Tahap Kualiti Tidur Murid Sekolah Rendah Ketika Pandemik Covid-19
Abstract
Tidur merupakan perkara penting untuk pertumbuhan kanak-kanak. Ia bukan saya penting untuk tumbuh besaran malah emosi dan kognitif turut dipengaruhi oleh tidur. Namun sejak penularan pandemik Covid-19 ia telah memberi kesan terhadap rutin tidur kanak-kanak. Pusingan tidur mereka terjejas. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat sejauh mana tahap kualiti tidur murid sekolah rendah ketika pandemik Covid-19 berdasarkan jantina, kaum dan lokasi sekolah serta hubungannya dengan aktiviti fizikal. Instrumen yang digunakan adalah Pittsburgh Sleep Quality Index (PSQI) yang mengandungi tujuh komponen. Nilai alpha cornbach instrumen ini adalah 0.90 menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Untuk menentukan kualiti tidur sama ada baik atau buruk kesemua skor komponen dijumlahkan dan jika skor akhir ≤5 kualiti tidur adalah baik, jika skor >5 kualiti tidur buruk. Dapatan kajian mendapati 52.4% daripada 124 orang responden mempunyai kualiti tidur yang buruk. Manakala dapatan berdasarkan kaum, jantina dan lokasi sekolah didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi ketiga-tiga pemboleh ubah tersebut. Begitu juga dengan hubungannya dengan aktiviti fizikal tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kualiti tidur dengan aktiviti fizikal. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah persampelan bertujuan bagi pemilihan sekolah dan persampelan rawak mudah bagi pemilihan responden.
Downloads
References
Aminuddin, M. (2020). Hubungan Antara Kualitas Tidur Dengan Prestasi Belajar Mahasiswa Akademi Keperawatan Pemprov Kaltim Samarinda. Jurnal Kesehatan Pasak Bumi Kalimantan, 1(1), 51-71.
Buysse, D. J., Reynolds III, C. F., Monk, T. H., Berman, S. R., & Kupfer, D. J. (1989). The Pittsburgh Sleep Quality Index: a new instrument for psychiatric practice and research. Psychiatry research, 28(2), 193-213.
Farah Aziz. (2020). Gajet: Membantu atau merosakkan perkembangan anak anda?. Hello Doktor. https://hellodoktor.com/ms/keibubapaan/tips-keibubapaan/gajet-membantu-atau-merosakkan-perkembangan-anak-anda/ [13.11.2021]
Firouzi, S., Bee Koon, P., Noor, M. I. & Sadeghilar, A. (2013). Sleep pattern and sleep disorders among a sample of Malaysian children. Sleep and Biological Rhythms, 11(3), 185–193.
Germo, G. R., Chang, E. S., Keller, M. A., & Goldberg, W. A. (2007). Child sleep arrangements and family life: Perspectives from mothers and fathers. Infant and Child Development: An International Journal of Research and Practice, 16(4), 433-456.
Hale, L., & Guan, S. (2015). Screen time and sleep among school-aged children and adolescents: a systematic literature review. Sleep medicine reviews, 21, 50-58.
Hartini S, Nisa K, & Herini ES. (2021). Faktor-Faktor yang Berhubungan dengan Masalah Tidur Remaja Selama Pandemi Covid-19. Sari Pediatri. 22(5), 312-6.
Helma Hassan. (2022). Ini jumlah tidur yang diperlukan mengikut usia! Anda kumpulan mana satu?. Skincode. https://skincode.my/articles/jumlah-tidur-yang-diperlukan-mengikut-usia
Hindriyastuti, S., & Zuliana, I. (2018). Hubungan tingkat stres dengan kualitas tidur lansia di Rw 1 Desa Sambung Kabupaten Kudus. JKM (Jurnal Kesehatan Masyarakat) Cendekia Utama, 6(1), 91-102.
Hui, J. T. Y. (2018). Factors Associated With Executive Function Among Adolescents Aged 12 To 16 Years In Petaling Perdana, Selangor, Malaysia. Master Thesis. Unviersiti Putra Malaysia (UPM).
Ithnin, H. (2019). Tidur tiada kualiti. My Metro. https://www.hmetro.com.my/sihat/2019/03/434571/tidur-tiada-kualiti
Jackson Schroeder. (2019). Tabiat Tidur ini akan Menuju Tahap Lebih Baik Hasil Kajian MIT https://ms.tun.com/blog/kebiasaan-tidur-ini-akan-membawa-kepada-penilaian-yang-lebih-baik-dengan-penemuan-kajian/
Kowalski, K. C., Crocker, P. R., & Donen, R. M. (2004). The physical activity questionnaire for older children (PAQ-C) and adolescents (PAQ-A) manual. College of Kinesiology, University of Saskatchewan, 87(1), 1-38.
Potter, P. A., & Perry, A. G. (2010). Fundamental Keperawatan, Buku 3.
Safaringga, E., & Herpandika, R. P. (2018). Hubungan antara kebugaran jasmani dengan kualitas tidur. Sportif, 4(2), 235-247.
Tang, J. et al. (2017). Perbezaan Jantina dan Serantau dalam Kualiti Tidur dan Insomnia: Kajian Kepelbagaian Umum di Wilayah Hunan China. Sci. Rep. 7, 43690; doi:10.1038 / srep43690
Wachob, D., & Lorenzi, D. G. (2015). Brief report: influence of physical activity on sleep quality in children with autism. Journal of autism and developmental disorders, 45(8), 2641-2646.
Wolfson, AR. & Montgomery-Downs, HE. (2013). The Oxford handbook of infant, child and adolescent sleep and behavior. USA: OUP.
Wunsch, K., Kasten, N., & Fuchs, R. (2017). The effect of physical activity on sleep quality, well-being, and affect in academic stress periods. Nature and science of sleep, 9, 117.
Zainuddun Isa. (2018, Januari 28). Apabila media sosial ‘menguasai’ tidur. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/01/381516/apabila-media-sosial-menguasai-tidur