Cabaran Pembelajaran dalam Talian Semasa Pandemik Covid-19 Bagi Pelajar Pengajian Bahasa Arab di KUIS
Abstract
Pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah memaksa Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020. Pelaksanaan PKP telah memberikan impak yang besar kepada sektor pendidikan negara kerana semua institusi pendidikan ditutup. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kemudiannya telah melaksanakan kaedah pembelajaran dalam talian menggantikan kaedah pembelajaran secara bersemuka. Penggunaan pedagogi norma baharu ini merupakan cabaran besar kepada pelajar terutamanya yang berpendapatan sederhana dan rendah. Kajian tinjauan ini dijalankan untuk mengenal pasti cabaran pembelajaran dalam talian yang meliputi kemudahan peralatan pembelajaran, persepsi pelajar mengenai pembelajaran dalam talian dan penilaian serta aktiviti pembelajaran. Kajian kuantitatif dan deskriptif telah dijalankan terhadap 123 pelajar peringkat diploma dan sarjana muda dalam bidang pengajian Bahasa Arab di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Kajian ini dijalankan melalui edaran borang soal selidik yang dibina melalui google form menggunakan skala likert 5 mata. Dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian pakej statistik sains sosial (IBM SPSS versi 25.0). Dapatan kajian dianalisis dan dihuraikan secara deskriptif melalui petunjuk nilai purata, sisihan piawai dan interpretasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan kemudahan peralatan pembelajaran dan persepsi pelajar mengenai pembelajaran dalam talian berada pada tahap sederhana dengan nilai purata keseluruhan masing-masing = 3.0 dengan sisihan piawai = 0.468, dan nilai purata 3.31 dengan sisihan piawai = 0.305. Manakala dapatan mengenai penilaian dan aktiviti pembelajaran berada pada tahap tinggi dengan nilai purata keseluruhan = 3.57 dengan sisihan piawai = 0.412. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan, bahawa pelajar memberikan maklum balas positif terhadap aktiviti pembelajaran dan penilaian yang dilaksanakan dalam talian walaupun tahap kemudahan peralatan pembelajaran dan persepsi pelajar mengenai pembelajaran dalam talian adalah sederhana.
Downloads
References
Ahmad, A. (2017, September 4). Mendepani cabaran dunia empat dimensi. BH Online. https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2017/09/321156/mendepani-cabaran-dunia-empat-dimensi
Amin, N. A. M., & Nasri, N. M. (2021). Kajian Tinjauan Persepsi Murid Sekolah Menengah Terhadap Pembelajaran Dalam Talian Semasa Pandemik Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 344–361.
Bolarinwa, O. A. (2015). Principles and methods of validity and reliability testing of questionnaires used in social and health science researches. Nigerian Postgraduate Medical Journal, 22(4), 195.
Chua, Y. P. (2012). Asas statistik penyelidikan (Vol. 2). McGraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd.
Ilias, K., & Ladin, C. A. (2018). Pengetahuan dan kesediaan revolusi industri 4.0 dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. O-JIE: Online Journal of Islamic Education, 6(2), 18–26.
Ishak, A. A., & Talaat, A. Z. M. A. (2020). Pembelajaran atas talian: tinjauan terhadap kesediaan dan motivasi dalam kalangan pelajar Diploma logistik dan pengurusan rantaian bekalan, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(4), 68–82.
Ishak, H. B., Nor, Z. M., & Ahmad, A. (2017). pembelajaran interaktif berasaskan aplikasi kahoot dalam pengajaran abad ke-21. Seminar Serantau. Kedah: Jabatan Pendidikan Khas Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman Jitra. Dipetik, 11(5), 2.
Lubis, M. A., Hassan, W. N. S., & Hamzah, M. I. (2017). Tahap pengetahuan dan kesediaan guru-guru pendidikan Islam sekolah menengah di Selangor terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran pendidikan Islam. Asean Comparative Education Research Journal On Islam And Civilization (ACER-J), 1(1), 1–13.
Mailis, M. I., Hanim, Z. H., & Hassan, N. H. (2020). Persepsi Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Secara Atas Talian Dalam Era Pandemik Covid-19. Jurnal Kesidang, 5(1), 88–99.
Mohamad, N. M. (2021). Cabaran Pedagogi Norma Baharu di Kolej Universiti Islam Perlis (Kuips) Ketika Pandemik Wabak Koronavirus Covid-19. Jurnal Pengajian Islam, 243–254.
Mustapah, J., & Rosli, R. (2021). Tahap Kepuasan Pembelajaran Matematik Atas Talian Semasa Pandemik COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(4), 1–20.
Nick, H. M. (2018). The 4th Industrial Revolution and the Future of Jobs. Book boon.
Pauzi, M. F., Juhari, S. N., Amiruddin, S., & Hassan, N. M. (2020). Covid-19: Pengajaran dan pembelajaran sewaktu krisis pandemik. Jurnal Refleksi Kepemimpinan, JILID III.
Saleh, N. S., & Rosli, M. S. (2020). Tinjauan Literatur Sistematik: Interaksi Media Sosial Atas Talian Dalam Kluster Pendidikan dan Pekerjaan. Sains Humanika, 12(3), 53–65.
Salleh, M., Jamaludin, M. F., Safie, N. S. M., & Yusof, J. M. (2021). Tinjauan keberkesanan pembelajaran secara dalam talian ketika pandemik covid-19: perspektif pelajar sains kejuruteraan politeknik Ibrahim Sultan. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 374–384.
Shahroom, A. A., & Hussin, N. (2018). Industrial revolution 4.0 and education. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8(9), 314–319.
Surjono, H. D. (2015). The effects of multimedia and learning style on student achievement in online electronics course. Turkish Online Journal of Educational Technology-TOJET, 14(1), 116–122.
Tschannen‐Moran, M., & Gareis, C. R. (2004). Principals’ sense of efficacy: Assessing a promising construct. Journal of Educational Administration, 42(5), 573-585.