Hubungan Diantara Kebimbangan dan Pencapaian Prestasi Sukan Golf di Akademi Golf Sabah

  • Lorince Bin Jumip Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Tajul Arifin Muhamad Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
Keywords: Kebimbangan somatik, Kebimbangan Kognitif, Keyakinan diri

Abstract

Kebimbangan merupakan emosi yang normal bagi setiap manusia. Tahap kebimbangan setiap orang adalah berbeza. Dalam konteks kajian ini, kebimbangan dibahagikan kepada tiga subdimensi iaitu kebimbangan somatik, kebimbangan kognitif dan keyakinan diri. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan kebimbangan dan pencapaian prestasi sukan golf di Akademi Golf Sabah. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang atlet golf yang bernaung di bawah Akademi Golf Sabah. Mereka terdiri daripada 33 orang lelaki dan 27 orang perempuan. Sampel yang dipilih berumur di antara 16 dan 19 tahun serta mempunyai handikap 00 sehingga 24, iaitu kelayakan untuk menyertai sesuatu pertandingan golf. Data kajian dikumpulkan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik yang digunakan ialah model Competitive State Anxiety Inventory (CSAI-2). Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian penerokaan atau Exploratory Design. Borang soal selidik tersebut diberikan kepada responden sehari sebelum masa pertandingan. Analisis deskriptif yang melibatkan min dan sisihan piawai digunakan untuk kajian ini. Dapatan kajian bagi subdimensi kebimbangan kognitif, kebimbangan somatik dan keyakinan diri adalah seperti berikut; skor bagi kognitif ialah (M=3.48; SP=1.31), somatik (M=3.04; SP=1.35) dan keyakinan diri (M=3.54; SP=1.25). Kesimpulannya, hubungan kebimbangan dan pencapaian prestasi sukan golf setiap responden adalah konsisten.    

Downloads

Download data is not yet available.

References

Burton, D. (1988). Do anxious swimmers swim slower? Reexamining the elusive anxiety-

Differences, 17(5), 657-663. https://doi.org/10.1016/0191-8869(94)90138-4

Endler, N. S. (1983). Interactionism: A personality model but not yet. In Nebraska symposium on motivation: Personality—current theory and research (pp. 155-200). Lincoln, NE: Univer. of Nebraska Press.

Gould, D., Feltz, D., Horn, T., & Weiss, M. (1982). Reasons for attrition in competitive youth swimming. Journal of Sport Behavior, 5(3), 155.

Jones, G., Hanton, S., & Swain, A. (1994). Intensity and Interpretation of anxiety symptoms in elite and non-elite sports performers. Personality and Individual performance relationships. Journal of sport and exercise psychology, 10(1), 45-61.

Martens et al. (1990). Relationship Between The Competitive State Anxiety Inventory-2 and Sport Performance: A Meta-analysis. Journal of Sport and Exercise Psychology, 25(1), 44-65.

Martens, R. (1977). Sport Competition Anxiety Test. Champaign, IL: Human Kinetics.

McKay, J. M., Selig, S. E., Carlson, J. S., & Morris, T. (1997). Psychophysiological stress in elite golfers during practice and competition. Australian journal of science and medicine in sport, 29(2), 55-61.

McNally, S. (2002). A survey of self-advocacy groups for people with learning disabilities in an English region. Journal of Learning Disabilities, 6(2), 185-199.

Nash, H. L. (1987). Elite child-athletes: how much does victory cost?. The Physician and Sportsmedicine, 15(8), 129-133.

Olerud, J. E. (1989). Acne in a young athlete. Common problems in pediatric sports medicine, 219-221.

Prapavessis, H., Grove, J. R., Maddison, R., & Zillmann, N. (2003). Self-handicapping tendencies, coping, and anxiety responses among athletes. Psychology of Sport and Exercise, 4(4), 357-375.

Rapee, R. M. (1991). Generalized anxiety disorder: A review of clinical features and theoretical concepts. Clinical Psychology Review, 11(4), 419-440.

Schwartz, G. E., Davidson, R. J., & Goleman, D. J. (1978). Patterning of cognitive and somatic processes in the self-regulation of anxiety: effects of meditation versus exercise. Psychosomatic medicine.

Spielberger, C.D., Gorsuch, R.L., & Lushene. R.E. (1970). Manual for the State-Trait Anxiety Inventory. Palo Alto, CA: Consulting Psychologists Press.

Suay, F., Salvador, A., González-Bono, E., Sanchıs, C., Martınez, M., Martınez-Sanchis, S., ... & Montoro, J. B. (1999). Effects of competition and its outcome on serum testosterone, cortisol and prolactin. Psychoneuroendocrinology, 24(5), 551-566.

Yonkers, K., Zlotnick, C., Allsworth, J., Warshaw, M., Shea, T. and Keller, M., 1998. Is the Course of Panic Disorder the Same in Women and Men? American Journal of Psychiatry, 155(5), 596-602.

Published
2022-05-25
How to Cite
Jumip, L. and Muhamad, T. A. (2022) “Hubungan Diantara Kebimbangan dan Pencapaian Prestasi Sukan Golf di Akademi Golf Sabah”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(5), p. e001473. doi: 10.47405/mjssh.v7i5.1473.
Section
Articles