Sikap Terhadap Program Peningkatan Pendapatan dan Perubahan kepada Sosio- Ekonomi Peserta Orang Asli
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk menentukan hubungan antara sikap terhadap Program Peningkatan Pendapatan (PPP) dan perubahan kepada sosio-ekonomi dalam kalangan peserta PPP Orang Asli. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk i) menghuraikan latar belakang responden; ii) mengenal pasti tahap sikap dan perubahan sosio-ekonomi; dan iii) menentukan hubungan antara sikap terhadap PPP dan perubahan kepada sosio-ekonomi. Kajian ini melibatkan 110 Orang Asli yang menyertai PPP di negeri Perak. Pemilihan responden adalah secara persampelan bertujuan. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik melalui prosedur tadbir sendiri dengan pemantauan minima oleh penyelidik. Hasil kajian mendapati antara projek PPP yang dijalankan di negeri Perak adalah tanaman sayuran, limau kasturi dan pisang, serta ternakan kambing, lembu, ikan tilapia dan kelulut. Dapatan kajian menunjukkan adanya peningkatan pendapatan dalam kalangan responden walaupun majoriti daripada mereka memperoleh pendapatan bulanan kurang daripada RM1000. Secara keseluruhannya, majoriti responden mempunyai sikap yang positif terhadap PPP, manakala perubahan kepada sosio- ekonomi berada pada tahap yang sederhana. Hasil kajian juga menunjukkan hubungan positif secara signifikan antara sikap terhadap PPP dengan dimensi perubahan sosio-ekonomi (r = .430 hingga r = .681; p<.01). Semakin positif sikap peserta terhadap PPP, semakin meningkat perubahan sosio- ekonomi mereka. Sikap positif peserta Orang Asli terhadap PPP adalah penting kerana sikap berkait rapat dengan tingkah laku, mempengaruhi keterlibatan peserta dalam program ini dan seterusnya meningkatkan status sosio-ekonomi kepada tahap yang lebih baik lagi. Oleh itu, pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti JAKOA perlu terus memainkan peranan dalam memberikan galakan dan sokongan kepada komuniti ini agar mereka terus bermotivasi, terbuka kepada inovasi dan terus berusaha untuk meningkatkan status sosio-ekonomi dan kualiti hidup mereka.
Downloads
References
Anderson, A. (1998). The welcome of strangers: an ethnohistory of southern Maori AD 1650-1850. Otago University Press.
Azlina, M. K., & Ma’rof, R. (2014). Sikap masyarakat Melayu terhadap faktor pembangunan di Hulu Langat, Selangor. Jurnal Seri Alam 11 (2014), 49-60.
Azlina, M.K., Nobaya, A., Asnarulkhadi, A.S., Hanina, H. H. & CW Sharifah Balkis, S.A.H. (2018). Kajian Preliminari Status Sosioekonomi dan Persepsi Peserta Orang Asli terhadap Program Peningkatan Pendapatan. Dalam W.A. Amir Zal, Nurhanan, Mohd Kamil, & Khairul Azhar (Pyt.), Proceeding International Conference on Poverty and Sustainable Society 2018 (ICOPSS 2018) (pp. 286-294). Kelantan: Penerbit Universiti Malaysia Kelantan.
Chamhuri, S. (2004). Pembangunan mapan strategi ‘menang-menang’ untuk pembasmian kemiskinan dan pemuliharaan alam sekitar. Cetakan Ke-2. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Defrancesco, E., Gatto, P., Runge, F., & Trestini, S. (2008). Factors affecting farmers’ participation in agri‐environmental measures: A Northern Italian perspective. Journal of agricultural economics, 59(1), 114-131.
Fishbein, M. & Ajzen, A. (1975). Belief, attitude, intention and behaviour. MA: Addison-Wesley.
Gomes-Casseres, B. (1987). Joint venture instability: Is it a problem (pp. 97-101). Division of Research, Harvard University.
Harmzat, E. J., (1998). Correlation Between Attitude and Socio-Economic Status of Students’ Performance in Computer Science. Science, 3(4), 75-77.
Hassan, H., (2018). Seroprevalence of Q fever among the indigenous people (Orang Asli) of Peninsular Malaysia. Vector-Borne and Zoonotic Diseases, 18(3), 131-137.
Homer, P.M. & Kahle, L.R. (1988). A structural equation test of the value-attitude-behaviour hierarchy. Journal of Personality and Social Psychology 54(4): 638-646.
Jabatan Kemajuan Orang Asli. (2011). Pelan Strategik Komuniti Orang Asli: 2011-2015. Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jabatan Kemajuan Orang Asli.
Jabatan Kemajuan Orang Asli. (2016). Data Maklumat Asas Orang Asli 2016. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Orang Asli.
Koleoso, A., & Olasehinde, O. J. (1998). Relationship between students' attitudes to science and their achievement in physics. Scientia paedagogica experimentalis, 35(2), 305-314.
Lambert, J. D. (1973). Computational methods in ordinary differential equations.
Ma’rof, R. (2001). Psikologi sosial. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Ma’rof, R. (2010). Pembangunan dan kemunduran komuniti peribumi: Kes kemiskinan dalam komuniti Orang Asli. Dalam Laily, P. & Sharifah, A. H. (Pyt.), Kemiskinan di Malaysia: Isu Fundamental dan Paparan Realiti (pp. 96-131). Serdang, Malaysia: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Noralida, T. W., Mohamed, M., Jamiran, M. N. S., Abidin, Z., Zulhilmi, Z., Sam, M., & Aminah, S. (2013). Pembangunan sosioekonomi komuniti orang asli di Malaysia.
Olowookere, J. O. (2000). A study of the attitudes of secondary school and their achievement in history. Unpublished BA (Ed.) Project. Adeyemi College of Education, Ondo, Nigeria.
Oppenheim, A. N. (2000). Questionnaire design, interviewing and attitude measurement. Bloomsbury Publishing.
Oskamp, S., (1977). Courtship American style: newspaper ads. Family Coordinator, 27-30.
Sarjit, S. G., &. Mohd. Roslan, R. (2018). Mengenali Pembangunan Kontemporari Orang Asli. Dalam Sarjit, S.G., & Mohd Roslan, R.(Pyt.), Pembangunan Kontemporari Orang Asli (pp. 1-12). Serdang, Malaysia: Penerbit Universiti Putra Malaysia.