Penerapan Nilai Patriotisme di Malaysia: Satu Tinjauan Literatur
Abstract
Patriotisme merupakan elemen penting dalam proses mengekalkan perpaduan dan perasaan cinta dan kasih sayang terhadap negara. Penerapan nilai patriotisme sangat penting dalam memastikan keharmonian hidup dalam masyarakat berbilang kaum sesebuah negara. Terdapat beberapa kajian berkaitan dengan patriotisme yang telah dihasilkan oleh pengkaji terdahulu. Kajian meta-analisis ini dilakukan untuk meneroka kajian yang telah dilakukan berkaitan penerapan nilai patriotisme tahun 2015 hingga 2021. Kajian ini telah menganalisis secara sistematik menggunakan analisis kandungan terhadap artikel berkaitan patriotisme yang telah dipilih untuk menjawab tiga objektif kajian iaitu tema kajian, kaedah penyelidikan yang digunakan dan dapatan utama kajian. Analisis yang dilakukan ke atas enam artikel ini mendapati bahawa tema kajian adalah lebih bertumpu kepada tahap patriotisme. Kaedah kajian yang digunakan dalam mengkaji penerapan nilai patriotisme adalah kajian kuantitatif. Manakala dalam dapatan utama berkaitan artikel yang dikaji menjurus kepada hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah yang dikaji. Berdasarkan dapatan kajian, penemuan kajian ini bertujuan untuk membantu pengkaji akan datang menjalankan penyelidikan berkaitan patriotisme dengan mencadangkan beberapa idea untuk kajian lebih lanjut.
Downloads
References
Abdul Talib Hashim, Insyirah Abu Bakar, Rosma Osman, Nordin Mamat, Abdul Rahim Razali & Amir Hasan Dawi. (2015). Mengeratkan Hubungan dalam Kalangan Pelajar Pelbagai Etnik di Malaysia. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education, 5(1), 17-29.
Aziz Ujang, Jamaluddin Md. Jahi, Kadir Arifin., & Kadaruddin Aiyub. (2014). Kesedaran Generasi Muda Terhadap Patriotisme dan Perpaduan Nasional di Malaysia. International Journal of the Malay World and Civilisation, 2(2), 31–39.
Bas, M. (2016). The Evaluation of The University Students Patriotism Levels According to Gender, Age, Family Structure and Sports Activities. European Journal of Education Studies, 2(2), 1-10. https://dx.doi.org/10.5281/zenodo.59800
Hamidi, I., Tuan Pah Rokiah, S. H., Shamsul Anuar, N., Wasitah, M. Y., & Zaheruddin, O. (2017). Nilai Patriotisme Belia Malaysia. Malaysian Journal of Youth Studies, 16(1), 87-100.
Hussein Ahmad & Haneza Ab. Hamid. (2015). Pengurusan Pembangunan Konsep Perpaduan dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan: Satu Kajian di Klang, Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(4), 1-15.
Jais Abdul Hamid, Mohd Sohaimi Esa, Romzi Ationg, Irma Wani Othman, Sharifah Darmia Sharif Adam, Budi Anto Mohd Tamring & Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin. (2021). Penerapan Patriotisme dalam Kalangan Guru-guru Sejarah Sekolah Menengah di Sabah. International Journal of Law, Government and Communication (IJLGC), 6(23), 42-56. https://doi.org/10.35631/IJLGC.623003
Ku Hasnita Ku Samsu & Mohd Haizam Mohd Nor. (2011). Kepentingan Pendidikan Patriotisme Terhadap Warganegara Malaysia. Journal of Southeast Asian Studies (JATI), 16(1), 23-34.
Mansor Mohd Noor. (2010). Hubungan Melayu dan Cina di Malaysia Masa Kini: Buta dengan Perubahan Realiti Sosial Negara. Jurnal Demokrasi, 9(2), 189-195.
Mior Khairul Azrin. (2011). Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran, dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional. Sosiohumanika, 4(1), 33-48.
Mohd Hairul Anuar, R., Jayum, A. J., Adlina, A. H., Mohd Mahadee, I., & Siti Aishah. M. (2013). Penghayatan dan Kesedaran Patriotisme dalam Kalangan Pelatih Program Latihan Khidmat Negara. Malaysian Journal of Youth Studies, 8(3), 2-24.
Mohamad Khairi Othman & Asmawati Suhid. (2010). Peranan sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni: Satu Sorotan. MALIM- SEA Journal of General Studies, 11(1), 117-130.
Muhamad Ali Embi. (2009). Kepercayaan mahasiswa terhadap kerajaan. Journal Demokrasi, 4(1), 77-91.
Mukmin, J. (2005). Patriotisme dalam Konteks Pembinaan Bangsa Malaysia. Belia dan Patriotisme Malaysia. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan dan Patriotisme Malaysia.
Nur Aishah Zainal, Mohd Azul Mohamad Salleh & Wan Amizah Wan Mahmud. (2020). Impak Media Baharu Terhadap Patriotisme Belia di Malaysia. Jurnal personalia pelajar, 23(1), 1-6. https://doi.org/10.35631/IJLGC.5190013
Samni Suraji, Abdul Razaq Ahmad, & Mohd Mahzan Awang. (2017) Pemupukan Nilai Patriotisme dan Kesedaran Pelbagai Budaya dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Saifuddin Abdullah. (2005). Patriotisme Alaf Baru: Dari Semangat Kepada Khidmat. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia.
Subadrah Madhawa Nair & Rajeswary P. Sinasamy, (2017) Patriotisme Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah dan Hubungannya dengan Minat Mereka Terhadap Pembelajaran Sejarah. Asian Journal 0f Education and Training, 3(2), 110-117. https://doi.org/10.20448/journal.522.2017.32.110.117
Yong, H. H., Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd Daud Awang & Adlina Ab Halim. (2018). Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan Kaum di Sekolah. Akademika, 88(2), 95-108. https://doi.org/10.17576/akad-2018-8802-07