Kekuatan Mental dan Kecederaan Pemain Bola Sepak Malaysia Bertaraf Profesional

  • Muhammad Haziq Kamarudin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Tajul Arifin Muhamad Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
Keywords: Kekuatan mental, kecederaan, pemain bola, Mental toughness, injury, football player

Abstract

Kecederaan merupakan satu cabaran kepada para atlet dan kecederaan yang dialami mampu memberi kesan serta punca kepada pengakhiran kerjaya dalam sukan. Faktor kekuatan mental merupakan perkara yang membantu pemain bola sepak dalam mengharungi sesi pemulihan untuk pulih dari kecederaan dan kembali ke prestasi sebenar. Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan kekuatan mental dan kecederaan pemain bola sepak profesional untuk mengukur kekuatan mental pemain bola ini, penggunaan soal selidik Mental Toughness Questionaire (MTQ48) yang telah diubah suai dalam kajian ini yang terdiri daripada empat konstruk iaitu keyakinan diri, kawalan diri, cabaran dan komitmen yang dibina oleh Clough et al. (2002). Seramai 30 orang pemain bola sepak profesional yang mengalami kecederaan dijadikan sebagai sampel kajian. Hasil kajian mendapati faktor kekuatan mental pemain bola sepak semasa mengalami kecederaan menerusi nilai min yang tertinggi adalah komitmen (M = 4.08). Seterusnya, hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kekuatan mental pemain bola sepak semasa kecederaan berdasarkan pengalaman pemain. Antara lain, hasil kajian mendapati tidak terdapat hubungan antara tahap kecederaan dan kekuatan mental pemain bola sepak semasa mengalami kecederaan. Selain itu, dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat hubungan antara kekerapan mengalami kecederaan dan kekuatan mental pemain bola sepak semasa mengalami kecederaan. Kajian ini dapat membantu pasukan bola sepak Malaysia terutama jurulatih pasukan dan ahli perubatan untuk memahami kepentingan kekuatan mental pemain bola sepak dan boleh dijadikan rujukan kepada pasukan amatur. Kajian juga boleh dijalankan kepada sukan yang berbeza atau kajian terhadap pemain bola sepak amatur atau pemain bola sepak yang bermain di liga sosial.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Adarsh Kumar Srivastav, Neha Sharma & Asir John Samuel. (2020). Impact of Coronavirus disease 19 (COVID-19) lockdown on physical activity and energy expenditure among physiotheraphy professionals and students using web-based open E-survey sent through WhatsApp, Facebook and Instagram messengers. Clinical Epidemiology And Global Health, 9, 78-84. DOI: https://doi.org/10.1016/j.cegh.2020.07.003

Basri, A. (2003). Psikologi sukan. Paper presented at the Kursus sains sukan tahap 2, Kuantan.

Breese, H. P. (1998). Participation Motivation in ITFNZ Taekwondo: A study of the central districts region. New Zealand: Massey University.

Clough, P., Earle, K., & Sewell, D. (2002). Mental toughness: The concept and its measurement. Solutions in Sport Psychology, 32-43.

Dahlan, N. D., & Muhamad, T. A. (2017). Mental toughness and academic achievement among footballers at National University of Malaysia. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 6(1), 21-35.

Davenport, T. J. (2006). Perceptions of the Contribution of Psychology to Success in Elite Kickboxing. J. Sport Science Med., 99-107.

De Loes, M. (1995). Epidemiology of sports injuries in the Swiss organization “Youth and Sports” 1987–1989: Injuries, exposure and risks of main diagnoses. Int J Sports Med, 16,134–138.

Dhillon, H. & Dhillon, M. S. (2017). Current concepts in sports injury rehabilitation. Indian J Orthop, 51, 529-36. https://doi.org/10.4103/ortho.IJOrtho_226_17

Fisher, L. A., Wrisberg, C. A. (2007). How to handle athlete’s transition out of sport. Athl Ther Today, 12, 49–50.

Gordon, S. & Gucciardi, D. (2011). Mental Toughness in Sport: Developments in Theory and Research. Oxon, UK: Routledge.

Gordon, S. (2012). Strengths-based approaches to developing mental toughness: Team and individual. International Coaching Psychology Review, 7(2), 210-222.

Gucciardi, D., Gordon, S, & Dimmock, J. (2008). Towards an Understanding of Mental Toughness in American Football. Journal of Applied Sport Psychology, 20(3), 261-281.

Hashim, A. H. M & Bakar, M. A. (2008). Mengenalpasti Kecederaan yang dialami Oleh Atlet Silat Olahraga semasa Kejohanan Silat. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Jan Ekstrand. (2008). Epidemiology of football injuries. Science and Sports, 23(2), 73-77.

Jones, G., Hanton, S. & Connaughton, D. (2007). A framework of mental toughness in the world’s best performers. The Sport Psychologist, 21, 243-264.

Levy, A. R., Polman, R. C. J., Clough, P. J., Marchant, D. C., & Earle, K. (2006). Mental Toughness as a Determinant of Beliefs, Pain, and Adherence in Sport Injury Rehabilitation. Journal of Sport Rehabilitation, 15(3), 246–254.

Middleton, S. C., Marsh, H. W., Martin, A. J., Richards, G. E., & Perry, C. (2005). Discovering Mental Toughness: A Qualitative Study of Mental Toughness in Elite Athletes. Proceedings of the SELF Research Biennial International Conference.

Mohamad Azmi Nias & Adam Feizril Linoby, (2012). Rahsia Kejayaan Kelab Memanah UiTM Pahang: Dari Aspek Psikologi. Konferensi Akademik (KONAKA 2012) Volume: 201

Nicholls, A. R., Polman, R. C. J., Levy, A. R., Backhouse, S. H. (2009). Mental toughness in sport: Achievement level, gender, age, experience, and sport type differences. Pers Individ Dif, 47, 73-75.

Nurnadhira Nazri & Norlena Salamuddin. (2019). Ketahanan Mental dan Kecerdasan Emosi dalam Kalangan Atlet Berpasukan dan Individu. Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani, 8(2), 10-23

Pamela Andrews & Mark A Chen, (2014). Gender Differences in Mental Toughness and Coping with Injury in Runners. J Athl Enhancement, 3:6

Power, S. K. & Howley, E.T (2004). Exercise Physiology. New York: McGraw- Hill Companies.

Shahrizal Ahmad Zaini. (2021, 21 Disember). Tak dapat elak jadual padat Liga-M. Sinar Harian. https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=221642

Williams, A. M. & Reilly, T. (2000). Talent Identification and Development in Soccer. Journal of Sports Sciences, 18(9), 657-667.

Published
2022-05-26
How to Cite
Kamarudin, M. and Muhamad, T. (2022) “Kekuatan Mental dan Kecederaan Pemain Bola Sepak Malaysia Bertaraf Profesional”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(5), p. e001497. doi: 10.47405/mjssh.v7i5.1497.
Section
Articles