Kesan Senario Politik Ke Atas Tingkah Laku dan Niat Pengundi PRN Johor 2022

  • Suhaimee Saahar @ Saabar Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi MARA, 40450, Shah Alam, Selangor, Malaysia.
  • Mohd Khairuddin Othman Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi MARA, 40450, Shah Alam, Selangor, Malaysia.
  • Ahmad Danial Faris Anuar Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi MARA, 40450, Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Keywords: Senario politik, Niat mengundi, Tingkahlaku pengundi

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis reaksi pengundi Johor sebelum Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Johor 2022. Senario politik Johor sekali lagi diuji apabila Barisan Nasional mengambil keputusan untuk membubarkan DUN Johor setelah mendapati bahawa dengan jumlah kerusi yang kecil sukar bagi mereka untuk melaksanakan dasar dan program yang boleh memberi manfaat kepada rakyat Johor. Dalam masa yang sama PRN kali ini menguji undi 18 tahun yang didaftarkan secara automatik. Ini menjadi satu peluang dan cabaran kepada parti yang bertanding. Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana senario politik semasa yang dilihat agak chaotic dengan pelbagai isu yang disebarkan dalam media sosial mempengaruhi niat dan tingkah laku pengundi. Beberapa kajian yang dijalankan sebelum ini tidak melihat elemen chaos sebagai salah satu faktor yang mampu mempengaruhi niat dan tingkah laku pengundi. Chaos berlaku dalam pelbagai bentuk dan cara sama ada berbentuk ekonomi, politik dan sosial. Dalam kajian ini senario politik semasa digunakan sebagai pemboleh ubah utama political chaos dalam melihat sejauh mana elemen ini akan menjadi penentu kepada tingkah laku pengundian. Kajian ini memilih kaedah tinjauan secara bersemuka dan atas talian dengan menggunakan persampelan rawak mudah ke atas pengundi berumur 18 hingga 40 tahun. Sebanyak 400 soal selidik diedarkan dan 384 dikembalikan. Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS 26 dengan menggunakan analisa deskriptif dan perbezaan min untuk mengukur dan menganalisis keputusan. Hasil kajian mendapati bahawa senario politik mempunyai impak besar ke atas diri pengundi di mana media sosial menjadi sumber maklumat utama mereka walaupun mereka menyedari bahawa maklumat tersebut adalah sebahagian daripada strategi kempen parti yang bertanding. Dari segi niat mengundi faktor kestabilan politik mempengaruhi pengundi selain daripada faktor calon, manifesto, rakan sebaya, keluarga dan lain-lain.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Filipe, J. A., & Ferreira, M. A. M. (2013). Social And Political Events And Chaos Theory- The “Drop Of Honey Effect.” In Emerging Issues in the Natural and Applied Sciences, 3(1), 126–137. https://doi.org/10.7813/einas.2013/3-1/10

Hanias, M. P., & Magafas, L. (2011). Chaos theory in predicting election results. Journal of Engineering Science and Technology Review, 4(3), 286–290. https://doi.org/10.25103/jestr.043.17

Idid, S. A. (2017). Agenda setting: Probing the issues during the 13th general election. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 1-12.

Green, J. A. (2015). Cyber warfare: A multidisciplinary analysis. In Cyber Warfare: A Multidisciplinary Analysis. https://doi.org/10.4324/9781315761565

Mohamed Noor, M. N. (2021). Ke Arah Pilihan Raya Umum ke-15: Dinamika Pilihan Raya Negeri Sabah 2020 dan Pengajarannya. Malaysian Journal of Society and Space, 17(4), 53–59. https://doi.org/10.17576/geo-2021-1704-07

Mohd Dzaki, M. Z. Bin. (2021). Kelancaran Peralihan Kuasa Politik di Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(6), 53–59. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i6.838

Ramli, M. A., Zulkepli, M. I. S., Abdul Rahim, R. A., Abd Razak, M. I., Hamdan, M. N., & Marinsah, S. A. (2019). Isu-Isu Sensitif Dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia Pasca Pilihanraya Umum (PRU14): Aplikasi Pendekatan Kesederhanaan. Penyelidikan Serantau Islam Dan Alam Melayu: Pendidikan, Kewangan, Kehartaan, Kenegaraan Dan Isu Kontemporari, 1(1), 1–12.

Sinar Harian (2022). Parti paling cemerlang, parti paling teruk tumbang. Sinar Harian. https://premium.sinarharian.com.my/article/189818/mediasi-kritis/analisis/parti-paling-cemerlang-parti-paling-teruk-tumbang

Suhaimee Saahar Saabar, Ismail Sualman, Mohd Adnan Hashim, & Mohamed, W. A. W. (2017). Political Advertising and Young Voters Information Needs. International Journal Of Humanities, Arts and Social Sciences, 3(5), 215–222.

Spiliotes, C. J., & Vavreck, L. (2002). Campaign Advertising: Partisan Convergence or Divergence? Journal of Politics, 64(1), 249–261. https://doi.org/10.1111/1468-2508.00127

Published
2022-05-25
How to Cite
Saahar @ Saabar, S., Othman, M. K. and Faris Anuar, A. D. (2022) “Kesan Senario Politik Ke Atas Tingkah Laku dan Niat Pengundi PRN Johor 2022”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(5), p. e001479. doi: 10.47405/mjssh.v7i5.1479.
Section
Articles