Penghayatan Murid Sejarah Terhadap Kepentingan Elemen Kelestarian Global

  • M. Kaviza Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM, Sintok, Kedah, Malaysia.
  • Nurliyana Bukhari Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM, Sintok, Kedah, Malaysia.
Keywords: Kelestarian Global, Penghayatan, Mata Pelajaran Sejarah, Murid

Abstract

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penghayatan murid sejarah terhadap kepentingan elemen Kelestarian Global, di samping menentukan sama ada terdapat perbezaan min yang signifikan bagi penghayatan murid sejarah terhadap kepentingan elemen Kelestarian Global berdasarkan jantina dan aliran mata pelajaran. Seramai 226 orang murid yang telah ditentukan berdasarkan teknik pensampelan rawak mudah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik yang telah disahkan oleh pakar penilai dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik. Data kajian ini telah dianalisis secara statistik deskriptif dan inferens iaitu ujian-t sampel tak bersandar dan ujian ANOVA Satu Hala dengan menggunakan perisian IBM SPSS. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap penghayatan murid sejarah terhadap kepentingan elemen Kelestarian Global berada pada tahap tinggi. Selain itu, dapatan kajian ini turut melaporkan bahawa terdapat perbezaan min yang signifikan bagi penghayatan murid sejarah terhadap kepentingan elemen Kelestarian Global berdasarkan jantina dan aliran mata pelajaran. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa murid-murid sejarah menghayati dan memahami akan kepentingan elemen Kelestarian Global dalam proses pembelajaran mereka yang telah mencadangkan kepada keperluan kepada guru-guru sejarah untuk meningkat dan memperkukuhkan lagi tahap penghayatan murid-murid sejarah tentang kepentingan elemen Kelestarian Global dalam kehidupan seharian melalui aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan mata pelajaran sejarah.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Aini Arifah Abdul karim, Sabrina Abdullah, Ahmad Fauzi Mohd Ayuh & Amer Hamzah Sharani. (2021). Critical Success Factors of Knowledge on Sustainability in Malaysia Higher Education. Turkish Journal of Computer and Mathematics Education, 12(5), 74-83.

Er, A. C. et al. (2017). Inisiatif kelestarian Kampus: tahap Pengetahuan, Kesedaran dan Amalan Lestari di Kalangan Kakitangan dan Pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Journal of Global Business and Enterpreneurship, 3(6), 65-73.

Hanifah Mahat, Mohamed Suhaily Yusri Ngah & Nurul Izza Ahmed (2015). Kajian Tahap Amalan Kelestarian dalam Kalangan Murid Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Daerah Hulu Langat, Selangor. Geografia, 3(1), 25-36.

Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan Budaya Penyelidikan di Kalangan Guru di Sekolah: Satu Penilaian. Tesis Ijazah Kedoktoran, Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kaviza, M. (2019). Kecenderungan Gaya Pembelajaran Murid Dalam Mata Pelajaran Sejarah: Satu Kajian Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(1), 82 - 90.

Malik, M.N; Khan, H.H, Chafreh, A.G, Goni, F.A; Klemes, J.J & Alotaibi, Y. (2019). Investigating student’s sustainability awareness & the curriculum of technology education in Pakistan. Sustainability, 11, 1-18.

Muhammed bin Omar, Vun Liang Wan & Carolyn Melissa Payus. (2019). Tahap Celik Alam Sekitar dalam kalangan Pelajar Tingkatan 5 di sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 4(1), 41-49.

Nunnally, J.C., & Bernstein, I.H. (1994). Psychometric theory (3rd ed.). New York: McGraw Hill.

Noriati A. Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar.

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat dan Lima. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). (2016). Panduan Pelaksanaan Kelestarian Global. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Salovey, P., & Mayer, J.D. (2002). Emotional Intelligence. Imagination, Cognition & Personality, 9, 185-211.

UNESCO. (2022). UNESCO moving forward the 2030 Agenda for Sustainable Development. Retrieved from: https://en.unesco.org/

Yuan, X; Yu, L & Wu, H. (2021). Awareness of Sustainable Development Goals among Students from a Chinese Senior High School. Education Sciences, 1-25.

Published
2022-05-25
How to Cite
Kaviza, M. and Bukhari, N. (2022) “Penghayatan Murid Sejarah Terhadap Kepentingan Elemen Kelestarian Global”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(5), p. e001861. doi: 10.47405/mjssh.v7i5.1861.
Section
Articles