Amalan Kepimpinan Lestari Pengetua dan Hubungannya dengan Motivasi Guru di Sekolah Menengah Daerah Papar, Sabah
Abstract
Kajian terdahulu mendapati pengetua yang kurang pengetahuan tentang gaya kepimpinan menjadi punca motivasi guru rendah. Keberkesanan kepimpinan lestari dalam mencapai kecemerlangan sekolah perlu menjadi amalan pengetua. Antara tujuan kajian ini dilakukan adalah bagi melihat sejauh mana tahap amalan kepimpinan lestari yang diamalkan oleh pengetua dan hubungannya dengan tahap motivasi guru di empat buah sekolah menengah di Daerah Papar Sabah. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kepimpinan lestari pengetua, motivasi guru, perbezaan tahap amalan kepimpinan lestari pengetua dan perbezaan motivasi guru dari sudut demografi. Penyelidikan dilakukan menggunakan kaedah tinjauan dan berdasarkan pendekatan kuantitatif. Soal selidik skala Likert telah digunakan dan seramai 146 responden telah dipilih melalui kaedah persampelan rawak mudah. Kaedah deskriptif dan inferensi melalui Statistical Package for Social Sciences (SPSS) V2 digunakan bagi menganalisis data. Dalam menentukan hubungan antara pemboleh ubah pertama dan kedua, kajian menggunakan ujian Korelasi Pearson. Setelah dianalisis, hasil kajian mendapati amalan kepimpinan lestari pengetua dan motivasi guru adalah pada tahap tinggi. Begitu juga korelasi antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut apabila data menunjukkan hubungan antaranya adalah signifikan dan kuat. Dapatan ini juga merumuskan bahawa motivasi guru akan meningkat jika berlaku peningkatan terhadap kepimpinan lestari pengetua. Kajian ini juga mendapati bahawa kepimpinan lestari perlu dilaksanakan oleh pengetua untuk meningkatkan motivasi dalam kalangan guru. Pengkaji pada masa hadapan juga boleh menggunakan dapatan kajian ini sebagai sumber rujukan, sekali gus sebagai panduan untuk memantapkan sistem pendidikan kita yang sedia ada.
Downloads
References
Abdul Jawi, A. S., Mohd. Yusof, A., & Usang, N. (2013). Implikasi Kepemimpinan Pengetua, Kepuasan Kerja Guru Dan Pengajaran Berkesan Guru Terhadap Pembelajaran Pelajar. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-19 2012 (pp. 95-112). Institut Aminuddin Baki.
Azizi Y., Halimah M., Noordin Y., & Lim, T, T. (2011). Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Faktor-Faktor Kepimpinan di Sekolah Cemerlang. Journal of Educational Management, 48–70.
Beltrán-Martín, I., & Bou-Llusar, J. C. (2018). Examining the intermediate role of employee abilities, motivation and opportunities to participate in the relationship between HR bundles and employee performance. BRQ Business Research Quarterly, 21(2), 99-110.
Ebrahimi, M., & Mohamadkhani, K. (2014). The relationship between organizational climate and job involvement among teachers of high schools in Delijan City (Iran). International Journal of Management and Business Research, 4(1), 65-72
Elham, F., Ghani, M. F. A., Ahmad, A. M., & Ghani, M. A. (2016). Cabaran Keberkesanan Sekolah: Perspektif Sekolah Menengah Agama Berprestasi Tinggi. Isu Dalam Pendidikan, 40.
Evonne, L. E. F., & Crispina Gregory K Han. (2017). Relationship of Principals ’ Leadership Skills With Teachers ’ Professionalism. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 2(5), 145–159.
Fauzi Sulehan. (2013). Amalan kepimpinan lestari pengetua sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) di daerah Pontian. [Tesis PhD]. Universiti Teknologi Malaysia.
Habib Ismail & Zaimah Ramli. (2012). AmalanKepimpinan Transformasi Pengetua dan Hubungannya Dengan Kepuasan Kerja Guru. Prosiding PERKEM VII,2, 1471-1478
Hargreaves, A & Fink, D. (2003). Sustaining leadership: Phi Delta Kappan
Ibrahim Mohd Yusri & Aziz Amin. (2017). Model kepemimpinan pengajaran pengetua dan kompetensi pengajaran guru. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 2(1), 11-25.
Indrayani. (2012). Pengaruh Faktor Kepemimpinan Budaya Organisasi, Motivasi dan Latihan Terhadap Prestasi Kerja. [PhD Tesis]. Universiti Utara Malaysia.
Jazmi, M. I. (2015). Pengaruh kepimpinan transformasi pengetua tahap komitmen organisasi dan efikasi kendiri guru sekolah-sekolah Agama di Kedah. Universiti Utara Malaysia.
Kemelimeda, H., Ridwan, M. N., & Dalle, J. (2018). The effect of motivation, job satisfaction, and job discipline toward employee performance of PT Buma Perindahindo at LNG Tangguh Site, Teluk Bintuni Regency, West Papua, Indonesia. European Journal of Human Resource Management Studies, 2(1), 49-73.
Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determening sample siza for research activities. Educational And Psychological Al-Measurent, 30, 607-610.
Leithwood, K.A. & Sun, J. P. (2012). The Nature and Effects of Transformational School Leadership: A Meta-Analytic Review of Unpublished Research. Educational Administration Quarterly, 48(3), 387-423,http://dx.doi.org/10.1177/0013161X114368
Lokman Mohd Tahir & Kalsom Saleh. (2010). Implikasi latihan dalaman kepada guru-guru sekolah rendah. UTM. http://eprints.utm.my/11910/1/.
MacIntyre, P., MacKinnon, S. & Clement, R. (2009). Motivation, language identity and the L2 Self, (pp. 193-214). Bristol: Multilingual Matters
Mansor, R., & Mohd Hamzah, M. I. (2015). Kepimpinan Berkualiti: Perspektif mengenai Kompetensi yang Diperlukan untuk Memimpin dengan Berkesan. Jurnal Pengurusan, 45.
Mohd Zaki Ahmad & Mohd Zaki Abd. RAhman. (2014). Intrinsik dan Ekstrinsik: Tinjauan Motivasi dalam Kalangan Pelajar Sekolah Agama. Proceeding International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014)., KL. 17-18 Nov. 421- 450.
Muhammad Ruslan. (2020). Contribution of principal transformational leadership and interpersonal communication through work motivation on teacher performance at all state junior high schools in banjarmasin utara sub-district. Journal of K6, Education, and Management, 3(2), 178 –186.
Muhammad Zerni Mubaraq, & Bity Salwana Alias. (2020). Amalan Kepimpinan Lestari Guru Besar Dan Motivasi Kerja Guru Di Sekolah Kebangsaan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Proceeding Of ICOFEA 2020 Conference, 439-446. Pertubuhan Penyelidikan Dan Pendidikan Pendidik Malaysia.
Neil, J. S. (2009).Statistics for people who (think they) hate statistics: Excel 2007.(2nd ed.). Thousand Oaks: Sage Publications.
Nik Badrul Hisham Nik Ismail & Mastura Mahfar. (2015). Hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dengan motivasi dalam kalangan guru SMK Harian Daerah Kluang, Johor. Sains Humanika, 5(1), 9-18.
Norasmah Othman & Salmah Ishak. (2011). Kecenderungan terhadap pemilihan kerjaya keusahawanan mengikut persepsi peserta skim usahawan siswa. Jurnal Teknologi, 56, 47-63.
R. Premah. R. (2013). Hubungan Kepimpinan Instruksional Guru Besar Terhadap Motivasi Guru Di Sekolah-Sekolah Rendah Di Zon Tangkak. Universiti Teknologi Malaysia.
Raja Nurmunira, & Mohamed Yusoff. (2021). Amalan kepimpinan lestari guru besar dan kepuasan kerja guru di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 385-393.
Roslizam Hassan. 2012. Gaya dan Ciri kepimpinan Guru besar sekolah berprestasi tinggi (SBT) di Negeri Johor. [Tesis Sarjana]. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Roslizam Hassan, Mohd Iswarddy Ngah, & Azita Abdul Rahim. (2011). Analisis kepimpinan lestari pengetua SMK Dato’ Seth, Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Dicapai melalui https://www.scribd.com/doc/63991940/.
Suhaili Mohd Yusof, & Tengku Faekah Tengku Ariffin. (2020). Hubungan di antara kepimpinan kontekstual pengetua dengan kesejahteraan guru di tempat kerja : Pengupayaan guru sebagai mediator. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, 1(1), 90–100.
Somprach, K., Tang, K. N., & Popoonsak, P. (2017). The relationship between school leadership and professional learning communities in Thai basic education schools. Educational Research for Policy and Practice, 16, 157-165. doi: 10.1007/s10671-016-9206-7.
Supian Hashim & Khadijah Daud. (2014). Amalan kepimpinan lestari dan hubungannya dengan prestasi kerja guru sekolah rendah yang menerima tawaran baru di daerah Segamat. Sains Humanika, 2(4), 197-208.
Syed Ishak Syed Manan. (2015). Amalan kepimpinan lestari pexngetua dan hubungannya dengan prestasi kerja guru di SMKA Bahagian Kuching. [Tesis Sarjana Pendidikan]. Fakulti Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tay, L. P. (2016). Amalan Kepimpinan Lestari Pengetua dan Hubungannya dengan Standard Kualiti sekolah berkesan di Negeri Melaka. [Tesis Doktor Falsafah Pengurusan dan Pentadbiran]. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.