Pilihan Raya Umum Ke-14 di Malaysia: Berakhirnya Era Rejim Autoritarian
Abstract
Pada Mei 2018, Malaysia telah menyaksikan satu gelombang perubahan yang berskala penuh iaitu apabila parti dominan autoritarian Barisan Nasional yang berusia lebih dari 60 tahun telah ditumbangkan dan ditewaskan di dalam proses demokrasi yang dikenali sebagai ‘ibu segala pilihan raya’. Kemenangan yang berpihak kepada parti pembangkang Pakatan Harapan telah membuktikan bahawa gelombang perubahan politik dan proses pendemokrasian itu adalah tidak asing dan ianya mampu direalisasikan dan ianya bersifat inklusif dengan mengambil kira aspek yang merentasi masyarakat majmuk. Kajian ini mempersembahkan satu perbahasan teoretikal dengan menyelitkan pemahaman empirikal demi untuk menelusuri dengan lebih dalam terhadap perbahasan yang berpaksikan perubahan rejim dan pendemokrasian.