Islam Malaysia. Kuala Lumpur. 8-9 September.

Sukriah, I. (2006). Pentadbiran Harta Pusaka Orang Islam di Amanah Raya Berhad: Kajian Kes Antara Tahun 2000 hingga 2005. Tesis, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wan Suraya, W. H., Wan Shahzlinda, S. S. & Ummi Munirah Syuhada, M. Z. (2016). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Harta Pusaka Beku di Malaysia. Proceeding on the 3rd International Conference on Management & Muamalah 2016, hlm. 311-315.

Published
2022-04-10
How to Cite
Roslan, N. F. and Ahmad, A. A. (2022) “Pentadbiran Harta Pusaka dan Implikasi Negatif Harta Tidak Dituntut”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(4), p. e001453. doi: 10.47405/mjssh.v7i4.1453.
Section
Articles