Keberkesanan Penggunaan Dron dalam Pembelajaran Topik Reka Bentuk Elektronik Tingkatan Dua
Abstract
Pada masa kini, penggunaan dron dalam pendidikan sebagai alat bantu mengajar telah semakin dikenali dan digunakan dalam kalangan guru dan pensyarah bagi menarik minat pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Oleh yang demikian, objektif utama kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan penggunaan dron terhadap pencapaian pelajar dalam topik reka bentuk elektronik. Reka Bentuk Elektronik merupakan salah satu sub topik pembelajaran yang telah diperkenalkan dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tingkatan 2. Selain itu, tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis kesan penggunaan dron terhadap minat dan motivasi pelajar dalam pembelajaran RBT. Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan kaedah kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimental. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara pensampelan bertujuan yang melibatkan sejumlah 60 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor, Negeri Sembilan. Seramai tiga puluh orang pelajar dalam kumpulan rawatan menjalani pembelajaran berasaskan dron. Manakala tiga puluh orang pelajar bagi kumpulan kawalan menjalani pembelajaran sedia ada yang menggunakan buku teks RBT sebagai rujukan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian pra, ujian pasca dan soal selidik. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian pelajar kumpulan rawatan mengalami pencapaian yang signifikan berbanding pencapaian pelajar kumpulan kawalan dalam ujian pasca reka bentuk elektronik. Secara keseluruhannya, keputusan kajian ini juga telah membuktikan bahawa penggunaan dron telah dapat meningkatkan tahap pencapaian akademik, minat dan motivasi para pelajar dalam pembelajaran topik reka bentuk elektronik.
Downloads
References
Bai, O., Chu, H., Liu, H., & Hui, G. (2021). Drones in Education: A Critical Review. Turkish Journal of Computer and Mathematics Education, 12(11), 1722- 1727.
Bolick, M. M., Mikhailova, E. A., & Post, C. J. (2022). Teaching Innovation in STEM Education Using an Unmanned Aerial Vehicle (UAV). Education Sciences, 12(3). https://doi.org/10.3390/educsci12030224
Chou P. N. (2018). Smart technology for sustainable curriculum: Using drone to support young students’ learning. Sustainability (Switzerland), 10(10). https:// doi.org/10.3390 /su10103819
Duraj, S., Pepkolaj, L., & Hoxha, G. (2021). Adopting Drone Technology in Mathematical Education. HORA 2021 - 3rd International Congress on Human-Computer Interaction, Optimization and Robotic Applications, Proceedings, July. https://doi.org/10.1109/HORA52670.2021.9461297
Farr, V. & Light, G. (2019). Integrated STEM Helps Drone Education Fly," 2019 IEEE Integrated STEM Education Conference (ISEC), Princeton, NJ, USA, 2019, pp. 398-401, doi: 10.1109/ISECon.2019.8881958.
Fatin Fatinah Manap, Aidah Abdul Karim, Mohd Jasmy Abd Rahman, Mohd Khalid Mohamad Nasir & Md Yusoff Daud.. (2018). Penerimaan Teknologi Dron Dalam Kalangan Pelajar Universiti Awam. Dron Dalam Pendidikan:Himpunan Kajian Empirikal, 1(2).
Ibrahim A. B., Yahya, F. H., Kahar, N. H., & Omar, N. I. (2019). Kesan Simulasi Litar Elektronik Berkomputer Terhadap Prestasi, Motivasi, dan KBAT Pelajar dalam Mata Pelajaran RBT di Sekolah Menengah. International Journal of Education, Psychology, and Counseling, 4(28), 28-36.
Saiki, T. (2021) Effective Use of Drone in Elementary School Programming Classes. 2021 International Symposium on Educational Technology (ISET), Tokai, Nagoya, Japan.
Schuchter, A. & Promegger, M. (2021). Co-Creational Model for Blended Learning in a Flipped Classroom Environment Focusing on the Combination of Coding and Drone-Building. International Journal of Computer and Information Engineering, 15(3), 225–233.
Yamamori, K. (2019). Classroom practices of low-cost STEM education using scratch. Journal of Advanced Research in Social Sciences and Humanities, 4(6), 192-198 doi:10.26500/jarssh-04-2019-0601