Hubungan Antara Gaya Pembelajaran dengan Amalan Kemahiran Pemikiran Sejarah: Satu Kajian Tinjauan Korelasi

  • M. Kaviza Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia (UUM)
Keywords: gaya pembelajaran, amalan kemahiran pemikiran sejarah, murid tingkatan dua

Abstract

Kajian berbentuk tinjauan secara korelasi ini bertujuan untuk menentukan sama ada terdapat hubungan antara gaya pembelajaran murid dengan amalan kemahiran sejarah. Seramai 865 orang murid Tingkatan Dua di sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia yang dipilih melalui teknik persampelan rawak mudah merupakan sampel kajian ini. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik Index of Learning Style dan soal selidik amalan kemahiran pemikiran sejarah yang telah diadaptasi, disahkan kesahannya olah pakar penilai serta mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik. Data kajian ini dianalisis secara inferensi iaitu ujian korelasi Pearson dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistics. Dapatan kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan linear positif yang tinggi yang signifikan iaitu antara dimensi gaya visual-verbal dan dimensi gaya aktif-reflektif dengan amalan kemahiran pemikiran sejarah. Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan linear positif yang sederhana tinggi yang signifikan bagi dimensi gaya kepekaan-intuisi dengan amalan kemahiran pemikiran sejarah. Tambahan pula dapatan kajian ini juga telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan linear positif yang rendah yang signifikan bagi dimensi gaya sequential-global dengan amalan kemahiran pemikiran sejarah. Justeru, kajian ini telah mencadangkan bahawa guru-guru sejarah perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan memfokuskan gaya pembelajaran dan amalan kemahiran pemikiran sejarah kerana didapati saling mempengaruhi antara satu sama lain dalam proses pembelajaran sejarah yang lebih bermakna.

Statistics
Abstract views: 185 , PDF downloads: 165

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ali, A. (2012). A study on the relationship of thinking sytles of students their crtical thinking skills. Procedia Socil and Behavioral sciences, 47, 1719-1723.

Bransford, J., Brown, A & Coocking, R. (1999). How people learn: Brain, Mind, Experience and School. Retrieved from: https://stills.nap.edu/html/howpeopleq/

Davies, J. A. (1971). Elementary Survey Analysis. New Jersey: Prentice Hall.

Fatima, A., Samar, A., Sara, A., Alla, A., & Nedhal, A. (2018). A Systematic review: The relationship between learning style and creative thinking skills. English Language and Literature Studies, 8(1), 34-44.

Felder, R. M. & Silverman, L. K. (1988). Learning Styles and Teaching Styles in Engineering Education. Engineering. Education, 78, 674-681.

Felder, R. M., & Soloman, B. A. (1997). Index of learning styles questionnaire. Retrieved from http://www.engr.ncsu.edu/learningstyles/ilsweb.html

Henriquez, R., & Ruiz, M. (2014). Chilean students learn to think historically: Construction of istorical causation through the use of evidence in writing. Linguistics and Education, 25, 145-157.

Gagne, R. (1985). Conditions of Learning. New York: Holt, Rinehart & Winston.

Izhab Ismail & Muhamad Zaid Ismail. (2018). Hubungan kemahiran pemikiran sejarah dengan amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah. Prosiding seminar kebangsaan Majlis dekan Pendidikan Universiti Awam 2018. Retrieved from: http://www.unisza.edu.my/medc.2018

Kaviza, M. (2019). Persepsi terhadap amalan kemahiran pemikiran sejarah dalam kalangan murid berpencapaian tinggi dan rendah. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 6(1), 144-156.

Keffe, J. (1987). Learning style Theory and practice. Reston: National Association of Secondary Scholls Principals.

Khairul Ghufran Kaspin, mansor Mohd Noor, & Mohd Mahzan Awang. (2018). Perspektif Pelajar Terhadap Kurikulum Sejarah Peringkat Menengah di Malaysia. Jurnal Pemikir Pendidikan, 9, 31-42.

King, L.A. (2008). The Science of Psychology: An appreciative View. New York: Mc-Graw Hill.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Krejie, V.R., & Morgan, W.D. (1970). Determining Sampel Size for Research Activities, Educational and Psychological Measurement. Duluth: University of Minnesota.

Ling, W.A., & Mona Masood., & Siti Hawa Abdullah. (2016). Analysing the Relationship of Sequential and Global Learning Styles on students’ historical thinking and understanding: A case study on Form For Secoandary school students in Malaysia. International Journal of Assessment and Evaluation in Educatiom, 6, 51-58.

Muhamad Yazid Khalil. (2018). Tahap Pengetahuan Guru Sejarah Sekolah Rendah Dalam Kemahiran Pemikiran Sejarah. Prosiding National Innovation and Invention Competition through Exhibition, 1-12.

Nokes, J.D. (2017).  Exploring patterns of historical thinking through eight-grade students argumentative writing. Journal of writing research, 8(3), 437-467.

Noriati A. Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd

Nunnally, J.C. (1978). Psychometrie Theory (2nd Ed). New York: McGraw Hill.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2016). Dokumen Standard dan Pentaksiran Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Dua. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ramlah Jantan. (2006). Hubungan antara kemahiran berfikir kritis dan pencapaian akademik pelajar-pelajar UPSI. Dalam Menangappi Keberkesanan dan Perubahan. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, 1-12.

Renuka Ramakrishnan, Norizan Esa, & Siti Hawa Abdullah. (2014). Kesan Penggunaan Sumber Digital Sejarah Terhadap Amalan Pemikiran Sejarah. Kertas kerja yang dibentangkan di 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA 2014), 23-27 Ogos 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

Rully Putri Nirmala Puji, & Abdul Razaq Ahmad. (2015). Gaya Belajar dan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam pembelajaran Sejarah di Peingkat Universitas. Edusentris, Jurnal Ilmu Pendidikan dan Pengajaran, 2(3), 253-263.

Sharifah NorPuteh, Nooreiny Maarul, & Elisabeth Tak. (2010). Students’ Perception of the Teaching of Historical Thinking Skills. Pertanika Journal Social Science & Humanities, 18(S), 87-95.

Siti Hawa Abdullah. (2009). Takrif dan ciri-ciri Pemikiran Sejarah. Pendidikan Sejarah, 9(1), 98-106

Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abdul Aziz Abdul Shukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha & Hazalizah Hamzah. (2009). Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Tileston, D.W. (2004). Learning, Memory and the Brain: what every teacher should know about. California: Corwin Press.

Wineburg, S. (2001). Historical thinking and other unnatural acts: Charting the future of teaching the past. Phildelphia: Temple University Press.

Yalcin, D. (2017). The relationship between critical thinking skills and learning styles of gifted students. European Journal of Education Studies, 3(4), 69-96.

Yee, M.H., Tee, T.K., Mimi Mohaffyza Mohamed, Jailani Md Yunus & Widad Othman. (2017). The difference between polytechnic students learning styles and their higher orer thinking skills level. Pertanika Journal Social Sciences & Humanities, 25(S), 233-246.

Yusfazila Mohd Yusof & Effandi Zakaria. (2018). Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian matematik pelajar sekolah rendah. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Keebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.
Published
2019-06-19
How to Cite
Kaviza, M. (2019) “Hubungan Antara Gaya Pembelajaran dengan Amalan Kemahiran Pemikiran Sejarah: Satu Kajian Tinjauan Korelasi”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(3), pp. 93 - 106. Available at: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/215 (Accessed: 14July2020).
Section
Articles

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>