Tahap Aktiviti Fizikal Pendidikan Jasmani dalam Kelas dan Status BMI (Body Mass Index) dalam kalangan Murid
Abstract
Penularan COVID-19, Pembelajaran dan Pengajaran di rumah (PdPr) dan penguatkuasaan Standard Operating Procedure (SOP) yang ketat telah menyebabkan perubahan corak kehidupan dan pembelajaran dalam kalangan murid. Kajian ini telah mengkaji tahap aktiviti fizikal Pendidikan Jasmani dalam kelas dan status BMI dalam kalangan murid. Kajian ini membawa kepentingan kepada pihak sekolah, guru dan murid tentang cara untuk menjalankan waktu Pendidikan Jasmani dalam keadaan yang penuh dengan kekangan. Kajian ini dijalankan sebanyak 6 minggu dengan menggunakan pedometer untuk mengukur tahap aktiviti fizikal murid sepanjang 12 perjumpaan. Tinggi badan dan berat badan turut diukur sebelum intervensi dan selepas intervensi untuk mendapat perubahan pada status BMI murid. Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara status BMI dalam kalangan murid sebelum dan selepas intervensi.. Kajian ini memberi implikasi kepada masyarakat, ibu bapa dan guru supaya menitikberatkan penglibatan aktiviti fizikal dalam kalangan murid supaya anak-anak mempunyai status BMI yang ideal.
Downloads
References
Abdullah, F., Abd Razak, M., & Ismail, E. (2021). Tahap Penglibatan Aktiviti Fizikal Dan Indeks Jisim Badan Murid Melanau. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 355-360. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/12589
Effma Rozaima, J. & Mohamad Nizam, N. (2021). Adakah Pandemik Covid 19 Akan Menjadi Pengakhiran Sukan Permotoran Di Malaysia? e-Rencana. Universiti Malaysia Sabah, 2 Mei.
Jamilah, A., Surainee, W., Azlinda, H. & Munawara, P. (2012). Body Mass Index (BMI). MyHealth. http://www.myhealth.gov.my/indeks-jisim-tubuh-ijt/
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2017). Garis Panduan Aktiviti Fizikal Malaysia. https://mdes.org.my/wp-content/uploads/2017/07/garis-panduan-aktiviti-fizikal-2017.pdf
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2018). Gold Edition My Health For Life. https://www.moh.gov.my/moh/resources/auto%20download%20images/5ca1b208c1ec2.pdf
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2020). SOP Sektor Pendidikan. https://asset.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2020/06/15-Pendidikan-KPM-Final-_-10-Jun-2020.pdf
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2021a). SOP Sektor Pendidikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). https://covid-19.moh.gov.my/faqsop/sop-perintah-kawalan-pergerakan-bersyarat-pkpb-cmco/SOP_PKPB_PENDIDIKAN_MKN_01032021.pdf
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2021b). SOP Am Sektor Sukan Dan Rekreasi (PKPB). https://covid-19.moh.gov.my/faqsop/sop-perintah-kawalan-pergerakan-bersyarat-pkpb-cmco/SOP_PKPB_SEKTOR_SUKAN_DAN_REKREASI_01042021.pdf
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2021c). Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 20 OGOS 2021. https://covid-19.moh.gov.my/terkini/2021/08/situasi-terkini-covid-19-di-malaysia-20082021
Khyairany Nur Erma, M. A. & M. Radzani, A. R. (2020). Physical Fitness Based on Health and Its Relation toBody Mass Index (BMI) among FELDA Pupils in the Region of Kuantan, Pahang. International Journal of Advanced Research in Education and Society, 2(1), 94-99.
Lim, S.-K. & Denise Koh. (2021). Aktiviti Fizikal Dan Kelakuan Sedentari Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 261-268.
Mohd Syukran, A. K., Ahmad Syariff, A. T. & Kevin Tan. (2013). Faktor Mempengaruhi Tahap Kecergasan Dalam Kalangan Remaja Dan Kanak-Kanak Di Kawasan Bandar Dan Luar Bandar: Kajian Ulasan. Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia, 17-23.
Muhammad Tony Lim, A. (2014). Aplikasi Kaedah Interpretive Structural Modeling Untuk Pembinaan Model Implementasi Pembelajaran. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 5(4), 38-47.
National Kidney Foundation Malaysia. (2021). BMI Calculator.
Wan Nawang, W. N. H., Abdul Razak, M. R., Ahmad, M. F., & Lamat, S. A. (2021). Tahap penglibatan dalam aktiviti fizikal serta aktiviti sedentari pelajar semasa penularan COVID-19. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 10(1), 15-23. https://doi.org/10.37134/jsspj.vol10.1.3.2021
Wee, E.-H. (2013). Contemporary Issues in the Teaching of PE in Malaysia. JPASPEX 1(1), 17-20.
WHO. (1997). Obesity: Preventing and managing the global epidemic. WHO