Implisit Judul Berita Pilihan Raya Umum Ke-14

  • Faris Fakhira Tauran Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Keywords: implisit, judul berita, PRU-14, surat khabar, semantik

Abstract

Kemenangan parti pembangkang dalam pilihan raya umum (PRU) kali ke-14 telah memecahkan tampuk pimpinan kerajaan lama yang telah memerintah selama 60 tahun. Pelbagai isu mengenai pilihan raya umum disiarkan menerusi media massa terutamanya media cetak. Media cetak seperti surat khabar juga tidak terlepas daripada menyiarkan pelbagai judul berita yang menarik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa judul berita yang ditulis menggunakan perkataan yang mempunyai makna implisit. Penggunaan perkataan yang mempunyai makna implisit ini akan menyukarkan pembaca untuk memahami judul yang dipaparkan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membincangkan perkataan implisit yang terdapat dalam judul berita PRU ke-14. Kaedah yang dipilih bagi melaksanakan kajian ini ialah kaedah kualitatif. Selain itu, bahan kajian yang digunakan ialah surat khabar Berita Harian keluaran bulan April dan Mei bagi tahun 2018. Namun, berita yang dipilih hanya berfokus kepada berita PRU ke-14 yang mempunyai perkataan implisit sahaja. Setiap data yang dikumpul akan dikateorikan mengikut bentuk kata iaitu kata tunggal, kata terbitan dan kata majmuk. Data yang telah dikategorikan akan dianalisis dengan menggunakan teori semiotik. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat 28 judul berita PRU ke-14 yang menggunakan perkataan implisit. Kebanyakan perkataan implisit ini terdiri daripada kata majmuk iaitu sebanyak 18 judul, diikuti kata tunggal sebanyak 8 judul dan kata terbitan sebanyak 2 judul. Penggunaan perkataan implisit ini adalah bertujuan untuk menarik perhatian pembaca supaya membaca berita yang disiarkan. Justeru, kajian ini secara tidak langsung dapat menunjukkan bahawa berita bergenre politik juga turut menggunakan perkataan implisit dalam penulisan judul berita.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Afrilla Wulandari. (2013). Analisis Kesalahan Penggunaan Diksi Pada Tajuk Rencana Harian Haluan Kepri Edisi April dan Mei 2013. Jurnal Umrah.

Ali Romdhoni. (2016). Semiotik Morris dan Tradisi Penafsiran AlQuran: Sebuah Tawaran Tafsir Kontekstual. Jurnal Pemikiran Islam dan Filsafat, 13, 149-166.

Ana Yuliastanti. (2008). Bekerja Sebagai Desainer Grafis. Diakses pada 9 Disember di laman web https://books.google.com.my/books?id=UQq7CAAAQBAJ&pg=PT89&dq=Pencampuran+hitam+dan+putih+akan+menghasilkan+warna+abu-abu.&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwjjlfCkypLfAhWMP48KHbWXB5kQ6AEILDAA#v=onepage&q=Pencampuran%20hitam%20dan%20putih%20akan%20menghasilkan%20warna%20abu-abu.&f=false

Ahmad Harith Syah Md. Yusuf. (2008). Fungsi Makna Imbuhan Awalan peN-: Satu Analisis Teori Relevans. Disertasi tesis Ijazah Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia).

Bambang Mudjiyanto & Emilsyah Nur. (2013). Semiotika dalam Metode Penelitian Komunikasi. Jurnal Penelitian Komunikasi, Informatika dan Media Massa, 16, 73-81.

Bell, A. (2003). A Century of News Discourse. International Journal of English Studies, 3, 189-208.

Dwi Laksmi Karengga Ruci. (2013). Diksi dalam Judul-judul Berita Harian Lampu Hijau. Suluk Indo, 1, 1-15.

Fanny Indriawaty. (2008). Asosiasi Pornografi Pembaca Terhadap Judul Berita Selebriti Harian Lampu Merah: Sebuah Tinjauan Semantis. Disertasi tesis Sarjana, Universiti Indonesia. Diakses pada 11 September 2017 di laman web http://lib.ui.ac.id/file?file=digital/20160293-RB01I284a-Asosiasi%20pornografi.pdf

Faridah Ibrahim & Chau Pao Ling. (1997). Analisis Semantik Objektiviti citra Ahli Politik Wanita Tempatan dan Antarabangsa. Jurnal Komunikasi,13, 67-91.

Jeniri Amir.(2006). Belajar Menjadi Wartawan. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat.(2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Pelajar Bahasa Melayu Dewan Edisi Kedua. (2016). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Tesaurus Bahasa Melayu Edisi Kedua. (2011). Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd

Leni Safrika, Warni & Andiopenta Purba. (2015). Analisis Penggunaan Idiom dalam Berita Kriminal Surat Khabar Harian Jambi Independent Edisi Juni 2013. Jurnal Pendidikan Bahasa dan Sastra, 5, 72-85.

Maizatul Azura Yahya, Ainal Akmar Haji Ahmad, Noor Aida Mahmor & Nasihah Hashim. (2016). Slogan Iklan dalam Majalah: Yang Tersurat dan Tersirat. Proceeding of ICECRS, 85-92.

Mana Sikana. (2001). Teori Semiotik: Tanda Bahasa dan Wacana Sastera. Jurnal Bahasa. 193-212.

Mohd Zuwairi Mat Saad & Normah Mustaffa.(2017). Teknologi Pendorong kepada Transformasi Corak Penulisan Berita Pilihan Raya Malaysia. Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 12(3).

Muda Mohd Noor. (2008). UMNO: Sokongan Pengundi Naik. Malaysiakini.  Diakses pada 27 Disember 2018 di laman. web https://www.malaysiakini.com/news/78740

Muhammad Zuhair Zainal, Al-Amin Mydin & Ahmad Mahmood Musanif. (2018). Makna Penutur Bagi Ujaran Tak Langsung dalam Skrip Drama Bahasa Melayu. Jurnal Komunikasi, 34(2), 243-262.

Nor Saadah Mohd Salleh & Hashim Musa (2016). Kepelbagaian Makna Leksikal dalam Iklan Produk Kecantikan. Jurnal Pertanika Mahawangsa, 3(1), 25-36.

Sari Wulandari. (2010). Bedah Logo Autocillin Menggunakan Teori Semiotika. Jurnal Binus, 1(2), 478-488.

Shahrul Azman Mohd Noah, Nazlena Mohamad Ali & Mohd Sabri Hasan. (2018). Penentuan Fitur Bagi Pengekstrakan Tajuk Berita Akhbar Bahasa Melayu. Gema Online Journal of Language Studies, 18(2), 154-167.

Syamsidah & Raja Masittah. (2014). Makna Tersurat dan Tersirat dalam Iklan di Radio Berdasarkan Teori Imej dalam Iklan Radio Berdasarkan Teori Imej. International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL), 1, 65-75.

Tatabahasa Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali. (2007). Teori Semiotik Peirce dan Morris: Satu Pengenalan Kaedah Analisis Sastera. Jurnal Pengajian Melayu, 18, 157-171.

Tsar Prasojo R. (2012). Diksi dan Gaya Bahasa dalam Rubik Konsultasi Tabloid Nyata Edisi Januari-Maret 2012. Jurnal Sapala, 1(1), 1-11.

Yuentie Sova Puspidalia. (2015). Bentuk Fungsi, dan Makna Kias dalam Judul Berita Majalah Gatra dan Pemanfaatannya Pada Pembelajaran Bahasa Indonesia di PGMI Stain Ponorogo. Jurnal Cendekia.

Yusof Al-Uqshari. (2005). Sukses Bergaul Menjalinkan Interaksi dengan Hati. Diakses pada 9 Disember 2018 di laman web https://books.google.com.my/books?id=QavRxfOipjUC&pg=PA153&dq=ciri+orang+yang+suka+warna+hitam&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwi_2PX7zJLfAhVRSX0KHcizCkkQ6AEIKjAA#v=onepage&q=ciri%20orang%20yang%20suka%20warna%20hitam&f=false

Zeti Azreen Ahmad, Ismail S.Y. Ahmed, Hartini Wakichan & Hazwani Halem. (2017). GE 13: The Influence of Ethnic Newspapers in Shaping the Opinion of Indian and Chinese Voters. Jurnal Komunikasi, 33(2), 40-54.

Zulkifli Jalil .(2018). Cah Keting Lagikah?. Utusan Online.Diakses pada 23 September 2018 di laman web http://www.utusan.com.my/rencana/utama/cah-keting-lagikah-1.631494
Published
2019-10-22
How to Cite
Tauran, F. and Zainon Hamzah, Z. A. (2019) “Implisit Judul Berita Pilihan Raya Umum Ke-14”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(6), pp. 32 - 44. doi: 10.47405/mjssh.v4i6.265.
Section
Articles