Pengetahuan Guru Pendidikan Khas Terhadap Bahan Bantu Mengajar Visual, Auditori dan Kinestetik yang sesuai Terhadap Murid Berkeperluan Khas
Abstract
Murid berkeperluan khas (MBK) memerlukan pembelajaran yang seronok serta mencapai objektif sama seperti murid di arus perdana. Justeru pembelajaran yang seronok perlu menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai untuk memberi rangsangan bagi menarik minat murid terhadap pengajaran. Kajian ini bertujuan untuk melihat pengetahuan guru pendidikan khas terhadap penggunaan bahan yang berbentuk visual, auditori dan kinestetik (VAK) terhadap MBK dalam menarik minat dalam pengajaran guru. Ini kerana masih terdapat sebilangan guru menggunakan kaedah pengajaran tradisional yang menjadi amalan mereka dan kurang menggunakan bahan bantu mengajar. Salah satu punca guru kurang menggunakan BBM adalah kerana kurangnya pengetahuan tentang VAK. Namun BBM VAK sesuai digunakan dalam pengajaran dan diaplikasikan mengikut gaya pembelajaran yang dimiliki oleh MBK. Pemilihan BBM perlu melihat kepada kemampuan dan kelebihan yang dimiliki oleh murid tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pendidikan khas mempunyai pengetahuan mengenai BBM visual, auditori dan kinestetik. Ketiga-tiga guru pendidikan khas telah menggunakan BBM VAK dengan berdasarkan keupayaan dan kemampuan murid. Walau bagaimanapun guru tidak menggunakan ketiga-tiga jenis BBM, namun guru telah menyatakan BBM yang sering digunakan sama ada visual, auditori dan kinestetik. Justeru dengan pelaksanaan BBM VAK terhadap pengajaran telah menunjukkan bahawa guru pendidikan khas mempunyai pengetahuan terhadap BBM terutama visual, auditori dan kinestetik.
Downloads
References
Abdullah, M., Abdullah, A. H., Rosman, A. S., & Ilias, M. F. (2015). Garis panduan hafiz al-quran menurut pandang al-nawawi. Kertas dibentangkan dalam International Conferenceon Islamic Education and Social Entrepreneurship 2015.
Charles, M. L. & Ying-Leh L. (2020). Peranan bahan bantu mengajar dan persekitaran maklum balas dalam meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar. Conference: National Research Innovation Conference (NRICon 2020), Kuching, Sarawak.
Mohd Aris Othman. (2007). Keberkesanan Kaedah Pengajaran Berbantukan Komputer Di Kalangan Pelajar Pencapaian Akademik Rendah Bagi Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 4 Di Negeri Sembilan (Tesis Ijazah Doktor Falsafah). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad. (2018). Masalah Pembelajaran. Cetakan ke- 3. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Murihah Abdullah, Abdul Hafiz Abdullah, & Arieff Salleh Rosman. (2015). Identifikasi peranan ibu bapa dalam kelangsungan pendidikan tahfiz anak. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan 2015 (IsPEN2015). Auditorium Dr. Zainuddin Jaafar, KUIS. 151-162.
Natasha Edreena Mohamad Nasruddin, Zuliskandar Ramli, Nur Farriehah Azizan & Angela Injun. (2020). Kesedaran Pemeliharaan dan Pemuliharaan Warisan Negara Dalam Media Massa dan Media Sosial di Malaysia. Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-8 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu. 307-316.
Nor Musliza Mustafa & Mokmin Basri. (2016). Pembelajaran al-quran berasaskan teknik dan gaya pembelajaran vak (visual, auditori dan kinestetik). https://www.researchgate.net/publication/305492841.
Norfishah Mat Rabi. (2016). Transfomasi Pendidikan Murid Kurang Upaya. Tanjong Malim: Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Norhiza Fadila, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. (2016). Kompetensi, sikap dan penggunaan aplikasi web 2.0 sebagai bahan bantu mengajar dalam kalangan guru bahasa melayu sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ), 6(2), 52-58.
Nurul Salwanie. (2015). Perkongsian Ilmu Untuk Perkembangan Profesionalisme Berterusan Dalam Kalangan Guru (Tesis Ijazah Sarjana Muda). Serawak: Universiti Malaysia Serawak.
S Apipah, Kartono & Isnarto. (2018). An analysis of mathematical connection ability based on student learning style on visualization auditory kinesthetic (VAK) learning model with self-assessment. Journal of Physics: Conference Series, 983, 012138.
Sharul Azim Sharudin, Normah Mustaffa & Shahrul Nazmi Sannusi. (2020). Peranan visual instagram dalam meningkatkan kesedaran kesihatan masyarakat. Journal of Social Sciences and Humanities, 17(2). 91-103.
Siti Rubiyani Bt Omar1,a, Noradilah Binti Abdul Wahab, Mohd Shahril bin Othman, Abdullah BinYusof & Raihan Binti Arifin. (2020). Kompetensi guru pendidikan khas terhadap murid bermasalah pembelajaran: kajian literatur.: https://www.researchgate.net/publication/340861408.
Siti Sapizah Ab Llah & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2018). Peningkatan Pencapaian Penulisan Bahasa Melayu Menggunakan Bahan Rangsangan. - Transformasi Dan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia.
Sprenger. (2002). Pembelajaran dan Pengajaran Pelajaran. Edisi ke-2. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shah Alam: Selangor.
Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Shukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha & Hazalizah Hamzah. (2012). Pembelajaran dan Pengajaran Pelajaran. Edisi ke-2. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shah Alam: Selangor.
Zamri Mahamod. (2014). Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan Ketiga. Tanjung Malim: Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris.