Persepsi Guru Novis Bahasa Melayu Terhadap Pengaplikasian Peta Pemikiran I-Think dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

  • Akmal Idrus Sekolah Kebangsaan Mesapol, Peti Surat 54, 89857, Sipitang, Sabah, Malaysia.
  • Crispina Gregory K Han Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Keywords: Peta Pemikiran, i-Think, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Guru Novis Bahasa Melayu

Abstract

Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui Program i-Think telah berjalan selama lebih daripada sepuluh tahun. Pendedahan kepada peta pemikiran i-Think pada peringkat sekolah melibatkan semua peringkat guru termasuklah guru novis. Peta pemikiran i-Think juga diperkenalkan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk semua mata pelajaran. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru novis bahasa Melayu terhadap pengaplikasian peta pemikiran i-Think dalam PdP bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan kaedah kajian kes yang menggunakan pensampelan bertujuan yang melibatkan lima orang informan di dua buah sekolah rendah di daerah Sipitang, Sabah. Dapatan kajian yang diperoleh mendapati bahawa terdapat tiga dapatan utama yang menunjukkan persepsi positif guru novis bahasa Melayu terhadap pengaplikasian peta pemikiran i-Think dalam PdP bahasa Melayu. Persepsi tersebut adalah berkaitan kebaikan, keberkesanan dan kewajaran menggunakan peta pemikiran i-Think bagi tujuan PdP. Pendedahan kepada pemikiran i-Think sangat penting dalam usaha meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Azizah Hamzah. (2004). Kaedah Kualitatif dalam Penyelidikan Sosiobudaya. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 6(1), 1-10.

Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail (2013). Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3(2), 49-63.

Hyerle, D., & Alper, L. (2011). Student Sucess With Thinking map Second Edition (second edition). United States of America: Corwin A SAGE Company.

Lokman Mohd Tahir, Mohd Nihra Mohd Said, Roslee Ahmad, Khadijah Daud, Bambang Sumitono & Suhana Yusoff. (2014). Exploring the Induction Program for Novice Teachers. Life Science Journal, 11(8), 394-406.

Merriam, S. B. (2009). Qualitative research: A guide to design and implementation. San Fransisco: Jossey-Bass.

Mohd Zikri Ihsan Mohamad Zabhi, Shamsudin Othman, Abdul Rasid Jamian & Azhar Md. Sabil. (2019). Penggunaan Peta Pemikiran Dalam Pembelajaran Cerpen Komsas Tingkatan Lima. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(1), 47-55.

Nik Rosnizasuzila Nik Hassan, Azlina Mohd Kosnin & Zakiah Mohamad Ashari. (2015). Keperluan Modul i-Think dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah. In:2nd International Education Postgraduate Seminar, 20-21 Dis, 2015, Johor Bahru, Johor.

Normah Zakaria, Azita Ali, Nur Izeanty Hamidon & Suhaili Abd Rasap. (2018.) Aplikasi Peta Pemikiran i-Think dalam Meningkatkan Kemahiran Berfikir ArasTinggi (KBAT). Online Journal for TVET Practitioners, 3, 19-26.

Nurhafizah Zaidi, Roslinda Rosli, & Mohamed Yusoff Mohd Nor. (2015). Aplikasi Peta Pemikiran i-Think Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. World Academic And Research Congres 2015.

Rohaida Yusop & Zamri Mahamod. (2015). Keberkesanan Peta Pemikiran (I-Think) dalam Meningkatkan Pencapaian Penulisan Bahasa Melayu Pelajar Tahun 6. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5(2), 31-37.

Roselizam Daud, Roslan Ab Rahman & Noradilah Abdul Wahab. (2020). Sikap dan Tingkah Laku Guru Terhadap Penggunaan Peta Pemikiran i-Think dalam Proses Pengajaran Pendidikan Islam di Sekolah. Asian People Journal (APJ), 3(2), 24-35.

Rosnidar Mansor, Haeidatul Nashrah Hassan, Norazilawati Abdullah & Nik Azmah Nik Yusof. (2015). Keberkesanan Penggunaan i-Think Terhadap Pencapaian dan Minat Murid dalam Tajuk Sifat Bahan, Sains Tahun 4. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 5(2), 98-116.

Siti Arni Basir, Nurul Syafiyah Mohd Noor, Mohd Zaidi Abd Rahman & Monika @ Munirah Abd Razzak. (2016). Peranan Pemimpin dalam Pelaksanaan Etika Kerja Islam: Kajian Kes di Johor Corporation (JCorp). Jurnal Usuluddin, 44, 45-84.

Zarina Abu Baker & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2021). Keberkesanan Penggunaan peta i-Think Dalam Kalanngan Guru Senior Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Di Daerah Seremban. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 32-43.

Zarina Ashikin Zakaria, Norhana Abdullah, Normazla Ahmad Mahir, Suzannah Selamat & Kharyati Md Bahir. (2021). Kesan Penggunaan Peta Pemikiran Dalam Program i-Think Terhadap Peningkatan Tahap Penguasaan Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam. Jurnal Sains Insani, 6(1), 150-154.

Published
2023-04-30
How to Cite
Idrus, A. and K Han, C. (2023) “Persepsi Guru Novis Bahasa Melayu Terhadap Pengaplikasian Peta Pemikiran I-Think dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(4), p. e002244. doi: 10.47405/mjssh.v8i4.2244.
Section
Articles