Teknik Pengubahsuaian dalam Terjemahan Intralingual Diakronik Manuskrip Melayu ‘Hikayat Abdullah’
Abstract
Makalah ini mengetengahkan perbincangan mengenai penggunaan teknik pengubahsuaian seperti yang dicadangkan oleh Nida pada tahun 1964 yang diaplikasikan dalam terjemahan intralingual diakronik terhadap manuskrip Melayu ‘Hikayat Abdullah’ (Abdullah Abdul, 1849). Tujuan utama terjemahan intralingual diakronik adalah untuk menghasilkan sebuah teks yang lebih bersifat kontemporari kepada pembaca sasaran. Terdapat banyak teknik yang sesuai diaplikasikan dalam terjemahan intralingual diakronik bergantung kepada ciri-ciri bahasa Melayu klasik itu sendiri. Walau bagaimanapun, kajian ini bertujuan untuk mencerakin teknik pengubahsuaian yang berlaku dalam terjemahan manuskrip Melayu ‘Hikayat Abdullah’ (Hamzah, 2007) daripada bahasa Melayu klasik kepada bahasa Melayu moden berlandaskan ciri-ciri bahasa Melayu klasik. Bagi tujuan tersebut, kajian ini dijalankan dengan mengaplikasikan pendekatan kualitatif yang menjurus kepada bentuk analisis secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati bahawa teknik pengguguran dan teknik pindaan lebih kerap digunakan bagi ayat yang panjang dan berulang-ulang, ayat yang banyak menggunakan kata pangkal ayat, dan ayat yang banyak mengandungi partikel pun dan lah.
Downloads
References
Abdullah Abdul Kadir Munsyi. (1849). Hikayat Abdullah. The British Library Board and the National Library Board of Singapore.
Asmah Omar. (1988). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan & Abdul Rasid Jamian. (2020). Sumbangan Manuskrip Melayu Lama kepada Peradaban Bangsa. PENDETA. Journal of Malay Language, Education and Literature, 11(2), 7-17.
Creswell, J. W., & Poth, C. N. (2017). Qualitative Inquiry and Research Design: Choosing Among Five Approaches (4th ed.). SAGE Publications, Inc.
Faridah Nazir & Norlidza Wan Mohd Zain. (2020). Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden: Suatu Analisis Morfologi. Dalam Junaini Kasdan, Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Muhamad Shafiq Mohd Ali, Sri Yanti Mahadzir & Suhaini Md Noor, Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian Alam Melayu 2020 (hlm. 339-357). Selangor: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Fu Congcong. (2016). Prinsip Penterjemahan Tradisional China dalam Penterjemahan Sulalat alSalatin. Dalam Goh Sang Seong, Isu-Isu dalam Terjemahan Karya Sastera (hlm. 103-120). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Gottlieb, H. (2008). Multidimensional Translation. Dalam A. Schjoldager (Ed.), Understanding Translation (hlm. 39-65). Systime Academic.
Hamzah Hamdani. (2007). Hikayat Abdullah. Selangor: PTS Publication & Distributions Sdn Bhd.
Hasuria Che Omar & Rokiah Awang. (2009). Kelestarian Bidang Penterjemahan. Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia.
Idris Mansor. (2017). Cabaran Dan Pendekatan Penterjemahan Intralingual Jawi Kepada Rumi Undang-Undang Adat Negeri Kedah. Journal of Nusantara Studies, 2(2), 251-263.
Jakobson, R. (1959/2004). On linguistic aspects of translation. Dalam Venuti, L. (ed.), The Translation Studies Reader, second edition (hlm. 180-192). New York: Routledge.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Leech, G. N. (1981). Semantics: The study of meaning. Second Edition. Middlesex: Penguins Book Limited, Haarmondsworths.
Maat, H. (2021). Restricted Translation of Historical Dutch Text. Journal of Variants, 15(16),191-211.
Mardiana Nordin. (2013). Proses dan Kesan Kemasukan British ke Singapura 1819: Catatan Abdullah Abdul Kadir Munsyi dalam Hikayat Abdullah. Jurnal Sejarah, 22(2), 1–33.
Md Zahril Nizam Md Yusoff, Darwalis Sazan, Noriah Mohamed & Mohd Najib Abdul Rahim. (2020). Analisis Stilistik dalam Teks Melayu Hikayat Abdullah. Jurnal Melayu, 19(1), 54-74.
Muhammad Bazli Mahmood & Goh Sang Seong. (Oktober 2018). Terjemahan Intralingual: Anjakan Terjemahan Dalam Penterjemahan Hikayat Bayan Budiman. Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-16, Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya, Malaysia, 8-10 Ogos 2017.
Muhammad Bazli Mahmood & Nur Syamilah Mat Said. (2019). Prosedur Terjemahan Bahasa Istana dan Bahasa Klasik dalam Terjemahan Intralingual Hikayat Bayan Budiman. Journal of Communication in Scientific Inquiry, 1(1), 49–58.
Nida, A.E. (1964). Towards a Science of Translating. Leiden: E.J. Brill.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (1992). Tatabahasa Dewan. Jilid 1: Ayat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Edisi Kedua. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Sulaiman Masri & Mohd Ra'in Shaari. (2007). Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Publications.
Zainal Abidin Ahmad. (1934). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zethsen, K. K. (2009). Intralingual Translation: An Attempt at Description. Meta, 54(4), 795-812.
Zurina Abdullah & Adi Yasran Abdul Aziz (2020). Penilaian Semula Ciri Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Perbandingan Inskripsi. E-Jurnal Bahasa Dan Linguistik, 2(2) 2682-8987.
Wan Abdul Hayyi Wan Omar & Idris Mansor (2019). Pemerhatian Terhadap Terjemahan Teks Sejarah Islam Ke Dalam Bahasa Melayu. Journal of Nusantara Studies, 4(2) 265-281.