Amalan “Kejawen” dalam Menghasilkan Seni Permainan Kuda Kepang di Negeri Johor
Abstract
Tarian kuda kepang adalah tari tradisi masyarakat Jawa. Proses ritual dilakukan sebelum persembahan tarian kuda kepang untuk mewujudkan keadaan mabuk dan terjadinya permainan kuda kepang. Kajian ini bertitik tolak daripada falsafah permainan kuda kepang yang mengandungi unsur trance (mabuk) dan menghujahkan amalan “kejawen” yang digunakan dalam proses ritual permainan kuda kepang bertujuan untuk mewujudkan keadaan mabuk ketika persembahan. Tujuan penelitian adalah untuk mengenal pasti hubungkait amalan tersebut dengan persembahan. Penulisan ini merupakan pengkajian yang mengambil kata kunci “kejawen”, iaitu amalan orang Jawa sebelum mereka beragama Islam. Penulisan jurnal ini menggunakan data yang diperoleh melalui kerja lapangan terhadap empat kumpulan sasaran kajian yang masih bergerak aktif di negeri Johor. Penelitian mengaplikasikan pendekatan kualitatif. Pengumpulan data melalui pemerhatian, wawancara dan dokumentasi. Tarian ini telah diharamkan dan dilarang persembahannya oleh mufti Negeri Johor kerana mengandungi unsur khurafat dan syirik dalam proses ritual yang dilakukan serta kewujudan mabuk (trance) dalam tarian tersebut. Justeru itu, objektif kajian adalah untuk membincangkan isu persembahan kuda kepang yang masih diteruskan. Teori ritual oleh Roy A. Rappaport digunakan untuk membuktikan perkaitan ritual di dalam persembahan tersebut, iaitu ritual yang dilakukan kerana terikat dengan amalan kejawen mereka. Kertas ini memberi penekanan terhadap pegangan amalan kejawen yang masih diamalkan oleh kumpulan kuda kepang yang dikaji. Di akhir kertas ini, dapat dijelaskan bahawa tanpa amalan kejawen, tidak akan berlaku keadaan mabuk dan tarian kuda kepang tidak akan terpisah dari strukturnya serta tidak akan terhasilnya permainan kuda kepang.
Downloads
References
Abbas Mohd. Shariff. (2002). Budaya dan Falsafah Orang Melayu. Singapura: Universiti Teknologi Nanyang.
Abdul Rahman Abdullah. (2022). Pemikiran Islam Jawa. Kuala Lumpur: Kafilah.
Alwi Shihab (2001). Islam Sufistik. “Islam Pertama” dan Pengaruhnya Hingga Kini di Indonesia. Bandung: Mizan.
Barbara, A. B. (2018). Art, Ritual and Trance Inquiry. Switzerland: Springer Nature.
Belo, J. (1960). Trance in Bali. New York: Columbia University Press.
Djoko Widagdo. (2000). “Sikap Religius Pandangan Dunia Jawa”. Islam dan Kebudayaan Jawa. Ed.M. Darrori Amin, 65-84. Yogyakarta: Gama Media.
Elmeida Effendy, & Silvana, R. R. G. (2019). Post -Dissociative Trance Disorder-Traditional Culture of Nini Pagar from Tigabinanga. Journal of Medical Science, 7 (16), 2686-2687.
Geertz, C. (1964). The Religion of Java. London: The Free Press of Glencoe.
Gennep, A, V. (1960). Rites of Passage. Chicago: The University of Chicago.
Gowan, J, C. (1975). Trance, Art and Creativity. New York: Northridge.
Heristina Dewi. (2016). Keberlanjutan dan Perubahan Seni Pertunjukan Kuda Kepang di Sei Bamban, Serdang Bedagai, Sumatera Utara. Jurnal Panggung, 2(26), 140-150.
Ina Dinawati. (2010). Istilah-Istilah Sesaji Dalam Tradisi Merti Desa di Desa Dadapayam Kecamatan Suruh Kabupaten Semarang. Skripsi Sarjana. Universitas Sebelas Maret. Surakarta. 1-79.
Ismail Hamid. (1988). Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismawati. (2002). Budaya dan kepercayaan Jawa masa pra- Islam. Islam dan Kebudayaan Jawa. Ed.M. Darrori Amin, 3-24. Yogyakarta: Gama Media.
Kholid Karomi. (2013). Tuhan dalam Mistik Islam Kejawen (kajian atas pemikiran Raden Ngabehi Ranggawarsita). Jurnal Khalimah, 2 (11), 287-304.
Koentjaraningrat (1953). Javanese Culture. Singapore: Oxford University Press.
M. Darrori Amin (2002). Sinkretisme dalam Masyarakat Jawa”. Islam dan Kebudayaan Jawa”. Ed M. Darrori Amin, 85-118. Yogyakarta: Gama Media.
Mohamed Ghouse Nasuruddin. (1994). Tarian Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Kipli Abdul Rahman. (2009). Mabuk Mistikal: Semiotik Metafizik dalam Kuda Kepang Mabuk. Pulau Penang: Universiti Sains Malaysia.
Mohd. Kipli Abdul Rahman. (2006). Trance” dalam Kuda Kepang Mabuk (KKM): Suatu Manifesti Simbolik Perjalanan Kerohanian. Wacana Seni Journal of Art Discourse, 8 (5), 17-41.
Mohd. Kipli Abdul Rahman. (2013). Tari Ritual Kuda Kepang Mabuk: Inisiasi Simbolik Perjalanan Mistik. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 6 (2), 190-209.
Mohd Taib Osman. (1989). Malay Folks Beliefs. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Sulton. (2002). Interelasi Nilai Jawa dan Islam Perspektif Ekonomi. Islam dan Kebudayaan Jawa. Ed.M. Darrori Amin, 224-247. Yogyakarta: Gama Media.
Rahimah Abdul Aziz. (1997). Pembaratan pemerintahan Johor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rappaport, R, A. (1967). Pigs for the Ancestors. New Haven and London: Yale University Press.
Ridin Sofwan. (2002). Interelasi Nilai Jawa dan Islam dalam Aspek Kepercayaan dan Ritual. Islam dan Kebudayaan Jawa. Ed. M. Darrori Amin, 86-119. Yogyakarta: Gama Media.
Rizky Agung, & Dhalia Soetopo. (2021). Budaya Kesurupan Seni Tradisi Jaranan di Banyuwangi. Seminar Nasional Universitas PGRI Banyuwangi, 7 (1), 16-22.
Roslina Abu Bakar. (2014). Tarian Kuda Kepang: Animisme dalam Kesenian Masyarakat Jawa”. Jurnal Peradaban Melayu, 9 (2), 30-44.
Royce, A.P. (1977). The Anthropology of Dance. Bloomington and London: Indiana University Press.
Simuh. (1988). Mistik Islam Kejawen Raden Ngabehi Ranggawarsita. Jakarta: UI press.
Sri Suhandjati. (2002). Dinamika Nilai Jawa Islam dan Tantangan Modernisasi. Ed M. Darrori Amin, 277-290. Yogyakarta: Gama Media.
Suseno, M. F. (1999). Etika Jawa: Sebuah Analisa Falsafi tentang Kebijaksanaan Hidup Jawa. Jakarta: Gramedia.
Suwardi Endraswara. (2004). Mistik Kejawen, Sinkretisme, Simbolisme dan Sufisme dalam Budaya Spiritual Jawa. Yogyakarta: Narasi.
Thomas Hendriko & Elmeida Effendy. (2019). Kuda Kepang: A Case Report of Javanese Cultural-Related Trance in Medan. Journal of Medical Sciences.ED. 7 (6), 2705-2707.
Widyawati Ahmad. (2003). Upacara Tradisi Labuh Sesaji Sebagai Daya Tarik Wisata Budaya di Obyek Wisata Telaga Sarangan Kecamatan Sarangan. Yogyakarta: Politeknik API.