Impak Penggunaan Aplikasi Tiktok Terhadap Gaya Hidup Pelajar UTHM Pagoh
Abstract
Pelbagai aplikasi yang menjadi trend di platform media sosial telah mencipta satu fenomena yang membantu untuk menghubungkan komunikasi antara satu sama lain. Namun begitu, belakangan ini, terdapat segelintir golongan remaja dan pelajar yang terlalu obses dengan salah satu aplikasi iaitu aplikasi TikTok sehingga mengakibatkan ketagihan yang melampau yang memberi kesan terhadap diri mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau impak pengunaan aplikasi TikTok terhadap gaya hidup pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kuantitatif di mana sampel kajian terdiri daripada 107 orang pelajar UTHM Kampus Pagoh. Instrumen kajian melibatkan satu set soal selidik yang mengandungi 31 item dan menggunakan skala Likert sebagai ukuran. Analisis skor min dan sisihan piawaian digunakan bagi meninjau impak penggunaan aplikasi TikTok terhadap gaya hidup pelajar UTHM Kampus Pagoh. Ujian khi kuasa dua digunakan untuk melihat perbezaan impak pengunaan aplikasi TikTok terhadap gaya hidup mahasiswa berdasarkan tempoh penggunaan mereka dalam sehari dan berapa lama mereka menggunakan aplikasi TikTok berdasarkan tahun. Terdapat pelbagai impak kepada gaya hidup pelajar UTHM Kampus Pagoh seperti berlakunya pembaziran masa kerana menghabiskan masa dengan melayari kandungan video TikTok dan stres kerana pelajar banyak terdedah kepada video dan gambar yang tidak bermoral, namun bagaimanapun didapati banyak juga impak positif yang diperolehi oleh pelajar seperti pengembangan bakat dan akses mudah untuk pembelajaran. Seterusnya, terdapat perbezaan yang signifikan terhadap impak pengunaan aplikasi TikTok kepada gaya hidup pelajar UTHM berdasarkan penggunaan aplikasi TikTok yang dianalisiskan dengan kaedah ujian khi kuasa dua. Kesimpulannya, aplikasi TikTok memberikan impak kepada gaya hidup pelajar UTHM. Jadi, kesedaran yang tinggi perlu diterapkan kepada pelajar bagi mengatasi isu-isu perilaku negatif serta gaya hidup sebagai pelajar.
Downloads
References
Awang, H., Khalid, M. A. S. M., Yin, A. W. & Ya’acob, C. H. (2022). The Use of TikTok to Enhance Student Participation in Computer Applications Class. Journal of Contemporary Social Science and Education Studies, 2(2), 30–40. http://jocss.com/index.php/multidiscipline/article/view/120
Aziz, S. Raop, N. A. & Shukor, M. F. A. (2021). Pengaruh faktor teknologi maklumat dan komunikasi terhadap kualiti hidup dalam kalangan belia. Jurnal ’Ulwan, 1(6), 110–126.
Barker, V. (2009). Older adolescents’ motivations for social network site use: The influence of gender, group identity, and collective self-esteem. Cyberpsychology and Behavior, 12(2), 209-213 https://doi.org/10.1089/cpb.2008.0228
Bilgin, Y. (2018). The Effect Of Social Media Marketing Activities On Brand Awareness, Brand Image And Brand Loyalty. Business & Management Studies: An International Journal, 6(1), 128-148. https://doi.org/10.15295/bmij.v6i1.229
Dewi, M. N., & Samuel, H. (2015). Pengaruh Gaya Hidup (lifestyle), Harga, Promosi terhadap Pemilihan Tempat Tujuan Wisata (destination) Studi Kasus pada Konsumen Artojaya Tour & Travel Surabaya. Jurnal Manajaemen Pemasaran PETR, 3(1), 1–13.
Emzir. (2008). Metodologi Penelitian Pendidikan Kualitatif & Kuantitatif. Jakarta : Pt. Rajagrafindo Persada.
Hermes (2022). Pentingnya Adab Dan Etika Dalam Pergaulan di Media Sosial, Berita. BeritaHarian. Retrieved December 26, 2022, from https://www.beritaharian.sg/setempat/pentingnya-adab-dan-etika-dalam-pergaulan-di-media-sosial
Husain, N. H., Rozlin, I. & Mustafa, R. (2022). Tiktok Jadi Platform Masyarakat Timba Ilmu. Sinar Harian. Retrieved December 25, 2022, from https://www.sinarharian.com.my/article/167701/BERITA/Nasional/TikTok-jadi-platform-masyarakat-timba-ilmu
Izzatul, H. (2022). Asal Usul Aplikasi 'TikTok' Dan Perkembangannya di Dunia. Teh Tarik Gelas Besar. Retrieved December 13, 2022, from https://tehtarikgelasbesar.com/asal-usul-aplikasi-tiktok-dan-perkembangannya-di-dunia/#.Y5h5c3ZBzIU
Kefli, N. (2022). Tayang Gaya Luar Waktu Sekolah, Gadis Cantik Ligat Tebar Roti Canai Raih Pujian. 11–12. Retrieved December 15, 2022 from https://ohmymedia.cc/ms/tayang-gaya-luar-waktu-sekolah-gadis-ligat-tebar-roti-canai-di-gerai-raih-pujian
Khaidir, M. Q., & Osman, K. (2022). Dakwah Melalui Media (Aplikasi Tiktok) Dakwah Melalui Media (Aplikasi Tiktok). Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kotler, P., & Keller, K. L. (2012). Manajemen Pemasaran. Jakarta: Erlangga.
Liang, X. (2021, April). Research on How to Perceive Their Behavior for International High School Students Based on Using TikTok with Semi-Structured Interview. In 2021 6th International Conference on Social Sciences and Economic Development (ICSSED 2021). Atlantis Press, 543, 796-799. https://doi.org/10.2991/assehr.k.210407.151
McNeish, D. (2018). Thanks Coefficient Alpha, We’ll Take It From Here. Psychological Methods, 23(3), 412. https://doi.org/10.1037/met0000144
Montag, C., Yang, H., & Elhai, J. D. (2021). On the Psychology of TikTok Use: A First Glimpse From Empirical Findings. Frontiers in Public Health, 9, 641673. https://doi.org/10.3389/fpubh.2021.641673
Montag, C., Yang, H., & Elhai, J. D. (2021). On the Psychology of TikTok Use: A First Glimpse From Empirical Findings. Frontiers in Public Health, 9(641673), 1-6. https://doi.org/10.3389/fpubh.2021.641673
Mowen, J. C., & Minor, M. (2002). Consumer Behavior (Perilaku Konsumen). Jakarta: Erlangga.
Mulya, H. (2021). Persepsi Orangtua Terhadap Anak-anak Pengguna Media Sosial Tiktok (Studi Kasus Pada Orangtua Di RT 002 RW 003 Kelurahan Kampung Baru Kecamatan Senapelan, kota Pekanbaru). Doctoral dissertation, Universitas Islam Riau.
Ngilangil, K. M. (2022). Tiktok on SNSU Students: Engagement and Influence. International Journal of English Literature and Social Sciences, 7(4), 150–155. https://doi.org/10.22161/ijels.74.22
Nichita, A., Enache, D., & Andreescu, C. V. (2021). Tiktok - The Influence On School Performance And Social Life Of Adolescents. Pro Edu. International Journal Of Educational Sciences, 4 (3), 62–70. https://doi.org/10.26520/peijes.2021.
Nurdiyanah, R. (2022). Terap Adab Dan Etika semasa Penggunaan Tiktok " media permata online. Terap adab dan etika semasa penggunaan TikTok. Media Permata. https://mediapermata.com.bn/terap-adab-dan-etika-semasa-penggunaan-tiktok/
Oktaviani, D. (2019). Pengaruh media Sosial Terhadap gaya Hidup Mahasiswa Iain Metro. IAIN Lampung.
Omar, B., & Dequan, W. (2022). Watch, share or create: The influence of personality traits and user motivation on TikTok mobile video usage. Watch, Share or Create: The Influence of Personality Traits and User Motivation on TikTok Mobile Video Usage - Learning & Technology Library (LearnTechLib). Retrieved December 13, 2022, from https://www.learntechlib.org/p/216454/
Papacharissi, Z., & Rubin, A. M. (2000). Predictors of Internet Use. Journal of Broadcasting and Electronic Media, 44(2), 175-196. https://doi.org/10.1207/s15506878jobem4402_2
Rizqillah, Z. A., & Akhiyat (2021). Tiktokers : Pembinaan Identiti Mahasiswa UIN KHAS Jember. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 2(2), 107–111.
Sharabati, A. A. A., Al-Haddad, S., Al-Khasawneh, M., Nababteh, N., Mohammad, M., & Abu Ghoush, Q. (2022). The Impact of TikTok User Satisfaction on Continuous Intention to Use the Application. Journal of Open Innovation: Technology, Market, and Complexity, 8(3), 125. https://doi.org/10.3390/joitmc8030125
Utami, A. D. V., Nujiana, S. & Hidayat, D. (2022). Aplikasi Tiktok Menjadi Media Hiburan Bagi Masyarakat dan Memunculkan Dampak Ditengah Pandemi Covid-19. Jurnal Ilmu Komunikasi, 4(1), 40-47.
Wasilan, N. (2022). Elakkan diri menjadi individu toksik di media sosial. Sinar Harian. Retrieved December 24, 2022 from https://sinarbestari.sinarharian.com.my/buletin/elakkan-diri-menjadi-individu-toksik-di-media-sosial/
Yao, M. (2021). Examination of Underlying Factors in Success of TikTok. In 2021 International Conference On Enterprise Management And Economic Development (Icemed 2021). Atlantis Press, 178, 296-301. https://dx.doi.org/10.2991/aebmr.k.210601.051
Yusof, M. N. M. & Tahir, Z. (2017). Kepentingan penggunaan media sosial teknologi maklumat dalam pendidikan IPTA. Journal of Social Sciences and Humanities, 12(3), 1-10.
Zaki, N. S. A., Poniran, N. A. & Hussain, A. (2021). Tiktok sebagai medium pengajaran terkini. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.