Penerokaan Sumber Dalaman Mangsa Banjir Bagi Pemerkasaan Komuniti dalam Pengurusan Bencana Banjir di Malaysia
Abstract
Penglibatan komuniti mangsa bencana banjir dalam pengurusan bencana sebenarnya akan membantu mereka untuk lebih berdaya tahan (resilien) serta mengurangkan risiko kepada isu tekanan psikologikal yang membimbangkan. Oleh itu, objektif bagi kajian ini adalah meneroka sumber dalaman mangsa banjir yang mempengaruhi mereka kepada pemerkasaan komuniti dalam pengurusan bencana banjir di Malaysia. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif di mana kajian kes pelbagai digunakan sebagai reka bentuk kajian. Ia melibatkan empat lokasi kajian iaitu negeri Kedah (Zon Utara), Selangor (Zon Tengah), Johor (Zon Selatan) dan Pahang (Zon Pantai Timur). Manakala teknik pensampelan yang digunakan adalah persampelan bertujuan dengan kriteria inklusif seperti; (i) Berumur 18 tahun dan ke atas (ii) Mempunyai pengalaman terlibat sebagai mangsa banjir (melebihi tiga peristiwa banjir yang berbeza) (iii) Warganegara Malaysia. Seterusnya, kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah perbincangan kumpulan berfokus dengan menggunakan protokol panduan soalan separa berstruktur. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan teknik analisis tematik. Hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati terdapat tujuh tema utama bagi sumber dalaman iaitu tindakan kendiri berdasarkan pengetahuan, persediaan kendiri berdasarkan pengalaman, penyertaan kendiri dalam membantu ahli komuniti, keupayaan menyelesaikan masalah, bantuan kendiri tanpa mengharapkan bantuan luar, persiapan mental dan tema terakhir adalah elemen spiritual dan kekuatan rohani sebagai sumber kekuatan. Kajian ini dilihat sebagai pemangkin ke arah penambahbaikan Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara dan boleh digunakan untuk merangka program kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti untuk berhadapan dengan bencana banjir di Malaysia.
Downloads
References
Ahmad Zafran, S. A., Najmuddin, A. R., & Muhammad Amaluddin, M.A. (2021). Latihan Menghadapi Risiko Bencana Banjir: Satu Penilaian Amal Rescue Team (ART) Unit Barisan Hadapan Jabatan Amal Malaysia. Proceeding of the 8th International Conference on Management and Muamalah 2021 (ICoMM 2021), m.s. 581-592.
Amir Zal, W. A. (2018). Ketahanan Komuniti Mangsa Bencana Banjir Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia Dalam Konteks Modal Komuniti. Journal of Nusantara Studies JONUSO, 3(2), 41-53.
Aristiawan, A. & Istiyono, E. (2020). Developing instrument of essay test to measure the problem-solving skill in physics. Jurnal Pendidikan Fisika Indonesia, 16(2), 72-82.
Braun, V., & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in Psychology, 3(2), 77-101.
Chen, L., Liu, Y., & Chan, K. (2006). Integrated Community-Based Disaster Management Program in Taiwan: A Case Study of Shang-An Village. Nat Hazards, 37, 209-221.
Cox, M., Villamayor-Tomas, S., & Hartberg, Y. (2014). The role of religion in community-based natural resource management. World Development, 54(1), 46-55.
Fahrudin, A. (2016). Peranan masyarakat dalam pengurusan bencana. Seminar Psikologi Kebangsaan III. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 26 & 27 Mei 2016.
Imperiale, A. J., & Vanclay, F. (2016). Experiencing local community resilience in action: Learning from post-disaster communities. Journal of Rural Studies, 47(A), 204-219.
International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC) (2009). Psychosocial intervention: A handbook. Denmark: International Federation Reference Centre for Psychosocial Support.
Jahangiri, K., Izadkhah, Y., & Jamaledin Tabibi, S. (2011). A comparative study on community based disaster management in selected countries and designing a model for Iran. Disaster Prevention and Management, 20(1), 82-94. https://doi.org/10.1108/09653561111111108
Katrina, M. A. (2006). Community‐based disaster preparedness and climate adaptation: local capacity‐building in the Philippines, Disasters, 30(1), 81-101. https://doi.org/10.1111/j.14679523.2006.00308.x
Koenig, H. G. (2018). Religion and mental health: Research and clinical applications. New York, NY:Academic Press.
Kumar, V., Cheng, S. Y. C., & Singh, A. K. (2016). Impact of flood on rural population and strategies for mitigation: A case study of Darbhanga District, Bihar State, India. Contemporary Rural Social Work, 8(1), 45–56.
Lorna P. V. (2003). Community-Based Disaster Management in the Philippines: Making a Difference in People's Lives. Philippine Sociological Review, 51, 65-80.
Maruzairi, H., Mohd Zawari, M. N., & Wan Nor Arifin, W. M. (2015). Exploring emotion disasters and resilience in adolescent affected by flood in Kelantan and the development of peer support group for trauma module. Laporan Akhir Persidangan Kajian Bencana Banjir 2014. (ms. 244-247): UTM.
Memduhouglu, H. & Band Kelecs, E. (2016). Evaluation of the relation between critical-thinking tendency and problem-solving skills of pre-service teachers. Journal of Educational Sciences Research, 6(2), 75-94.
Merriam, S. (2009). Qualitative Research: A Guide to Design and Implementation. San Francisco, CA: Jossey Bass.
Moreno, J., Lara, A., & Torres, M. (2018). Community resilience in response to the 2010 tsunami in Chile: The survival of a small-scale fishing community. International Journal of Disaster Risk Reduction, 33, 376-384. https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S2212420918307908
Nurashikin, I. (2015). Mental health and psychosocial response: Support and coordination in disaster. Kertas Pembentangan daripada Kelantan Mental Health Conferences. Kota Baharu, Kelantan: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.
Natalia, R. N., Malinti, E., & Elon, Y. (2020). Kesiapsiagaan Remaja Dalam Menghadapi Wabah COVID-19. NHIHC: Nani Hasanuddin International Health Conference, 107-111.
Noremy M. A., Azlinda A. & Taufik. (2017). Transforming Society: Strategies for Social Development from Singapore, Asia and Around the World, Flood disasters in Malaysia: Psychosocial care and social work intervention. Chapter 12, 169-178, Routledge: New York, USA
Noremy, M. A. (2020). A Review on The Psychological Issues and Psychosocial Intervention:Flood Disasters in Malaysia. International Journal of Psychosocial Rehabilitation, 24, 4337- 4349.
Noremy, M. A., On Kan, S., & Nur Hafizah, M. A. (2020). Faktor Pengaruh Resiliensi Mangsa Banjir: Kajian Kes Di Kelantan. Jurnal Psikologi Malaysia, 34(2), 105-118.
Rosnah, I., Ferlis, B., Jasmine, A. M., Shuhairimi, A., Mohd Kasturi, N. A., Adila, I. & Siti Zaleha, I. (2015). Intervention guideline and model program for strengthening family community resilience in traumatic loss and major disasters. Laporan Akhir Persidangan Kajian Bencana Banjir 2014, 248-251: UTM. doi: 10.1080/02678370010025568
Saleebey, D. (2006). The Strengths Perspective in Social Work Practice. Boston: Pearson.
Siti Uzairiah, M. T. (2017). Kajian Kualitatif dan Analisis Temu bual. Kuala Lumpur, Malaysia: Aras Publisher.
Ubachukwu, N. N., & Emeribe, C. N. (2017). The 2012 flooding in selected parts of Isoko South, Sciences, 8(1), 353–358.
Umar, N. (2013). Pengetahuan dan kesiapsiagaan masyarakat menghadapi bencana banjir di bolapapu kecamatan kulawi sigi sulawesi tengah. Jurnal Keperawatan Soedirman, 8(3),105-119.
Yazid, S., Hanifah, M., Zalina, H., & Nasir, N. (2018). Pencapaian Program Pemindahan Ilmu Tatacara Menyelamat Sewaktu Banjir dan Kaedah Pemulihan Dalam Kalangan Komuniti Kuala Krai, Kelantan, Malaysia. Journal of Echno Social, 10(1), 2600-7940.
Zahro, Z. R. (2017). Sekolah siaga bencana: kajian evaluatif kesiapsiagaan sekolah menghadapi bencana. Seminar Nasional Pendidikan Sinergitas Keluarga, Sekolah, dan Masyarakat dalam Penguatan Pendidikan Karakter, 249-258.
Zhang, X., Yi, L. & Zhao, D. (2013). Community-based disaster management: a review of progress in China. Nat Hazards, 65, 2215-2239. https://doi.org/10.1007/s11069-012-0471-3