Kesediaan Murid terhadap Penggunaan Peranti Mudah Alih dalam Pembelajaran Sejarah
Abstract
Kajian yang dijalankan ini bertujuan melihat apakah tahap kesediaan murid terhadap penggunaan peranti mudah alih dalam pembelajaran sejarah. Kajian ini memfokuskan kepada sebuah sekolah di daerah Tanjung Karang, Selangor. Kajian ini juga menggunakan reka bentuk kuantitatif yang melibatkan kaedah pemerhatian dan borang soal selidik sebagai instrumennya. Sebagai pemerhatiannya, pengkaji mendapati bahawa terdapat pelbagai reaksi responden terhadap kesediaan penggunaan peranti mudah alih berdasarkan kepada tahap pengetahuan, sikap dan motivasi murid. Bagi mendapatkan data yang lebih jelas, pengkaji menggunakan borang soal selidik untuk proses pengumpulan data. Borang soal selidik dibahagikan kepada empat bahagian iaitu bahagian A berkenaan maklumat demografi responden, bahagian B berdasarkan tahap pengetahuan, bahagian C tahap sikap dan bahagian D tahap motivasi. Setiap bahagian mengandungi 6 item. Skala likert lima mata telah digunakan dalam bahagian B, C dan D dalam kajian ini. Bagi memudahkan proses pengumpulan data, pengkaji menggunakan perisian Google form untuk merekodkan dan mengumpul data. Hal ini juga bersesuaian dengan tajuk kajian berkenaan penggunaan peranti mudah alih yang memerlukan pendedahan penggunaan teknologi sebagai bahan bantu mengajar utama di dalam bilik darjah. Seterusnya, populasi dan sampel kajian pula melibatkan 80 orang murid tingkatan 2 bagi mata pelajaran sejarah dan responden dipilih secara rawak. Didapati penggunaan peranti mudah alih dalam pembelajaran sejarah memberikan impak kepada tahap pengetahuan, sikap dan motivasi murid. Oleh itu, kajian ini adalah untuk melihat apakah tahap kesediaan murid terhadap penggunaan peranti mudah alih berdasarkan kepada konstruk pengetahuan, sikap dan motivasi.
Downloads
References
Alim, N., Linda, W., Gunawan, F. & Saad, M. S. M. (2019). The Effectiveness of Google Classroom as an Instructional Media: A Case of State Islamic Institute of Kendari, Indonesia. Humanities and Social Sciences Reviews, 7(2), 240-246. https://dx.doi.org/10.18510/hssr.2019.7227
Anuar Ahmad. (2022, Februari 28). Pakar Saran 11 Cadangan Atasi Isu Beg Sekolah Berat. Kosmo. https://www.kosmo.com.my/2022/02/28/pakar-saran-11-cadangan-atasi-isu-beg-sekolah-berat/
Bilal Khalid Khalaf. (2018). Traditional and Inquiry-based Learning Pedagogy: A Systematic Critical Review. International Journal of Instruction, 11(4), 545-564.
Florengel Anak Christopher Jerry & Khairul Azhar Jamaludin. (2021). Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Kritis dalam Mata Pelajaran Matematik. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 386-400.
Jegatheswary Perumal, Saemah Rahman & Shahlan Surat. (2021). Hubungan Pendedahan Teknologi dengan Sikap Pelajar. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 83-91.
Kalaiselvi Shanmugam & Balamuralithara Balakrishnan. (2018). Kerangka Panduan Efektif Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Sains Menggunakan Information Communication Technology (ICT) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK)(TAMIL). UTM Sains Humanika, 10(1), 25-35. https://doi.org/10.11113/sh.v10n1.1322
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad ke 21. Institut Aminuddin Baki: Negeri Sembilan
Mahyoob, M. (2020). Challenges of e-Learning during the COVID-19 Pandemic Experienced by EFL Learners. Arab World English Journal (AWEJ), 11(4), 351-362.
Mailizar, M. (2018). Investigating Indonesian Teachers’ Knowledge and Use of ICT in Mathematics Teaching. Tesis Dr. Fal, University of Southampton.
Mohammad Naqiuddin. (2020, May 31). Fungsi Aplikasi Quizizz ke Arah Memperkasakan Pembelajaran dalam Talian. Al-Hijrah Online. https://alhijrahnews.com/aplikasi-quizizz-ke-arah-memperkasakan-pembelajaran-dalam-talian/
Mohd Zamri Mohd Zin, Mohamed Hamdan Mohamad Ibrahim & Suhailly Mat Rudin. (2022). Kesan Penggunaan Gajet di Kalangan Rakan Sebaya Ke atas Potensi Kecenderungan Pembelajaran Pelajar. Journal of Education and Social Sciences, 20(1), 99-104.
Nina Berghdal, Jalal Nouri & Uno Fors. (2020). Disengagement, Engagement and Digital Skills. Education and Information Technologies, 25(4), 957-983. https://doi.org/10.1007/s10639-019-09998-w
Nor Sahara Mesman & Zulkarnain Abd. Majid. (2021). Kajian Kesediaan Pelajar Mengikuti Pembelajaran dalam Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Membendung Covid-19 Fasa 2. International Journal of Education and Pedagogy, 3(1), 195-202.
Nur Aisyah Kamaluddin & Hazrati Husnin. (2022). Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pendidikan. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(2), 333-343. https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.2.29
Nur Hafizah Razali & Fariza Khalid. (2021). Penggunaan Aplikasi Mudah Alih dalam Pembelajaran Matematik bagi Pelajar Sekolah Menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(6), 73-85. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i6.812
Nur Syarafina Abdul Rahman, Zainal Fitri Mohd Zolkipli & Ying, L, L. (2020). Kepentingan Kemudahan Teknologi dan Motivasi Membentuk Kesedaran Pelajar dalam Pembelajaran Digital. Conference: National Research Innovation Conference Kuching, Sarawak.
Nurul Azwani Mohd Idriki & Tan, B. P. (2022). Aplikasi Pembelajaran Abad Ke-21 dalam Talian : Cabaran Guru Pendidikan Moral. Muallim Journal of Social Sciences and Humanities. 6(1), 16-55. https://doi.org/10.33306/mjssh/174
Nurul Farhana Jumaat. (2017). Peranan Teknologi dalam Pembelajaran Abad Ke-21. Dewan Masyarakat.
Papadakis, S., & Kalogiannakis, M. (2017). Mobile Educational Application for Children: What Educators and Parents Need to Know. International Journal Mobile Learning and Organisation, 11(3), 256-276.
Shah Rulbani Zakaria, Mohd Isa Hamzah & Khadijah Abdul Razak. (2017). Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran pensyarah Pendidikan Islam di Politeknik Zon Selatan. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 3(1), 29-41.
Siti Balqis mahlan & Muniroh Hamat. (2020). Pengajaran dan pembelajaran dalam talian semasa PKP. SIG: e-learning@CS, 1, 14-22.
Trucano, M. (2015, July 28). Tablets in Education. World Bank. https://blogs.worldbank.org/edutech/tablets- education
Ugartini Magesvaran. (2021). Tahap Pengetahuan dan Kekangan yang dihadapi oleh Guru Bahasa Melayu ketika Menggunakan Aplikasi Google Meet dalam Pengajaran dan Pembelajaran dalam Talian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(2), 39-53.