Pelaksanaan Pendidikan STEM: Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan, Sikap, Kemahiran Pedagogi dan Penilaian guru
Abstract
Pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) , sikap guru dan kemahiran pedagogi dan penilaian guru sains dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan memainkan peranan yang signifikan dalam mempengaruhi pelaksanaan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Sehubungan itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk menentukan tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan guru sains sekolah menengah dalam melaksanakan pendidikan STEM. Selain itu, kajian juga ingin menentukan sikap guru , tahap kemahiran pedagogi dan penilaian dalam melaksanakan pendidikan STEM. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif secara tinjauan melalui borang soal selidik yang melibatkan 31 orang guru sains sekolah menengah yang telah menghadiri program Pembelajaran Sains secara Inkuiri di Pusat STEM Negara melalui kaedah persampelan rawak mudah. Hasil dapatan menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan STEM berada pada tahap yang tinggi manakala sikap guru menunjukkan hasil yang positif. Di samping itu, tahap kemahiran pedagogi dan penilaian guru sains berada pada tinggi untuk memastikan proses pengajaran dan pemudahcaraan berjalan dengan baik.Implikasinya, latihan dalam perkhidmatan perguruan perlu dipertingkatkan agar dapat melaksanakan pendidikan STEM dengan jayanya memandangkan guru memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan PPIK. Selain itu, Pusat STEM perlu terus merancang lebih banyak intervensi dan strategi pemantauan yang berkaitan untuk para guru sains sekolah menengah. Setiap aktiviti dan program yang dirancang perlu sentiasa disemak dan ditambah baik untuk pemantapan dalam pendidikan STEM.
Downloads
References
Abell, S. K., Lannin, J. K., Marra, R. M., Ehlert, M. W., Cole, J. S., Lee, M. H., Roger, M. A. P. & Wang, C. Y. (2007). Multi-site evaluation of science and mathematics teacher professional development programs: The project profile approach. Studies in Educational Evaluation, 33(2), 135-158
Adibah Abdul Latif dan Malathy A/P Kuberan. (2010). Kesediaan bakal guru siswazah yang mengikuti program khas pensiswazahan guru untuk mengajar mata pelajaran lukisan kejuruteraan. Satu kajian kes. Unpublished: 1-7.
Akademi Sains Malaysia. (2018). Science Outlook: Converging towards progressive Malaysia 2050. Version 2. Kuala Lumpur: Akademi Sains Malaysia
Aydin-Gunbatar, S., Ekiz-Kiran, B., & Oztay, E. S. (2020). Pre-service chemistry teachers' pedagogical content knowledge for integrated STEM development with LESMeR model. Chemistry Education Research and Practice, 21(4), 1063-1082. https://doi.org/10.1039/D0RP00074D
Bryant, E.C. (1974). Associations between Educational Outcomes and Background Variables (Monograph). Denver, CO: National Assessment of Educational Progress.
Burrows, A. C., Borowczak, M., Myers, A., Schwortz, A. C., & McKim, C. (2021). Integrated STEM for teacher professional learning and development: "I need time for practice". Education Sciences, 11(1), 1-23. https://doi.org/10.3390/educsci11010021
Carter, K. (1990). Teachers’ knowledge and learning to teach. Handbook of Research on Teacher Education. New York: Macmillan.
Creswell, J.W & Creswell, J.D (2018). Research Design : Qualitative, Quantitative, and Mixed Method Approaches. Edisi ke- 5 . United States of America : SAGE publication
Darkis, J.M. (2020). Views and challenges in teaching mathematics of elementary teachers in rural and Urban school districts. Journal of Critical Reviews, 7(4), 107-112
Darling-Hammond, L. (2000). Teacher quality and student achievement. Education Policy Analysis Archives, 8(1).
Faikhamta, C., Lertdechapat, K., & Prasoblarb, T. (2020). The impact of a PCK-based professional development program on science teachers' ability to teaching STEM. Journal of Science and Mathematics Education in Southeast Asia, 43, 1-22.
Fazurawati Che Lah. (2018).PendidikanSTEM. https://www.hmetro.com.my/bestari/2018/10/384491/pendidikan-stem
Fullan, M. (2001). The New Meaning of Educational Change. Edisi ketiga. London: Rouledge Falmer.
Fullan, M.G. & Miles, M.B. (1992). Getting reform right: what works and what doesn’t. Phi Delta Kappan, 73, 745-752.
Galih Albarra Shidiq,(2020). Exploring the relationship of teachers’ attitudes, perceptions, and knowledge towards integrated STEM, Elementary Education Online, 19(4), 2514-2531
Gardner, K., Glassmeyer, D. M., & Worthy, R. (2019). Impacts of STEM professional development on teachers' knowledge, self-efficacy, and practice. Frontiers in Education, 4(26), 1-10. https://doi.org/10.3389/feduc.2019.00026
Giamellaro, M., & Siegel, D. R. (2018). Coaching teachers to implement innovations in STEM. Teaching and Teacher Education, 76, 1-38
Grossman, P, Schoenfeld, A. & Lee, C. (2005). Teaching subject matter. Preparing Teachers for a Changing World: What Teachers Should Learn and be Able To Do. Wiley
Guzey, S. S., Moore, T. J., & Harwell, M. (2016). Building up STEM: An analysis of teacher-developed engineering design-based STEM integration curricular materials. Journal of Pre-College Engineering Education Research (J-PEER), 6(1), 11-29. https://doi.org/10.7771/2157-9288.1129
Hair, J.F., Black, W.C., Babin, B.J. & Anderson, R.E. (2010). Multivariate Data Analysis. Ed. ke-7. Upper Saddle River, New Jersey: Pearson Education Inc.
Hooser, P.V. (1998). Triangle of Success. Van Hooser Association, Ocala, Florida, USA.
Jayarajah, K., Saat, R. M., Amnah, R. & Rauf, A. (2014). A Review of Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) Education Research from 1999 – 2013 : A Malaysian Perspective. Eurasia Journal of Mathematics, Science & Technology Education, 10(3), 155–163.
Joshua, C. (2020). Ke Arah Keberkesanan Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains: Peranan Guru Sebagai Penguasa Pengetahuan. Researchgate. https://www.researchgate.net/publication/339616934_Ke_Arah_Keberkesanan_Penggunaan_Teknologi_Dalam_Pengajaran_dan_Pembelajaran_Sains_Peranan_Guru_Sebagai_Penguasa_Pengetahuan
Jusup, Y; & Sharif, S. (2021) “Kajian Analisis Keperluan: Pembangunan Modul Pembelajaran Literasi Tenaga Pengintegrasian STEM Sekolah Rendah”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(8), 325 - 338. doi: 10.47405/mjssh.v6i8.934.
Katz, D. (1960). The functional approach to the study of attitudes. Public Opinion Quarterly, 24(2), 163-204
Kelley, T. R., Knowles, J. G., Holland, J. D., & Han, J. (2020). Increasing high school teachers' selfefficacy for integrated STEM instruction through a collaborative community of practice. International Journal of STEM Education, 7(14), 1-13. https://doi.org/10.1186/s40594-020-00211- w
Ketelhut, D. J., Mills, K., Hestness, E., Cabrera, L., Plane, J., & McGinnis, J. R. (2020). Teacher change following a professional development experience in integrating computational thinking into elementary science. Journal of Science Education and Technology, 29(1), 174-188. https://doi.org/10.1007/s10956-019-09798-4
Lau, M., & Multani, S. (2018). Engineering STEM teacher learning: Using a museum-based field experience to foster STEM teachers' pedagogical content knowledge for engineering. In S. M. Uzzo, S. B. Graves, E. Shay, M. Harford, R. Thompson (Eds), Pedagogical Content Knowledge in STEM (pp. 195-213). Springer, Cham.
Mohamed, S., Jasmi, K. A., dan Zailaini, M. A. (2016). Akhlak guru dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam. Akademika, 86(2), 34-45
Ikhram,M. (2022). Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan dan Efikasi Kendiri Guru Matematik Sekolah Rendah Dalam Pendidikan Matematik.Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia
Nik Azis Nik Pa. (2008). Pembangunan pendidikan di Malaysia: cabaran dan harapan. Dlm. Nik Aziz Nik Pa & Noraini Idris (pnyt.). Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia. Pengalaman 50 Tahun Merdeka, hlm. 3-32. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Nor Azlina Ahmad. (2015). Kesediaan Guru Dalam Pendidikan Integrasi Science, Engineering, Technology and Mathematics (STEM). Thesis, Universiti Sains Malaysia
Nur Fatahiyah Mohamed Hata & Siti Nur Diyana Mahmud. (2020). Kesediaan guru Sains dan Matematik dalam melaksanakan pendidikan STEM dari aspek pengetahuan, sikap dan pengalaman mengajar. Akademika, 90(3), 85-101.
Nurul Hudaa Hassan. (2015). Pengetahuan pedagogi ilmu kandungan bagi Ism al-’Adad Wa al-Ma’dud dalam kalangan guru bahasa Arab sekolah menengah. Tesis Dr. Fal, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Omar Zin.(2022). Kerajaan tangani kekurangan pelajar bidang STEM. Utusan. https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/kerajaan-tangani-kekurangan-pelajar-bidang-stem/
Ostler, E. (2012). 21st century STEM education: A tactical model for long-range success. International Journal of applied Science and Technology, 2(1), 28-33
Park, H., Byun, S. Y., Sim, J., Han, H. S., & Baek, Y. S. (2016). Teachers’ perceptions and practices of STEAM education in South Korea. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 12(7), 1739-1753.
Sally, H. (2016). A Case Study on the Impact of Teacher Mathematical Knowledge on Pedagogical Practices. Mathematics Education Research Group of Australasia, 319-327.
Shai’rah, N. (2015). Kesediaan guru melaksanakan Pengajaran dan pembelajaran pendidikan STEM. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia
Shernoff, D. J., Sinha, S., Bressler, D. M., & Ginsburg, L. (2017). Assessing teacher education and professional development needs for the implementation of integrated approaches to STEM education. International Journal of STEM Education, 4(1), 1-16. https://doi.org/10.1186/s40594- 017-0068-1
Shulman, L.S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard Education Review, 56(1), 1-22.
Tengku Zawawi Tengku Zainal (2005). Pengetahuan pedagogi isi kandungan bagi tajuk pecahan di kalangan guru Matematik Sekolah Rendah. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Vossen, T. E., Henze, I., De Vries, M. J., & Van Driel, J. H. (2019). Finding the connection between research and design: The knowledge development of STEM teachers in a professional learning community. International Journal of Technology and Design Education, 30, 295-320. https://doi.org/10.1007/s10798-019-09507-7
Wang, H. H., Moore, T. J., Roehrig, G.H. dan Park, M.S. (2011). STEM integration: Teacher perceptions and practice. Journal of Pre-College Engineering Education Research, 1(2), 1-13
Yildirim, B. & Topalcengiz, E.S. (2019). STEM pedagogical content knowledge scale (STEMPCK): A validity and reliability study. Journal of STEM Teacher Education, 53(2), 1-20
Yıldırım, B., & Türk, C. (2018). Opinions of middle school science and mathematics teachers on STEM education. World Journal on Educational Technology: Current Issues, 10(1), 70–78.
Zarima Mohd Zakaria. (2017). Pengetahuan Pedagogikal Isi Kandungan Guru Bahasa Arab Dalam Pengajaran Konsonan Arab. Tesis Dr. Fal, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.