Cabaran Guru Menggunakan Bahan Elektronik dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah
Abstract
Pendidikan Sejarah merupakan sebuah ilmu yang tertua dan telah lama diajarkan di sekolah-sekolah di Malaysia serta merupakan satu daripada dua mata pelajaran wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dalam meneliti dan memahami tentang Pendidikan Sejarah, cabaran guru dalam proses pengajaran perlu dititikberatkan bagi memastikan kesempurnaan pembelajaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji cabaran guru menggunakan bahan elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah kualitatif berbentuk kajian kes dan penggunaan instrumen temu bual separa berstruktur digunakan bagi mengumpul data. Seramai sepuluh orang guru beropsyen Sejarah di daerah Kulim dijadikan peserta kajian, iaitu lima orang guru perempuan dan lima orang guru lelaki. Data temu bual dianalisis untuk mencari tema dan diberi kod. Dapatan kajian menunjukkan guru menghadapi beberapa cabaran antaranya kekangan masa, kekurangan kemahiran, peningkatan beban tugas dan kekurangan kemudahan di dalam kelas. Kajian ini memberi sumbangan dalam menyediakan maklumat empirikal tentang cabaran penggunaan bahan elektronik bukan sahaja dalam kalangan guru beropsyen Sejarah, malah juga kepada guru-guru lain.
Downloads
References
Abdul Rahman, M. H., Marzuki, M., Ali, A. H., Abd Latiff, A. N., & Mokhtar, S. (2022). Pelaksanaan Kegiatan Ko-Kurikulum Dan Kemudahan Fasiliti Di Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) dalam Mencapai Kecemerlangan Pendidikan Sekolah Negeri Terengganu. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 7 (45), 18–34. DOI: 10.35631/IJEPC.745002
Abdul Talib, N. S., Abdul Ghani, K., & Yusuff, N. A. (2023). Keberkesanan Aktiviti Pembelajaran Sejarah di Muzium: Satu Kajian Kes. Kajian Malaysia, 41(2), 267–290. DOI:10.21315/km2023.41.2.13
Aziz, N., & Lai, W. S. (2019). Impak Pendidikan Berasaskan Teknologi Terhadap Peningkatan Prestasi Pelajar di UKM. Jurnal Personalia Pelajar, 22(1), 69–75. https://journalarticle.ukm.my/18701/
Charles, M. L., & Ying L. L. (2020, October). Peranan bahan bantu mengajar dan persekitaran maklum balas dalam meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar. National Research Innovation Conference (NRICon 2020), Sarawak, Malaysia. https://www.researchgate.net/publication/344781071
Dahalan, S. C., Abdul Razaq, A., & Awang M. M. (2018, July). Peningkatan pencapaian dalam mata pelajaran Sejarah melalui teknik elaborative interrogation: Satu sorotan kajian. Proceedings of International Conference on The Future of Education (IConFEd), Perak, Malaysia. https://www.researchgate.net/publication/326681205
Fadila, N., Mahamod, Z., & Wan Mohamad, W. M. R. (2016). Kompetensi, sikap dan penggunaan aplikasi web 2.0 sebagai bahan bantu mengajar dalam kalangan guru bahasa melayu sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM, 6(2), 52–58. https://journalarticle.ukm.my/10195/1/117-230-1-SM.pdf
Husin, Z., & Khalid, F. (2014). Kekangan Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Di Kalangan Guru Sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. In F. Khalid, M. Y. Daud & M. J. Abd Rahman (Eds), Aliran Terkini Dalam Pengajaran Sumber & Teknologi Maklumat: Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan (pp. 74–80). Penerbit Fakulti Pendidikan, UKM.
Idris, N. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Mc Graw Hill Sdn. Bhd.
Ilias, M. F., Ismail, M. F. & Jasmi, K. A. (2013, April). Faktor Dorongan dan Halangan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh Guru Pendidikan Islam di Sekolah Bestari. 3rd International Conference on Islamic Education, Selangor, Malaysia. http://eprints.utm.my/37714/
Jaafar, S. A., & Mohd Nor, A. (2016). Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah di Sekolah-Sekolah di Malaysia, 1957–1989. Journal of the Department of History, 25(2), 40–57. DOI: https://doi.org/10.22452/sejarah.vol25no2.3
Kaviza, M. (2019). Penjanaan Kemahiran Belajar dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah melalui Document Based Lessons. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 16(7), 1–12. https://ejournal.ukm.my/ebangi/article/view/34510/9717
Kaviza, M., Abdul Rahim, F., & Bukhari, N. (2019). Aplikasi Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Mata Pelajaran Sejarah dan Hubungannya dengan Motivasi Intrinsik: Satu Kajian Korelasi. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 33, 95–108. https://www.researchgate.net/publication/332114181
Kiamsin, L. @ L. & Talin, R. (2018). Kaedah Pengajaran Sejarah yang Diminati Pelajar dan Justifikasinya. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 3(2), 13 –145. https://doi.org/10.47405/mjssh.v3i2.92
Othman, M. A. (2007). Keberkesanan kaedah pengajaran berbantukan komputer di kalangan pelajar pencapaian akademik rendah bagi mata pelajaran Geografi tingkatan 4 di Negeri Sembilan (Unpublished Doctoral Thesis). Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Poobalan, M. C., & Mahmud, M. S. (2022). Tahap Pengetahuan dan Persepsi Guru Terhadap Pengaplikasian TMK dalam Pengajaran Matematik Sekolah Rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(11), 1–10. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i11.1885
Ramakrishnan, R., Esa, N., & Abdullah, S. H. (2014, August). Kesan Penggunaan Sumber Digital Sejarah Terhadap Amalan Pemikiran Sejarah. 23rd International Conference of Historians of Asia 2014, Kedah, Malaysia (IAHA). https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14569
Taib, S. H., Ismail, M. A., & Abdin Lubis, M. A. L. (2019). Inovasi Kesepaduan dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran di Era Revolusi Industri 4.0. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization, 3(2), 38–54. https://spaj.ukm.my/acerj/index.php/acer-j/article/view/50