Pengajaran Terbeza: Kajian Tinjauan Terhadap Guru Sejarah Sekolah Menengah di Sabah
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi mengetahui tahap pengetahuan, penerimaan, kesediaan, dan amalan serta cabaran yang dihadapi oleh guru semasa melaksanakan Pengajaran Terbeza. Kajian tinjauan ini melibatkan seramai 233 orang responden yang terdiri daripada guru-guru sejarah sekolah menengah yang mengajar di negeri Sabah. Seterusnya, bagi membuat kutipan data borang soal selidik digunakan. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) edisi 23.0. Seramai 30 orang responden telah dilibatkan dalam satu kajian rintis. Hasilnya, alfa Cronbach bagi keseluruhan item adalah 0.933 bagi keseluruhan 48 item yang diukur. Dapatan menunjukkan kesemua lima aspek yang diukur mencatatkan skor min yang tinggi. Tahap skor min pengetahuan adalah 4.07, penerimaan ialah 4.16, kesediaan adalah 3.72, amalan ialah 3.83 dan cabaran adalah 3.73. Dapatan ini juga menunjukkan min bagi aspek cabaran pada tahap yang tinggi semasa melaksanakan Pengajaran Terbeza walaupun tahap pengetahuan, penerimaan, kesediaan dan amalan yang tinggi. Oleh itu, diharapkan pihak yang berkenaan sewajarnya meneliti setiap cabaran yang diketengahkan dalam kajian ini. Dengan penelitian dan tindakan sewajarnya dari semua pihak diharapkan guru terus bermotivasi melaksanakan Pengajaran Terbeza yang terbukti keberkesanannya dalam kajian-kajian sebelum ini.
Downloads
References
Ain Nur Atika Agus (2021). Tahap pengetahuan dan kesediaan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan Pendekatan Terbeza dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(1), 75-87.
Avgousti. M. (2017). One size does not fit all: Understanding Differentiated Instruction in an elementary mixed-ability classroom. Department of Curriculum, Teaching and Learning. Toronto.
Chua Yan Piaw (2011). Kaedah dan Stattistik Penyelidikan Edisi Kedua. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Danial Arif Abdul Muttalip (2020). Pelaksanaan pendekatan Pengajaran Terbeza dalam kalangan guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah rendah pedalaman kategori 3. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (JPBM), 10(2), 29-42.
Geviana G. Anak George & Nurfaradilla Mohamad Nasri (2021). Pendekatan Pengajaran Terbeza: Pengetahuan dan amalan guru kelas bercantum di sekolah kurang murid. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 484-494.
Halida Jawan & Zamri Mahamod (2021). Kaedah dan cabaran Pengajaran Terbeza dalam meningkatkan penguasaan membina ayat Bahasa Melayu Murid sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 67-77.
Hall, T (2002). Differentiated Instruction: Effective Classroom Practices Report, National Center on Accessing the General Curriculum. Office of Special Education Programs. U.S. Department of Education.
Karam Siam & Mayada Al-Natour (2016). Teacher’s differentiated instruction practices and implementation challenges for learning disabilities in Jordan. Int. Educ. Stud.,9 (12), 167-181.
KPM (2018). Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran DSKP: Sejarah Tingkatan 4 dan 5.
Mazura Sulaiman & Wak Chu Wok. 2018. Tinjauan tentang pengetahuan dan penerimaan terhadap pengajaran berbeza dalam kalangan siswa pendidik Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 283-294.
Najiba Abdullah Meyad, Samsilah Roslan, Maria Chong Abdullah & Pabiyah Haji Maming (2014). The effect of Differentiated Learning method in teaching arabic language on students’ motivation. Journal of Social Science Research, 5(1),671-678.
Niveetha Mookan, Abdul Razaq Ahmad & Norasmah Othman (2021). Pendekatan kepelbagaian pengajaran dari aspek penyampaian, alat bantu mengajar, pedagogi dan peneguhan dalam pembelajaran sejarah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1),227-238.
Noraini Idris (2013). Penyelidikan dalam pendidikan. Edisi kedua. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Rathaneswaary Derbala & Ruhizan M. Yasin (2022). Tahap pengetahuan, penerimaan, kesediaan dan amalan pengajaran Guru Pemulihan Khas Terhadap Pengajaran Terbeza. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(4), 1-20.
Rosidah Ramli & Nurahimah Mohd Yusoff (2020). Pengaruh pengetahuan pedagogi kandungan terhadap amalan Pedagogi Terbeza guru-guru sekolah menengah zon pantai timur Malaysia. International Conference Teacher Education, 2, 9-20.
Safiek Mokhlis (2021) Persepsi dan pelaksanaan pendekatan Pengajaran Terbeza dalam kalangan guru prasekolah: Satu tinjauan awal. Borneo International Journal, 4 (3), 9-18.
Shareefa, Rohani Hj Awg Mat Zin, Nor Zaiham Midawati Abdullah & Rosmawijah Jawawi (2019). Differentiated Instruction: Definition and challenging factors perceived by teachers. 3rd International Conference on Special Education (ICSE 2019). Advances in Social Science, Education and Humanities Research, 388, 322-327.
Suhaimi Kamarudin & Muhamad Suhaimi Taat (2020). Faktor tingkah laku pelajar, kekangan masa, beban tugas dan tekanan kerja dalam kalangan guru. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(9), 114 – 124.
Wilma Anak Akam & Faridah Mydin Kutty (2018). Kesan Pembelajaran Terbeza terhadap motivasi dan pencapaian murid dalam topik Daya dalam subjek sains sekolah rendah. e-Prosiding Kolokium Pendidikan Sains & Psikologi, 553-560.
Yousef Al-Shaboul, Manar Al-Azaizeh & Nasser Al-Dosari (2020). Differentiated Instruction between application and constraints: Teachers’ perspective. European Journal of Educational Research, 10(1), 127 - 143.
Zurina Mustaffa, Zaharah Hussin & Abdul Muhsien Sulaiman (2021). Tahap pengetahuan kurikulum dan amalan pedagogi terbeza guru-guru Pendidikan Islam Zon Selatan Malaysia. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 7(2), 1-11.