Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Konsep Kewarganegaraan Inklusif: Antara Normatif dan Realiti Suatu Kajian Komprehensif
Abstract
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dirangka hasil daripada persejarahan masyarakat majmuk di Malaysia yang telah membawa kepada peristiwa rusuhan kaum, yang terbit hasil daripada pelbagai faktor dan antara salah satunya adalah perasaan tidak puas hati terhadap peluang pendidikan antara kaum. Maka, keperluan terhadap perpaduan antara kaum, kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan sosial serta pembangunan insan sangat mendesak untuk dicapai. Justeru, pada tahun 1970 kerajaan menubuhkan Rukun Negara bagi mencapai perpaduan antara kaum, mencipta masyarakat yang adil, kemakmuran negara dinikmati bersama, menjamin cara hidup masyarakat yang liberal tradisi dan budaya serta membina masyarakat yang progresif. Sehubungan itu, kesemua matlamat Rukun Negara ini dilandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) bagi mencapai matlamat perpaduan yang diterjemahkan melalui kurikulum pendidikan (Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan). Malahan, nilai-nilai yang terkandung dalam FPK ini telah terangkum nilai-nilai kewarganegaraan inklusif (inclusive citizenship) iaitu seperti keadilan, solidariti, perpaduan dan pengiktirafan diri. Oleh demikian, fokus kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana nilai-nilai kewarganegaraan inklusif yang terangkum dalam FPK diterjemahkan ke dalam dunia realiti pelaksanaan dasar pendidikan dan bilik darjah bagi mencapai matlamat yang diimpikan oleh FPK. Hasil kajian ini telah mengenalpasti lima faktor yang menjadi punca kelemahan dalam mencapai FPK seperti yang dibincangkan di bawah. Justeru, dengan pengenalpastian faktor-faktor ini membolehkan aktor pembuat dasar melihat dengan lebih jelas jurang di antara idea FPK dengan realiti dunia pelaksanaan dasar dalam mencapai perpaduan bangsa yang diinginkan.
Downloads
References
Aristotle. (1962). Politics. Penguins Books.
Aristotle. (1996). The Politics, and the Constitution of Athens. Edited by Stephen Everson. Cambridge: Cambridge University Press.
Azly Rahman. (2013). The Allah Controversy and Other Essays on Malaysian Hypermodernity. Strategic Information and Research Development Centre. Petaling Jaya.
Azmil Tayeb. (2018). Islamic Education in Indonesia and Malaysia: Maping Minds, Savings Souls. London New York. Routledge Francis & Taylor.
Balakrishnan, V. (2004). Rebirth of Civic and Citizenship Education in Malaysia, Jurnal Masalah Pendidikan. 27. Hlm. 221-228.
Bellamy, R. (2008). Evaluating Union citizenship: Belonging, rights and participation within the EU. Citizenship Studies, 12(6), 597-611.
Berita Harian. (2018, 10 Mei). Pakatan Harapan Menang PRU-14. Berita Harian. Dilayari pada 18 Februari 2022, https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/423761/pakatan-harapan-menang-pru-14.
Boas, M. & K, Dunn. (2013). Politics of Origin in Africa. London. Zed Books.
Bourdieu, P. (1983). The Form of Capital. Di dalam J.G. Richardson (ed). Handbook of Theory and Research for the Sociology of Education. New York. Greenwood Press. hHlm. 241-258.
Bush, Tony, Moon. et al. (2019). Dasar Pendidikan di Malaysia Cabaran Pelaksanaan dan Rundingan Dasar. The Head Foundation Human Capital & Education for Asian Development. hlm.1.
Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan, 1st ed. Malaysia. Mc Graw Hill Education.
Elliot, J. (2000). Active and Inclusive Citizenship for Women: Democratic Considerations for Fostering Lifelong Education. Routledge Taylor and Francis Group. Vol.26. Hlm. 143.156.
Elmi, Afyae. A. (2016). Developing an Inclusive Citizenship in Somalia: Challenges and Opportunities. Bidhaan: An International of Somali Studies. Vol 6(7).
Goutho, P. A. (2007). Active and Inclusive Citizenship for Women: Democratic Considerations for Fostering Lifelong Education. Routledge Taylor and Francis Group. Vol. 26. Hlm. 143-156.
Kapai Pujai. (2012). Developing Capacities for Inclusive Citizenship in Multicultural Societies. The Role of Deliberative Theory and Citizenship Education. Research Gate.
Kabeer, N. (2005). Introduction: The Research for Inclusive Citizenship (Ed.2): London & New York, Sage. Bellamy, R. (2008). Evaluating Union citizenship: Belonging, rights and participation within the EU. Citizenship Studies, 12(6), 597-611.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PPIK) 2006-2010. Edisi Pelancaran 2006, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kirpatrick, R. (2011). The Negative Influences of Exam-Oriented Education on Chinese High School Students: Backwash from Classroom to Child. Language Testing in Asia. vol. 3, hlm 40.
Kymclicka, W. (1996). Multicultural: A Liberal Theory of Minority Rights. University of Ottawa.
Lister, R. (2007). Inclusive Citizenship: Realizing the Potential. United Kingdom, Routledge Taylor and Francis Group.
M, Mahadee & Mansor. (2013). Manifestasi Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dalam Kalangan Alumni Program Latihan Khidmat Negara. 8.Hlm.73-106.
Marshall, T. H (1950). Citizenship and Social Class and Others Essays. Cambridge University Press.
Mahzan Awang. et. all (2015). Kompetensi Kewarganegaraan di Malaysia. Laporan Penyelidikan Program Kesepaduan Sosial Negara.
Martin, I. (2003). Adult Education, Lifelong Learning and Citizenship: Some Its and Buts. 22rd Ed. International Journal of Lifelong Education. Hlm. 566-599.
Migdal, J. S. (2004). State in Society: Studying How States and Societies Transform and Constitutes One Another. Edinburgh. Cambridge University Press.
Nilam Hamiddani Syaiful. (2013). Merebut Kewarganegaraan Inklusif. Yogyakarta. Research Centre for Politics and Governance. University Gajah Mada.
Norzamira Che Noh. (2018, 19 Julai). Kasut Hitam di Sekolah Mulai Tahun Depan. Berita Harian Online. Dilayari pada 18 Februari 2022. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/451300/kasut-hitam-di-sekolah-mulai-tahun-depan.
Selvadurai, S. Liu, O. et al. (2015). Debating Education for Nation Building in Malaysia: National School Persistence or Vernacular School Resistance? Malaysian Journal of Society and Space. (13). hlm.14-23
Sitti Hasnah Bandu. et. al (2016). Penerapan Kompetensi Kewarganegaraan dalam Kalangan Pelajar Pelbagai Etnik Peringakt Sekolah Menengah di Malaysia. Prosiding Persidangan Pemantapan Citra Kenegaraan.
Sufean Hussin. (2004). Pendidikan di Malaysia: Sejarah Sistem dan Falsafah (Ed.2): Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Tan, Y. S. (2005). Politik Dongjiaozong dalam Pendidikan Vernakular Cina di Semenanjung Malaysia (1960-1982). Penerbit Universiti Sains Malaysia. Pulau-Pinang.
Welton, M. (2001). Civil Society and The Public Sphere: Habermas’s Recent Learning Theory. 33rd Ed. Studies in Education of Adults. Hlm. 20-34.