Pelaksanaan Pendekatan Pedagogi Terbeza dalam kalangan Guru Bahasa Melayu: Kajian Literatur Sistematik

  • Nurul Azira Sapian Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
Keywords: Pendekatan pedagogi terbeza, Pengetahuan, Amalan, Cabaran, Guru bahasa Melayu

Abstract

Pelaksanaan pendekatan pedagogi terbeza merupakan satu kaedah pengajaran bahasa mengikut keperluan pembelajaran murid yang pelbagai. Kajian literatur sistematik ini bertujuan untuk meninjau dan menganalisis secara kritikal corak penyelidikan terkini berkaitan pelaksanaan pendekatan pedagogi terbeza dalam kalangan guru bahasa Melayu yang memfokuskan kepada tahap pengetahuan, aspek amalan pedagogi terbeza serta cabaran pelaksanaannya dalam pengajaran bahasa Melayu. Pengkalan data Carian Bestari @ UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Google Scholar digunakan untuk mengakses artikel lima tahun terkini bermula dari bulan Mei 2018 hingga Mei 2022. Sebanyak 37 artikel telah dikenal pasti dan 8 artikel sahaja dipilih untuk dianalisis selepas melalui proses penyaringan menggunakan carta alir Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA). Dapatan mendapati trend kajian pengetahuan dan pelaksanaan pendekatan pedagogi terbeza dalam kalangan guru Bahasa Melayu adalah seimbang pada setiap tahun. Namun, terdapat ketidakseimbangan dari segi pemilihan populasi guru bahasa Melayu daripada pelbagai jenis sekolah yang berbeza, pemilihan lokasi kajian di sekolah luar bandar dan sekolah bandar berbanding sekolah pendalaman. Skop kajian pula lebih menfokuskan kepada pengajaran bahasa secara umum dan kemahiran menulis manakala pendekatan kajian kualitatif kerap digunakan oleh pengkaji lepas. Tahap pengetahuan guru yang tidak seimbang telah dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang berbeza; kesediaan guru, sikap penerimaan guru dan kurang pendedahan. Aspek amalan pedagogi terbeza mendapati guru bahasa Melayu sangat cakna terhadap latar belakang murid semasa merancang proses dan aktiviti pengajaran mengikut aras kemampuan murid. Cabaran pelaksanaan yang lebih dominan ialah guru; kekurangan pemahaman, pengetahuan, kemahiran dan kesediaan.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ain Nur Atika Agus. (2021). Tahap Pengetahuan dan Kesediaan Guru Bahasa Melayu dalam Melaksanakan Pendekatan Terbeza dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(1), 75-87.

Ain Nur Atika Agus. (2022). Masalah Dihadapi oleh Guru Bahasa Melayu dalam Melaksanakan Pendekatan Terbeza dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 12(01), 50-62.

Bandura A. (1986). Social Foundations of Thought and Action: A Social Cognitive Theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

Bandura A. (2001). Social Cognitive Theory: An Agentic Perspective. Annual review of Psychology, 52(1), 1-26.

Danial Arif Abdul Muttalip (2020). Pelaksanaan Pendekatan Terbeza Pengajaran Terbeza Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu yang Mengajar di Sekolah Rendah Pedalaman Kategori 3. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10 (2), 29-42.

Geviana Gladysha George & Nurfaradilla Mohamad. (2021). Pendekatan Pengajaran Terbeza: Pengetahuan dan Amalan Guru Kelas Bercantum di Sekolah Kurang Murid (Kajian Literatur Sistematik). Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 484-494.

Halida Jawan & Zamri Mahamod. (2021). Kaedah dan Cabaran Pengajaran Terbeza dalam Meningkatkan Penguasaan Membina Ayat Bahasa Melayu Murid Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 67-77.

Hatixhe Ismajli & Ilirjana Imami-Morina. (2018). Differentiated Instruction: Understanding and Applying Interactive Strategies to Meet the Needs of All the Students. International Journal of Instruction, 11(3), 207-218.

Jayaganes Balanadam & Khairul Azhar Jamaluddin. (2021). Isu dan Cabaran dalam Kemahiran Membaca Dikalangan Murid Sekolah Rendah di Malaysia. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 127-135.

Siti Azira Jose & Mohd Effendi@ Ewan Mohd Matore (2021). Tinjauan Literatur Bersistematik: Faktor Burnout dalam Kalangan Guru. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanites (MJSSH), 6(1), 168 - 186.

Kong, S. F. & Mohd Effendi@ Ewan Mohd Matore. (2020). Sikap Pelajar Terhadap Implementasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam Pembelajaran. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(3), 72-81.

Matthew, J. P. et al. (2021). The PRISMA 2020 statement: an updated guideline for reporting systematic reviews. Research Open Acces. 10:89 https://doi.org/10.1186/s13643-021-01626-4.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Modul Kecemerlangan Pedagogi Bahasa Melayu, Pedagogi Terbeza Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai: Kuala Lumpur.

Mohd Hasrul Kamarulzaman. (2019). Kognisi Guru Mengenai Kaedah Pengajaran Terbeza dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Mohd Izani Hashim, & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. (2020). Faktor Ketidaksediaan Guru Terhadap Pelaksanaan Kelas Bercampur Aras Murid. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(2), 196-204.

Mohd Rohiman Subri & Rohizani Yaakub. (2021). Pengetahuan Pedagogi Guru Cemerlang Bahasa Melayu dalam Pengajaran Komponen Sastera: Satu Kajian Kes. Asian People Journal (Apj), 4(1), 50-64.

Mohd Rohiman Subri, Azlinda Boheran Nudin & Ismail Ebrahim. (2022). Pelaksanaan Pengajaran Guru Bahasa Melayu Berteraskan KPMPERKASAKU: Satu Kajian Kes. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), 419-427.

Noor Lela Ahmad & Nur Afrina Haziqah Azman. (2020). Tahap Amalan Pengajaran Berkesan Guru Prinsip Perakaunan Berasaskan Model Slavin. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45 (1), 53-62.

Nur Faeeza Abd. Ghafar. (2019). Kompetensi Profesional Guru Mata Pelajaran Reka Cipta Sekolah Menengah di Malaysia. Tesis Sarjana, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nuraishahtun Md Akhir, Zamri Mahamod, Siti Faraziah Md Akib & Norshiha Hj Sailon. (2019). Pelaksanaan Modul Pedagogi Terbeza Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (Skepen) Ke-6, Pp. 1450-1465. 21-22 September. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nurul Ain Chua, Goh Ying Soon, Mohd Yusri Ibrahim, Che Hasniza Che Noh, Noor Rohana Mansor, Che Mohd Zaid, Roswati Abdul Rashid & Min Shen. (2021). Virtual Differentiated Instruction And Its Implementation In Mandarin Teaching: A Review. Journal of Nusantara Studies, 6(2), 231-249.

Nurul Ashikin Md.Yatim, Chew, F.P. & Zuraidah Abdullah. (2020). Tahap Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10(2), 43-53.

Roa’ani Mohamed & Nor Rul Azlifah Zulkafali. (2019). Keberkesanan Pendekatan Pedagogi Terbeza dalam PdPc Bahasa Melayu Kelas Peralihan: Satu Kajian Tindakan di Sebuah Sekolah di Kuantan. Journal of Sciences and Management Research, 5 (2), 68-86.

Safiek Mokhlis. (2021). Persepsi dan Pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Terbeza dalam Kalangan Guru Prasekolah: Satu Tinjauan Awal. Borneo International Journal, 4(3), 9-18.

Tomlinson, C. A. (2014). The differentiated classroom: Responding to the needs of all learners (2nd Edition). ASCD.

Valerie Thomas & Shahlan Surat. (2021). Sorotan Literatur Bersistematik: Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(12), 158 - 168.

Zamri Mahamod. (2020). Linguistik Terapan Pendidikan Bahasa Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia: Bandar Baru Bangi

Zurina Mustaffa, Zaharah Hussin & Abdul Muhsien Sulaiman. (2021). Pedagogi Terbeza untuk Pengajaran Guru Terhadap Kepelbagaian Murid. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(9), 202 – 214.

Published
2022-08-28
How to Cite
Sapian, N. and Wan Mohammad, W. M. R. (2022) “Pelaksanaan Pendekatan Pedagogi Terbeza dalam kalangan Guru Bahasa Melayu: Kajian Literatur Sistematik”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(8), p. e001684. doi: 10.47405/mjssh.v7i8.1684.
Section
Articles