Implikasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Terhadap Aktiviti Perniagaan Pasar Minggu di Pekan Ranau, Sabah
Abstract
Pandemik COVID-19 yang berlaku di Malaysia telah memberi kesan negatif terhadap sektor perniagaan, terutamanya Industri Kecil Sederhana (IKS), kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memerangi penyebaran virus dalam kalangan masyarakat. Walaupun PKP dilaksanakan untuk kebaikan kesihatan awam, banyak peniaga yang mengalami kerugian akibat tidak dapat beroperasi sepenuhnya semasa tempoh PKP. Kajian ini dilakukan untuk menilai kesan PKP terhadap aktiviti perniagaan mereka. Responden kajian ini terdiri daripada 35 orang peniaga pasar minggu di pekan Ranau, Sabah. Kaedah soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) untuk menilai skor min. Hasil kajian menunjukkan skor min tertinggi bagi kesan penguatkuasaan PKP adalah pembaziran sayur -sayuran dan buah-buahan akibat rosak dan terbiar serta perniagaan mengalami kerugian yang sangat besar dengan skor min, 4.17 dan 4.29 masing-masing. Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan perlaksanaan PKP telah menjejaskan para peniaga pasar minggu di pekan Ranau, Sabah. Walau bagaimanapun, para peniaga pasar minggu di pekan Ranau perlu mengambil tindakan proaktif untuk memastikan kelangsungan perniagaan mereka. Ini termasuk melaksanakan strategi pemasaran digital, menyediakan perkhidmatan penghantaran, atau mengembangkan produk dan perkhidmatan yang baru untuk menyesuaikan diri dengan pasaran semasa.
Downloads
References
Abdullah, S. H., & Raman, S. (2001). Quantitative and qualitative research methods: Some strengths and weaknesses. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 17, 1-15.
Ab. Aziz Yusof dan Zakaria Yusof. (2004). Prinsip Keusahawanan Edisi Kedua. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Alias Baba (1999). Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan Sains Sosial. Edisi Pertama. Selangor. Penerbit America: John Wiley & Sons Inc
Burn, P. & Holden, A. (1995). Tourism: A New Perspective. New Jersey: Prentice Hall.
Carr, L. T. (1994). The strengths and weaknesses of quantitative and qualitative research: what method for nursing? Journal of Advanced Nursing, 20(4),716–721. https://doi.org/10.1046/j.1365- 2648.1994.20040716.x. Pada 15 Januari 2022
Hidayah. (2020). COVID-19: Maksud perintah kawalan pergerakan (Movement Control Order). Mmgazette. https://www.mmgazette.com/covid-19- maksud-perintah-kawalan-pergerakan-movement-control-order-drfarizah-hairi-dr-zaki-hilmi/. Diakses pada 28 Februari 2022
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia
Muhamad Rashid & Suhaida Binti Abd Rhapar. (2022). Amalan Pengurusan 76 Perniagaan Peniaga-peniaga Kedai Runcit Bumiputera Bandar Daerah Hilir Perak. Dipetik daripada https://core.ac.uk/download/11786517.pdf. Diakses pada 28 Februari
Nanthakumar a/l Loganathan, Mohd Najit Sukemi, Mohd Nasir Nawawi, Madzli Harun & Zuha Rosufila. (2004). Perusahaan Kecil dan Sederhana. Kajian Kes: Pesisiran Pantai Timur Semenanjung Malaysia. The 4th International Malaysian Studies Conference, UKM.
Noor Hazlina Ahmad & Pi-Shen Seet (2010) Gender variations in ethical and socially responsible considerations among SMEs entrepreneurs in Malaysia. International Journal of Business and Society, 11, 77-88.
Rahman, R. A., & Noor, H. M. (2021). Kesan Pandemik Covid-19 Terhadap Perniagaan Makanan Tradisi Yang Diusahakan Oleh Usahawan Pks Dan Bantuan Kerajaan Yang Diperlukan Semasa Pandemik Covid-19 Di Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal Kinabalu, 27(1), 133-150.
Saleh, A.S. & Ndubisi N.O. (2006). An Evaluation of SME Development in Malaysia. International Review of Business Research Papers, 2(1),1- 1
Tunc Ozelli. (2022). The financial and conceptual of intangible asset manager capitalism. Journal of Ekonomi, 5, 29-100.
Wong, H. S. (2020). Tinjauan tentang kesan COVID19 dan isu perundangan terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia. International Journal of Law Government and Communication, 5(21),72-82
World Health Organization (WHO). (2022) Middle East Respiratory syndrome coronavirus (MERS-CoV). WHO. Retrieved from https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/middle-eastrespiratory-syndrome-coronavirus-(mers-cov). On January 28, 2022.
Zalina Yussof. (2022). Definisi peniaga perniagaan. Dipetik daripada /doc/238118184/Definisi-peniaga-perniagaan. Diakses pada 2 Januari 2022
Zarina Thasneem Zainudeen, Intan Juliana Abd Hamid, Muhd Nur Akmal Azizuddin et al. (2021). Psychosocial impact of COVID-19 pandemic on Malaysian families: a crosssectional study. BMJ Open, 11, e050523. doi:10.1136/ bmjopen-2021-050523