Epistemologi Masyarakat Madani dan Masyarakat Sivil: Mengenal Pasti Jurang Penyelidikan Melalui Tinjauan Literatur Sistematik

  • Nik Khusairie Bin Jaafar Pusat Kajian Pembangunan, Sosial & Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Azmi Bin Aziz Pusat Kajian Pembangunan, Sosial & Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
Keywords: Jurang penyelidikan, Tinjauan literatur sistematik, Masyarakat madani, Masyarakat sivil, Epistemologi

Abstract

Ketika ini, masyarakat madani telah diangkat sebagai istilah besar dan diwacanakan pada peringkat tertinggi di Malaysia. Gagasan masyarakat madani telah dijadikan etos negara. Justeru itu, kefahaman kepada makna istilah besar seperti masyarakat madani perlu diterokai menerusi epistemologi iaitu kajian berkaitan sumber sesuatu ilmu. Apabila masyarakat madani dikaitkan dengan masyarakat sivil, maka sudah tentunya istilah-istilah ini menjadi semakin penting untuk difahami. Natijahnya, wujud pertembungan peradaban kerana istilah masyarakat madani berasal daripada dunia Islam, manakala istilah masyarakat sivil berasal dari dunia Barat. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jurang penyelidikan berkaitan topik epistemologi masyarakat madani dan masyarakat sivil. Kajian yang dijalankan ini telah menggunakan metodologi tinjauan literatur sistematik berdasarkan kepada lima (5) langkah perlaksanaan iaitu penentuan skop, perancangan, pengenalpastian, penyaringan dan pelaporan. Sebanyak lapan (8) kata kunci tinjauan pencarian telah ditetapkan bagi maksud kajian ini. Maklumat tinjauan literatur sistematik telah diakses dari empat (4) pengkalan data iaitu Scopus, Google Scholar, Web of Science dan Science Direct. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujud kekurangan kajian yang sangat ketara dalam topik epistemologi masyarakat madani dan masyarakat sivil. Dapatan kajian juga menunjukkan kekurangan kajian dalam topik masyarakat madani (madani society) di kalangan penyelidik Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan supaya topik epistemologi masyarakat madani dan masyarakat sivil diterokai lebih lanjut dan mendalam oleh para penyelidik tempatan.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Al-Attas, S. M. N. (1978). Islam and secularism. Kuala Lumpur: ABIM.

Al-Attas, S. M. N. (1997). The concept of education in Islam. Chicago: Kazi Publications Inc.

Anwar Ibrahim. (1995). Islam dan pembentukan masyarakat madani. Buletin Pengurusan Islam, 4(1). https://www.scribd.com/doc/7592510/Islam- Dan PembentukanMasyarakat-Madani

Anwar Ibrahim. (2021). Sesi Wacana Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. https://www.youtube.com/watch?v=X4a2O0mbd0c

Anwar Ibrahim. (2023). Amanat Perdana Menteri: Membangun Malaysia Madani. Jabatan Perdana Menteri. https://www.mampu.gov.my/wp content/uploads/2023/01/Amanat- Perdana-Menteri Membangun-Malaysia-Madani.pdf

Asrori, M. (2014). Masyarakat madani dan pendidikan Islam (mengkonstruksi masyarakat madani melalui pendidikan Islam). Madrasah: Jurnal Pendidikan dan Pembelajaran Dasar, 103-115.

Audi, R. (2010). Epistemology a contemporary introduction to the theory of knowledge. Oxfordshire: Routledge.

Azeez, F. T. & Elegunde, A. F. (2022). Research gaps in management sciences: an x-ray of literature. International Journal of Innovative Science and Research Technology, 7(1), 955-962.

Azmi Aziz. (2016). Isu-isu agama dan sekularisme dalam ruang sosio-politik di Malaysia. Geografia Malaysian Journal of Society and Space, 12(14), 64-69.

Chahanovich, W. S. (2012). Madaniyya: what’s in a name. reset dialog on civilizations. https://www.resetdoc.org/story/madaniyya-whats-in-a-name

Cohen, J. & Arato, A. (1992). Civil society and political theory. Cambridge: MIT Press.

Cox, H. (2013). The secular city: secularization and urbanization in theological perspective. New Jersey: Princeton University Press.

Fadzlullah Shuib. (1995). Kecemerlangan ilmu dalam sejarah dan tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Farooq, R. (2017). A framework for identifying research gap in social sciences: evidence from the past. The IUP Journal of Management Research, 16(4), 67- 76.

Fuller, S. (2015). Knowledge: the philosophical quest in history. Oxfordshire: Routledge.

Gellner, E. (1994). Conditions of liberty, civil society and its rivals. London: Penguin Group.

Hamim, T. (2000). Islam dan civil society (masyarakat madani): tinjauan tentang prinsip human rights, pluralism dan religious tolerance. Dlm. Ismail S.M. & Abdullah M. (pnyt.). Pendidikan Islam, Demokratisasi dan Masyarakat Madani (hlm. 115-127). Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

Khan, K. S., Kunz, R., Kleijnen, J. & Antes, G. (2003). Five steps to conducting a systematic review. Journal of the Royal Society of Medicine, 96(3), 118- 121.

Lewis, B. (2002). What went wrong?: the clash between Islam and modernity in the middle east. New York: Harper Perennial.

Makmor Tumin, Sharifah Haayati Syed Ismail & Mazlan Che Soh (pnyt.). (2021). Islam dan dinamika masyarakat sivil di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mattick, K., Johnston, J., & de la Croix, A. (2018). How to write a good research question. Clinical Teacher, 15(2), 104-108.

Michie, S. & Williams, S. (2003). Reducing work related psychosocial ill health and sickness absence: a systematic literature review. Occupational and Environmental Medicine, 60(1), 3-9.

Muhammad Zainiy Uthman. (2001). Islam, sains dan pemikiran objektif: suatu perbandingan ringkas. Jurnal YADIM, 2, 146-148.

Muhammad, M. & Che Ahmad, A. (2021). Keperluan modul pembelajaran sosial dan emosional: satu analisis literatur sistematik. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 6(44), 52-67.

Nawaf Salam. (2002). Civil society in the arab world: the historical and political dimension. Cambridge: Harvard Law School.

Qutb, S. (1978). Masyarakat Islam. Terj. Muthi Nurdin. Bandung: PT Almaa’rif.

Seib, P. (2012). Religion and the awakening. Religion in the News Spring 2012, 14(1) https://www3.trincoll.edu/csrpl/RINVol14No1/Religion%20and%20the%20Awakening.htm

Siddaway, A. P., Wood, A. M., & Hedges, L. V. (2018). How to do a systematic review: a best practice guide for conducting and reporting narrative reviews, meta-analyses and meta-syntheses. Annual Review of Psychology, 70(1), 747-770.

Sukardi, I. (2010). Islam dan civil society. Jurnal Tsaqafah, 6(1), 113-127.

Syed Farid Alatas. (2005). Islam and modernization. Dlm. K. S. Nathan & Muhammad Hashim Kamali (pnyt.). Islam in Southeast Asia: Political, Social and Strategic Challenges for the 21st Century (hlm. 209-230). Singapore: ISEAS Publishing.

Syed Farid Alatas. (2009). Ideology and utopia in the discourse on civil society in Indonesia and Malaysia. Dlm. Johan Saravanamuttu (pnyt). Islam and Politics in Southeast Asia (hlm. 165-181). New York: Routledge.

Tumin, M. & Che Soh, M. (2020). Sumbangan Tradisi Barat Dan Islam Terhadap Idea Masyarakat Sivil. Afkar: Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, 22(2), 77-118.

Wan Hashim Wan Teh. (2023, 26 Ogos). Gagasan masyarakat madani jadikan etos negara. Utusan Malaysia.

Wan Salmuni Wan Mustaffa, Rafiduraida Abdul Rahman & Hariyaty Ab Wahid. (2021). Kualiti perkhidmatan dalam kalangan pelajar kurang upaya (oku): tinjauan literatur sistematik di sektor pendidikan tinggi. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 42-48.

Published
2023-10-26
How to Cite
Jaafar, N. K. and Aziz, A. (2023) “Epistemologi Masyarakat Madani dan Masyarakat Sivil: Mengenal Pasti Jurang Penyelidikan Melalui Tinjauan Literatur Sistematik”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(10), p. e002552. doi: 10.47405/mjssh.v8i10.2552.
Section
Articles