Pengetahuan dan Kemahiran Teknologi Guru Pendidikan Khas Integrasi Untuk Menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian

  • Nur’alia Mat Nawi Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Norshidah Mohamad Salleh Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
Keywords: Pendidikan khas, Pengajaran dan pembelajaran dalam talian, Pengetahuan, Kemahiran

Abstract

Kesediaan guru Pendidikan Khas Integrasi (PKI) dari pelbagai aspek merupakan kunci utama bagi memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) atas talian berjalan dengan baik. Namun menjadi tanda tanya sama ada guru PKI cukup bersedia untuk melaksanakan PdP atas talian. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan guru PKI dalam pengajaran dan pembelajaran atas talian. Dua objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan teknologi guru PKI serta mengenal pasti tahap kemahiran teknologi guru PKI melaksanakan PdP atas talian. Sampel kajian terdiri daripada 48 orang guru PKI yang berkhidmat di enam buah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah menengah luar bandar di sebuah daerah di Terengganu. Dalam menjalankan kajian, pengkaji telah menggunakan kaedah kajian tinjauan menggunakan analisis kuantitatif. Analisis deskriptif dan analisis inferensi juga digunakan bagi menganalisis data kajian. Satu set soal selidik berskala Likert 5 mata yang telah diadaptasi daripada kajian Maimun et al. (2017) telah digunakan. Instrumen ini mengandungi dua komponen dengan iaitu, (i) Pengetahuan Teknologi Guru PKI dan (ii) Kemahiran Teknologi Guru PKI. Komponen (i) mempunyai 6 item dengan nilai pekali kebolehpercayaan 0.902 dan Komponen (ii) mempunyai 5 item dengan nilai pekali kebolehpercayaan 0.872. Guru Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan pengalaman lebih 10 tahun telah dirujuk bagi tujuan kesahan instrumen. Dalam menganalisis data, analisis deskriptif digunakan bagi mengumpul data berbentuk min, peratusan dan kekerapan. Nilai min skor dan sisihan piawai juga digunakan bagi tujuan deskriptif. Data menunjukkan tahap pengetahuan teknologi guru PKI berada pada tahap tinggi dengan nilai min keseluruhan=3.87, sisihan piawai=0.551 manakala tahap kemahiran teknologi guru PKI pula berada pada tahap yang sederhana dengan nilai min keseluruhan=3.64, sisihan piawai=0.687. Justeru, kajian ini memberi implikasi terhadap peranan guru PKI dalam usaha untuk menambah pengetahuan teknologi serta kemahiran teknologi bagi memastikan kelancaran PdP atas talian. Oleh itu, antara usaha yang boleh dijalankan oleh pihak pentadbir sekolah bagi membantu meningkatkan lagi kemahiran teknologi guru PKI adalah dengan mengadakan kursus atau bengkel berkenaan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Penganjuran kursus atau bengkel secara berkala dan berterusan penting kerana teknologi berkembang terlalu cepat mengikut peredaran zaman.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ahmad Hambali. (2015). Tahap kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) guru pendidikan Islam MRSM: Satu tinjauan. https://www.academia.edu/6037190/Tahap_Kemahiran_Teknologi_Maklumat_Dan_Komunikasi_TMK_Guru_Pendidikan_Islam_MRSM_Satu_Tinjauan.Kesimpulan

Aliff Nawi & Mohd Isa Hamzah. (2013). Tahap Penerimaan Penggunaan Telefon Bimbit Sebagai M-Pembelajaran dalam Pendidikan Islam. Journal of Islamic and Arabic Education, 5(1), 1–10.

Altan, T. (2013). The quest of TPACK in special education. http://en.wikibooks.org/wiki/The_Many_Faces_of_TPACK/Special_Education_Teacher_Education

Azman Ab Rahman, Nurul Nadia Nozlan, Hussein ‘Azeemi Abdullah Thaidi, Muhammad Firdaus Ab Rahman & Mohamad Anwar Zakaria. (2020). Isu Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dan Institusi Pendidikan Sewaktu COVID-19. E-Proceeding: Seminar Antarabangsa Islam Dan Sains (SAIS 2020), 373-386.

Azman Ab Rahman, Syed Salim Syed Shamsuddin, Nurul Nadia Nozalan, Mohd Faiz Abd Shukor & Afat Sukari. (2021). Pandemik Covid-19: Cabaran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam Dalam Pendidikan Khas Bagi Peljara Orang Kurang Upaya (OKU) Masalah Pembelajaran di Malaysia. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs, 5(1), 127-138.

Chew, L. Y. & Suziyani Mohamed. (2021). Kemahiran Guru dalam Mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pembelajaran di Prasekolah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 44-53.

Chong, A. P. & Shaffe Mohd Daud. (2017). Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) dalam Kalangan Guru Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran. International Journal of Educational and Training (InjET), 3(2), 1 -11.

Cut Novi Sri Mulyani. (2012). Kaedah Pengajaran terhadap pemahaman bahasa kepada kanak-kanak pekak [Unpublished master dissertation]. Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim.

Harasim, L. (2000). Shift Happens: Online education as a new paradigm in learning. Internet and Higher Education, 3(1), 41-61.

Intan Marfarrina Omar & Simah Mamat. (2021). Tahap Pengetahuan Teknologi, Kemahiran dan Penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan Komsas Guru Bahasa Melayu di Kelantan. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 8(1), 47-60.

Janet, L. S. C. & Roslinda Rosli. (2020). Pengetahuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Guru Matematik Sekolah Rendah. Malaysia Journal of Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 71-84.

Junaidah Mohamad & Nik Rosila Nik Yaacob. (2013). Kajian Tentang Kepuasan Bekerja dalam Kalangan Guru-Guru Pendidikan Khas. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 28, 103-115.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. MOE. https://www.moe.gov.my/en/dasarmenu/pelan-pembangunan-pendidikan-2013-2025

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2020). Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah. MOE. https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/manual-pdpdr

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2021). Data Pendidikan Khas 2020. MOE. https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/pendidikankhas/buku-data-pendidikan-khas/3993-buku-data-pendidikan-khas-tahun-2020/file

Kuppusamy, Y., & Norman, H. (2021). Kemahiran Teknologi dan Kesediaan Melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan Dalam Talian Semasa Era Pandemik Dalam Kalangan Guru di Sekolah Rendah Tamil. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 428-441.

Maimun Aqsha Lubis, Wan Nurul Syuhada’ Wan Hassan & Mohd Isa Hamzah. (2017). Tahap Pengetahuan Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Selangor Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajaran Pendidikan Islam. Asean Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization, 1(1), 1-13.

Mishra, P., & Koehler, M. J. (2009). What Is Technological Pedagogical Content Knowledge? Contemporary Issues in Technology and Teacher Education, 9(1), 60–70.

Mohamad Idham Md Razak. (2020, April 9). Covid-19: Pembelajaran Atas Talian Suatu Keperluan Ke Arah Menuju Malaysia Maju. Astro Awani. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-pembelajaranatas-talian-suatu-keperluan-ke-arah-menuju-malaysia-maju-237496

Moore, J., Dickson-Deane, C., Galyen, K. & Chen, W. (2010). Designing for E-learn, Online, and Distance Learning environments: Are they the same? http://www.researchgate.net/publication/233751524

Norshila Roslin & Norshidah Mohamad Salleh. (2021). Penggunaan M-Learning Sebagai Bahan Bantu Mengajara dalam Kelas Pendidikan Khas. Malaysia Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 6(5), 53 – 63.

Osman. (2020, April 19). Carian ‘Google Classroom’ tertinggi, bukti guru kita rajin. Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/678951/carian-google-classroom-tertinggi-bukti-guru-kita-rajin

Pejabat Perdana Menteri Malaysia. (2020). Perutusan Khas Perdana Menteri 16 Mac 2020.

Shanmugam, K., & Balakrishnan, B. (2020). Perisian Microsoft Power Point Sebagai Peranti Persembahan Semasa Pdpc Sains Di SJK(T) Luar Bandar Di Negeri Perak. MJSSH Online, 4(1), 49-65.

Suhaila Shahrul Anuar. (2019, Januari 16). Tambah guru pendidikan khas. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/412680/tambah-guru-pendidikan-khas

Tamilmullai, T. & Salini Baloh. (2021). Cabaran Pdpr Bahasa Tamil Di Sekolah Luar Bandar. MJSSH Online 5(2), 183 – 190

Tay, M. G. (2017). Pengetahuan Teknologi Kandungan dalam Kalangan Pelajar Institusi Pendidikan Guru. Jurnal penyelidikan IPGKBL Tahun 2017 14, 17-28.

Umbit, A. F. & Muhamad Suhaimi, T. (2016). Faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan E-Pembelajaran dalam kalangan Pelajar di Institusi Pendidikan Guru di Sarawak. Jurnal Penyelidikan IPGK, 3, 1-14.

UNESCO. (2020, December 11). Education Response. UNESCO. https://en.unesco.org/covid19/educationresponse

Vygotsky, L. S. (1978). Mind in Society: The development of higher psychological processes. Cambridge Mass: Harvard University Press.

Published
2022-05-21
How to Cite
Mat Nawi, N. and Mohamad Salleh, N. (2022) “Pengetahuan dan Kemahiran Teknologi Guru Pendidikan Khas Integrasi Untuk Menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(5), p. e001494. doi: 10.47405/mjssh.v7i5.1494.
Section
Articles