Keberkesanan Animasi Powtoon dalam Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Iban dan Impaknya Terhadap Motivasi Pelajar Sekolah Menengah

  • Shirley Sian Jampong Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Ruhizan Mohammad Yasin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
Keywords: Powtoon, Motivasi, Iban language

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti keberkesanan aplikasi video animasi Powtoon sebagai alat untuk mengajar tatabahasa mata pelajaran Bahasa Iban. Seramai 40 orang pelajar tingkatan 1 yang berbangsa Iban dari dua buah kelas di sebuah sekolah menengah di daerah Lubok Antu, Sri Aman terlibat dalam kajian yang menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen. Pelajar-pelajar ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan diajar menggunakan pendekatan video animasi Powtoon dan kumpulan kawalan diajar dengan pendekatan konvensional. Instrumen kajian menggunakan ujian pra dan pasca serta borang soal selidik. Data yang dikumpulkan dianalisis dan diteliti menggunakan ujian-t dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 25. Dapatan kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dengan nilai t=1.41, p<0.05 (0.235). Keputusan kajian menunjukkan pelajar dapat mempelajari tatabahasa Bahasa Iban menggunakan kaedah teknologi dan kaedah tanpa teknologi. Motivasi pelajar terhadap pembelajaran tatabahasa Bahasa Iban semasa aplikasi video animasi Powtoon adalah tinggi dengan nilai min 4.25. Aplikasi video animasi Powtoon mampu meningkatkan motivasi pelajar terhadap pembelajaran.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ainun, R. I., & Wan Muna, R.W.M. (2017). Pembelajaran abad ke-21 dan pengaruhnya terhadap sikap, motivasi dan pencapaian bahasa melayu pelajar sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ), 7(2), 77-88.

Anggita, Z. (2020). Penggunaan powtoon sebagai solusi pembelajaran di masa pandemik Covid -19. Konfiks: Jurnal Bahasa, Sastra dan Pengajaran, 44-52.

Aliyah, Y., & Mohd, M. T. (2017). Interactive animation multimedia for knowing the words(cv+cv) for student with learning disabilities. Jurnal Penelitian dan Pengembangan Pendidikan Luar Biasa, 4(1), 1-6.

Burke, K. (2009). How to access authentic learning (Fifth Edition). California: Corwin Publication.

Desma,Y., & Novia, E (2017). Pengaruh Media Pembelajaran Powtoon Pada Ata Pelajaran Sejarah Indonesia Dalam Menumbuhkan Motivasi Belajar Siswa iis Kelas X di SMA Negeri 17 Batam tahun pelajaran 2017/2018. Jurnal Program Studi Pendidikan Sejarah, 2(10), 15-24.

Dewa, P.W., & Muhammad,R. (2006). Sosiolinguistik: Kajian teori dan analisis. Yogykarta : Pustaka Pelajar.

Entis, S., Lungguh, H. V., & Septian, A. T. (2019). The Use Of Powtoon Software Program In Teaching And Learning Process: The Students' Perception And Challenges. JHSS (Journal of Humanities and Social Studies), 3(2), 81 – 85.

Hadi, H., & Zamri, M. (2020). Grammar learning through powtoon applications and their effection student achievements and attitudes: pembelajaran tatabahasa melalui aplikasi powtoon dan pengaruhnya terhadap pencapaian dan sikap pelajar. Journal of Electrical and Electronic Engineering UMSIDA, 3(1), 1-12.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011). Dokumen Standard Kurikulum Pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM.

Milkova, S. (2012). Strategies for effective lesson planning. Center for Research on learning and Teaching, 1(1), 1-29.

Norhayati, A. M., & Siew, P. H. (2004). Malaysian perspective: designing interactive multimedia learning environment for moral values education. Educational Technology & Society, 7, 143-152.

Padang, L., & Chemaline, U. (2011). Fonologi Jaku Iban :Malin Nembiak Enggau Pengajar. Tanjong Malim, Perak: Percetakan Salam Sdn Bhd.

Singh, V. P. (2007). A Text Book of Multimedia. United Stated: Global Media.

Syamsulaini, S., & Masitoh, H. (2016). Pengajaran Berasaskan Video Dalam Pembelajaran Berpusatkan Pelajar: Analisis Dan Kajian Kritika. Journal of ICT in Education, 3, 24-33.

Wong, W.S., & Kamisah, O. (2018). Pembelajaran Berasaskan Permainan Dalam Pendidikan Stem dan Penguasaan Kemahiran Abad Ke-21. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Science and Humanities, 3 , 3-12.

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2008). Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu: teori dan praktis. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Published
2022-07-29
How to Cite
Jampong, S. and Mohammad Yasin, R. (2022) “Keberkesanan Animasi Powtoon dalam Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Iban dan Impaknya Terhadap Motivasi Pelajar Sekolah Menengah”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(7), p. e001630. doi: 10.47405/mjssh.v7i7.1630.
Section
Articles