Pengukuhan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta

  • Noor Azmira Mohamed Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  • Nor Azlili Hassan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Keywords: bahasa Melayu, pelajar universiti, perpaduan

Abstract

Perlembagaan Malaysia telah menetapkan Bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa rasmi negara dan bahasa pengantar pendidikan (Noraien Mansor & Noor Rohana Mansor, 2013). Penggunaan Bahasa Melayu sepatutnya tidak boleh diganggu lantas menjadi medium penting dalam mewujudkan keharmonian dan mengukuhkan perpaduan masyarakat di Malaysia. Namun, hari ini didapati pengukuhan BM terus dicabar dan melemahkannya sebagai bahasa kebangsaan dan perpaduan akibat daripada pengaruh dan perkembangan orde baru dunia yang menunjukkan bahawa penggunaan Bahasa Inggeris (BI) dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan perhubungan lebih diberikan keutamaan berbanding bahasa Melayu (Nor Hashimah Jalaluddin, 2010). Penekanan ke atas kepentingan bidang sains dan teknologi serta BI telah menyebabkan ada segelintir individu mula hilang keyakinan pada BM termasuklah dalam kalangan pelajar di universiti swasta yang terdiri daripada majoriti etnik bukan Melayu dan lebih menggunakan BI sebagai medium pembelajaran. Tambahan pula, wujud kelompok pelajar yang lebih selesa menggunakan bahasa ibunda mereka berbanding BM. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan isu penggunaan BM di institusi pengajian tinggi swasta serta menganalisis faktor kelemahan penggunaan BM dalam kalangan pelajar universiti swasta. Justeru, satu kajian telah dijalankan ke atas 100 orang pelajar di universiti swasta dengan menggunakan kaedah pensampelan secara rawak. Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengukuhan pelajar universiti swasta terhadap BM adalah sederhana. Ini adalah kerana keutamaan pelajar terhadap BI, kurang kefasihan dalam BM, kurang kerjasama dan usaha dalam kalangan pensyarah dan pihak pengurusan universiti, kurang menitikberatkan maksud perlembagaan dan kurang keyakinan terhadap status BM adalah antara isu-isu penggunaan BM di institusi pengajian tinggi swasta. Justeru, senario pengukuhan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar universiti swasta ini tidak boleh dipandang ringan dan perlu diperkukuhkan sebelum mengalami ancaman kepupusan kerana Bahasa Melayu berpotensi besar dalam pelbagai bidang dan generasi ini mampu mencorakkan kestabilan hubungan sosial dan kelangsungan pemartabatan bahasa Melayu dalam ketamadunan Malaysia.

Statistics
Abstract views: 476 , PDF downloads: 2096

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ang Lai Hoon & Che Radiah Mezah. 2012. Masalah Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Etnik Cina di Malaysia. Jurnal Sosiohumanika 5(2).

Chew Peh Ting. 1979. Konsep Asas Sosiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mansor Mohd Noor. 2010. Hubungan Melayu dan Cina di Malaysia Masa Kini. Jurnal Demokrasi 9(2): 186-207.

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 2010. Cabaran Integrasi antara kaum di Malaysia: Perspektif Sejarah Keluarga dan Pendidikan. Jurnal Hadhari 3:61-84.

Mohamad Rodzi Abd Razak. 2009. Pembinaan Negara Bangsa Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. JEBAT: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies 36(2009):90-106.

Najeemah Mohd Yusof. 2005. Pola interaksi dalam kalangan murid pelbagai etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan sekitar Sungai Petani, Kedah. Tesis Doktor Falsafah. Bayan Lepas: Universiti Sains Malaysia.

Najeemah Mohd Yusof. 2011. Language and Ethnic Boundary among Students of Various Ethnicities in Secondary Schools in Malaysia. Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan Sosiohumanika 4(2): 211-228.

Ramlah Adam. 2014. Pendaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu di Malaysia: Sejarah dan kedudukan masa kini. Proceeding of Symposium of International Language and Knowledge (SiLK 14).

Rosman Md. Yusoff & Kassim Thukimin. 2009. Teori dan pemikiran mengenai Hubungan Etnik. Dlm. Kassim Thukimin & Hamidah Abdul Rahman Hubunagn Etnik di Malaysia: Perspektif, Teori dan Praktik 17-53. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Zulkifley Hamid & Naidatul Zamrizam Abu. 2013. Memupuk perpaduan di Malaysia – Santun bahasa dalam kalangan murid pelbagai etnik dari aspek penggunaan kata ganti nama diri. Malaysian Journal of Society and Space 9(4): 86-98.
Published
2019-08-03
How to Cite
Mohamed, N. A. and Hassan, N. A. (2019) “Pengukuhan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(4), pp. 19 - 28. Available at: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/227 (Accessed: 8August2020).
Section
Articles