Faktor Penyebab Peningkatan Tanah Pertanian Terbiar di Negeri Kedah Darul Aman

  • Nor Malina Malek Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia.
  • Mohd Zulkifli Ani Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia.
Keywords: Tanah terbiar, Tanah pertanian, Kedah Darul Aman, Pembangunan luar bandar

Abstract

Isu tanah pertanian terbiar sentiasa menjadi perhatian pihak kerajaan dengan memperuntukkan pelbagai insentif dan dana dalam usaha untuk memperkasakan sekuriti makanan negara sekaligus mengelak kebergantungan terhadap bekalan import. Tindakan tersebut wajar supaya negara kekal berdaya tahan daripada sebarang kemungkinan pada masa hadapan di samping menjana ekonomi berasaskan pertanian. Namun, isu peningkatan tanah pertanian terbiar berterusan membelenggu pemilik tanah dan negara apabila berlaku peningkatan saban tahun sepertimana yang dilaporkan oleh Jabatan Pertanian. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan tanah pertanian terbiar di Negeri Kedah Darul Aman. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif dan data dikutip melalui kaedah temu bual separa berstruktur serta pemerhatian langsung. Seramai 33 orang pemilik tanah dan 5 orang informan kajian telah ditemu bual. Kaedah analisis kandungan telah digunakan untuk menganalisis data menerusi transkrip temu bual. Melalui kajian ini, isu sebenar yang dihadapi oleh pemilik tanah pertanian dapat dikenal pasti. Hasil kajian menunjukkan bahawa masalah modal merupakan faktor utama yang mempengaruhi peningkatan tanah pertanian terbiar di negeri Kedah Darul Aman. Selain itu terdapat juga beberapa faktor lain yang mempengaruhi seperti bantuan agensi kerajaan, birokrasi, kekurangan kelengkapan asas, masalah minat dan lain-lain faktor yang merangkumi masalah haiwan liar, bencana alam dan sumber tanah. Hasil kajian ini diharap dapat membantu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri merangka strategi dalam penambahbaikan Dasar Pertanian Negara, melaksanakan pendekatan strategi pertanian yang kompeten di samping pengurusan dan perancangan guna tanah yang lebih dinamik di masa hadapan.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdullah Ahmad Badawi. (2002) Ucapan Dasar YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Konvensyen Tanah Kebangsaan. 1 Oktober 2002. Hotel Nikko, Kuala Lumpur.

Abdullah Muhamad. (2007). Ke Arah Penyelesaian Harta Pusaka Kecil Yang Lebih Bersepadu Cekap Dan Cemerlang. Prosiding Konvensyen Pewarisan Harta Islam, hlm. 62-85.

Amran Zakaria (2022) Pulihkan kelesuan tanah pertanian. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/rencana/2022/02/pulihkan-kelesuan-tanah-pertanian/

Azima Abdul Manaf. (2007). Keupayaan Pendekatan Institusi Dalam Menghurai Punca-Punca Tanah Pertanian Terbiar di Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. [Tesis Sarjana], Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Baharom Bakar. (2020, Mei 7). Tubuh Pasukan Petugas Pulih Tanah Terbiar. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/05/686462/tubuh-pasukan-petugas-pulih-tanah-terbiar

Che Mat, S. H., & Abdul Hakim, R. (2011). Jangka Masa Keluar Daripada Kepompong Kemiskinan dan Ketermiskinan: Kajian Kes di Kedah Darul Aman, Malaysia. International Journal of Management Studies, 18(2), 217–236. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/10356

Godschalk, D. R. (2004). Land use planning challenges: Coping with conflicts in visions of sustainable development and livable communities. Journal of the American Planning Association, 70(1), 5-13.

Jabatan Pertanian Malaysia (2019). Maklumat Tanah Terbiar. Diperolehi daripada Jabatan Pertanian Malaysia http://www.doa.gov.my/index.php/pages/view/411?mid=232.

Jabatan Pertanian Malaysia (2021). Dasar Agromakanan Negara 2021-2030. Diperolehi daripada Jabatan Pertanian Malaysia https://www.pmo.gov.my/wp-content/uploads/2022/02/Ringkasan-Eksekutif-Dasar-Agromakanan-Negara-2.0-2021-2030.pdf

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2019). Laporan Sosioekonomi Kedah 2019. Jabatan Perangkaan Malaysia. https://www.dosm.gov.my

Kamanizam Tindek. (1990). Sikap Pemilik Tanah Di Kampung Melayu Tradisional Terhadap Projek Penyatuan Tanah-Tanah Sawah Terbiar oleh FELCRA: Kajian Kes di Kampung Sri Pilah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tesis Sarjana Muda Sains Pembangunan. Fakulti Sains Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Khanal, N. R., & Watanabe, T. (2006). Abandonment of agricultural land and its consequences. Mountain Research and Development, 26(1), 32-40.

Kurniawati Kamaruddin (13 Mei 2019). Negara Perlukan Reformasi Tanah Terbiar. Bernama. https://www.bernama.com/bm/rencana/news.php?id=1725776

Main Rindam. (1994). Tanah pertanian terbiar Masalah Dan Penyelesaian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Martinez‐Fernandez, C., Audirac, I., Fol, S., & Cunningham‐Sabot, E. (2012). Shrinking cities: Urban challenges of globalization. International journal of urban and regional research, 36(2), 213-225.

Mohd Sabree Nasri & Mohd Sopiee Shiddeq. (2015). Pengurusan dan Pembangunan Tanah pertanian terbiar: Tinjauan Khusus Pada Awal Pemerintahan Islam dan Undang-Undang di Malaysia, Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Naziruddin Abdullah. (2005). Polisi Pentadbiran Dan Pengurusan tanah: Analisis Perbandingan Antara Kanun Tanah Negara dan Hukum Islam. Jurnal Syariah, 13, 125-145.

Pagano, M. A., & Bowman, A. O. M. (2000). Vacant land in cities: An urban resource (pp. 1-9). Washington, DC: Brookings Institution, Center on Urban and Metropolitan Policy.

Prishchepov, A. V., Radeloff, V. C., Baumann, M., Kuemmerle, T., & Müller, D. (2012). Effects of institutional changes on land use: agricultural land abandonment during the transition from state-command to market-driven economies in post-Soviet Eastern Europe. Environmental Research Letters, 7(2), 024021.

Visockiene, J. S., Tumeliene, E., & Maliene, V. (2019). Analysis and identification of abandoned agricultural land using remote sensing methodology. Land Use Policy, 82.

Published
2024-01-30
How to Cite
Malek, N. M. and Ani, M. Z. (2024) “Faktor Penyebab Peningkatan Tanah Pertanian Terbiar di Negeri Kedah Darul Aman”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9(1), p. e002665. doi: 10.47405/mjssh.v9i1.2665.
Section
Articles