Pelaksanaan Projek Tanggungjawab Sosial Meningkatkan Penghayatan Etika dan Peradaban Pelajar Politeknik Kota Kinabalu
Abstract
Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban mewajibkan para pelajar untuk melaksanakan penilaian berterusan – Projek dengan menjalankan program berasaskan tanggungjawab sosial. Justeru, pelaksanaan projek ini ada kalanya dianggap sebagai cabaran kerana pelaksanaan oleh pelajar secara sukarela atau hanya semata-mata untuk memenuhi keperluan wajib yang telah ditetapkan oleh politeknik. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan projek pelajar dalam kursus MPU21032 Penghayatan Etika dan Peradaban melalui program berlatarbelakangkan tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar Politeknik Kota Kinabalu, Sabah Populasi kajian ini melibatkan pelajar semasa sesi II 2022/2023 yang mengikuti kursus MPU21032 Penghayatan Etika dan Peradaban. Kajian berbentuk tinjauan ini melibatkan 113 responden yang dipilih melalui teknik pensampelan rawak mudah. Instrumen kajian ialah set soal selidik yang diedarkan melalui Google Form. Instrumen kajian mempunyai tiga konstruk iaitu penilaian pelaksanaan program, pengurusan program dan impak program. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) v26. Hasil kajian melaporkan bahawa ketiga-tiga konstruk kajian mempunyai skor min yang tinggi iaitu 3.876 (SP=.302) untuk penilaian pelaksanaan program, pengurusan program pula 3.811 (SP=.409) dan skor min impak program adalah 3.769 (SP=.372). Data analisis juga turut menunjukkan bahawa wujud hubungan signifikan dalam pelaksanaan program tanggungjawab sosial dengan peningkatan etika dalam kalangan pelajar. Oleh yang demikian, pelaksanaan projek pelajar berasaskan tanggungjawab sosial berupaya untuk mencapai agenda pendidikan negara bagi melahirkan generasi muda yang mempunyai jati diri dan berempati tinggi.
Downloads
References
Abidin, M. Z. Z., Shaid, N., & Zanuddin, H. (2017). Kempen Tanggungjawab Sosial Korporat dan Persepsi Khalayak: Kesan Kempen Terpilih Petronas terhadap Sikap Kasih Sayang Golongan Pelajar kepada Ibu Bapa. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 19(2), 53-54. https://ijie.um.edu.my/index.php/JPMM/article/download/28622/13054
Ahmad, A. S., & Johari, H. (2022). Motif kesukarelawan dan kemahiran insaniah mahasiswa khidmat masyarakat. International Journal of Social Science Research (IJSSR), 4(1), 124-138. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr/article/view/17584/9277
Bakri, Z. A., Mahmood, W. S. W., & Zakaria, M. A. (2019). Kajian Kes: Impak Sukarelawan YES! Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin dalam melakukan Kerja-kerja Kesukarelawanan TVET. Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), 4(3), 92-99. http://upikpolimas.edu.my/ojs/
Bond, T. G., & Fox, C. M. (2015). Applying the Rasch Model Fundamental Measurement in the Human Sciences. Routledge, NY. https://10.1207/S15327574IJT013&4_10
Chua, Y. P. (2014). Kaedah dan Statistik Penyelidikan-Asas Statistik Penyelidikan (Buku 2), Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education.
Fauzi, T. I., Astuti, N. P., & Rahmawati, D. N. U. (2021). Program Kampus Mengajar (PKM) Sebagai Usaha Peningkatan Pembelajaran Peserta Didik di SDN 127 Sungai Arang, Bungo Dani, Kabupaten Bungo, Provinsi Jambi. Jurnal BUDIMAS, 3(2), 483-490. https://www.jurnal.stie-aas.ac.id/index.php/JAIM/article/view/3406/1584
Hamzah, I. S., Mohamad Zin, S. A., Jamal, M. B., Sarifin, M. R., & Kamarudin, L. A. (2022). The Role of Voluntary Activity in Nurturing Student’s Soft Skills. Jurnal Perspektif Sains Sosial dan Kemanusiaan, 14(2), 67–80. https://doi.org/10.37134/perspektif.vol14.sp.6.2022
Hoque, A.S.M.M, Awang, Z., Jusoff, K., Salleh, F., and Muda, H (2017). Social Business Efficiency: Instrument Development and Validation Procedure using Structural Equation Modelling. International Business Management, 11(1), 222-231. https://docsdrive.com/?pdf=medwelljournals/ibm/2017/222-231.pdf
Ismail, A. S., Mustaffa, N. N. M., Abdullah, A. N., Saudi, N. S. M., Rafiuddin, N. M. (2020). Pembentukan kepimpinan pelajar menerusi program khidmat komuniti di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. ZULFAQAR Journal of Defence Management, Social Science & Humanities, 1, 29-35. https://zulfaqarjdmssh.upnm.edu.my/index.php/zjdmssh/article/view/44/43
Ismail, A. S., Saudi, N. S. M., Mustaffa, N. N. M., Rafiuddin, N. M., & Abdullah, A. N. (2021). Covid-19: Khidmat Komuniti Secara dalam Talian. Jurnal Dunia Pengurusan, 3(2), 53-58. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/14036/7205
Nudin, A. B., Mustaffa, C. S., & Ahmad, M. K. (2016). Analisis Faktor dan Cabaran Pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat Islam. EDUCATUM – Journal of Social Science, 2(1), 75-86. https://d1wqtxts1xzle7.cloudfront.net/89952525/83553254-libre.pdf?1660952603=&response-content-disposition=inline%3B+filename%3DAnalisis_faktor_dan_cabaran_pelaksanaan.pdf&Expires=1689655322
Othman, M. S., & Kassim, A. Y. (2018). Kajian Rintis bagi Pelaksanaan Komposisi Pengajaran Guru Pendidikan Islam yang Mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Menerusi Pendidikan Akidah Sekolah Rendah di Malaysia. Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education, 2(2), 55-60. https://attarbawiy.kuis.edu.my/index.php/jurnal/article/view/78/63
Rahman, N. A. (2018). Tahap Penglibatan dalam Aktiviti Sukarela dan Kesannya Terhadap Kesejahteraan Diri Golongan Awal Dewasa di Kedah. [Disertasi Master]. USM: Penang. http://eprints.usm.my/43716/1/NOREHAN%20BINTI%20ABDUL%20RAHMAN.pdf
Riduwan. (2012). Skala Pengukuran Variable-variable: Penelitian. Alfabeta, Bandung.
Santos, G., Marques, C. S., Justino, E., & Mendes, L. (2020). Understanding social responsibility’s influence on service quality and student satisfaction in higher education. Journal of Cleaner Production, 256, 1-10. https://doi.org/10.1016/j.jclepro.2020.120597
Sari, F. I., Mediaty, & Darwis, S. (2020). Corporate Social Responsibility vs creating shared value melalui kajian perspektif islam: pendekatan kritis Jurgen Habermas. Jurnal Ilmiah Akuntansi Kajian Perspektif, 4(1), 1-16. https://journal3.uin-alauddin.ac.id/index.php/jiap/article/view/14459/8693
Wahab, N. A., Muhamad, N., & Ismail, M. S. (2019). Penggunaan Analisis Penerokaan Faktor Bagi Instrumen Pengaruh Media Massa Terhadap Pelajar Bermasalah Disiplin. Journal of Educational Research and Indigenious Studies, 2(1), 1-10. https://www.researchgate.net/publication/340861576_Penggunaan_Analisis_Penerokaan_Faktor_Bagi_Instrumen_Pengaruh_Media_Massa_Terhadap_Pelajar_Bermasalah_Disiplin