Peranan Gaya Keibubapaan dalam Pencapaian Subjek Sejarah Pelajar Tingkatan 6 di Sabah
Abstract
Kesan gaya keibubapaan terhadap prestasi akademik pelajar di Malaysia telah diakui secara meluas. Penyelidikan terdahulu secara konsisten menunjukkan pengaruh gaya keibubapaan terhadap pencapaian akademik pelajar, walaupun terdapat kekurangan tumpuan pada bidang khusus Sejarah. Sehubungan dengan itu, kajian kuantitatif ini bertujuan untuk meneroka gaya keibubapaan yang lazim dalam kalangan ibu bapa tingkatan enam di Sabah dan kaitannya dengan prestasi anak-anak mereka dalam mata pelajaran Sejarah. Untuk mengumpul data, pengkaji telah mentadbir soal selidik Baumrind (1991) versi yang telah diubah suai ke atas 60 orang pelajar tingkatan enam di Sabah yang mengikuti pengajian Sejarah. Perisian Statistical Package for The Social Science (SPPSS) digunakan untuk menganalisis data, termasuk kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan analisis korelasi untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian mendedahkan bahawa pelajar tingkatan enam cenderung mengalami gaya keibubapaan autoritatif, berbanding gaya autoritarian atau permisif, yang mempunyai implikasi terhadap pencapaian akademik mereka dalam Sejarah. Keputusan analisis korelasi menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya keibubapaan dengan pencapaian subjek sejarah pelajar tingkatan enam di Sabah. Namun, kajian lanjutan diperlukan untuk mengesahkan lagi dapatan kajian dengan faktor-faktor lain yang tidak diukur melalui kajian ini.
Downloads
References
Abdullah, Z., Ismail, S. N., Shafee, S., Shaharom, M. S. N., & A.Ghani, M. F. (2019). Pengaruh pembelajaran akademik anak-anak keluarga fakir miskin di sekolah-sekolah Selangor. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 6(2), 44–70. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/17354
Abdul Razak, H. (2015). Hubungan antara personaliti Big Five terhadap pencapaian akademik pelajar. [Unpublished Final Year Project Report]. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Ahmad, A. & Mohd, N. (2016) Persekitaran keluarga dan kesannya terhadap pendidikan anak-anak jalanan di Jalan Chow Kit [Kertas kerja penyelidikan yang dijalankan, Kuala Lumpur] DOI: 10.13140/RG.2.2.15130.75202
Asnawi, A. A., Sombuling, A. & Madlan @ Endalan, L. (2017). Penerimaan gaya keibubapaan dalam kalangan remaja dan kesannya terhadap perkembangan kecerdasan emosi. Jurnal Psikologi Malaysia, 31(2), 78–89. https://journalarticle.ukm.my/21483/
Baumrind, D. (1991). The influence of parenting style on adolescent competence and substance use. The Journal of Early Adolescence, 11(1), 56–95. https://doi.org/10.1177/0272431691111004
Dhakal, K. (2020). Factors affecting academic performance of students at community secondary school in Nepal. Merit Research Jounal of Education and Review, 8(9), 165-170.
Epstein, J.L. (2009). In School, family, and community partnerships: Your handbook for action (3rd ed.). USA: Corwin Press
Fernández-Alonso, R., Álvarez-Díaz, M., Woitschach, P., Suárez-Álvarez, J., & Cuesta, M. (2017). Parental involvement and academic performance: Less control and more communication. Psicothema, 29(4), 453–461. https://doi.org/10.7334/psicothema2017.181
Gosman, M., Nazarudin, M. N., Noordin, Z., Saharin, A., & Saili, S.R. (2020). Hubungan penglibatan ibu bapa dan peranan guru dengan pencapaian akademik pelajar sekolah. International Research Journal of Education and Sciences (IRJES), 4(1), 1-12
Ismail, M. E., Hashim, S., Hamzah, N., A. Samad. N., Masran, S. H., M. Daud, K. A., M. Amin N. F., Samsudin, M. A., & Kamarudin, N. Z. S. (2019). Factors that influence students’ learning: An observation on vocational college students. Journal of Technical Education and Training, 11(1), 93-99. https://doi.org/10.30880/jtet.2019.11.01.12
Ismail, M. R., Ghazali, A. R., A. Latif, K. A., Maromar, F., & Man, S. (2020). Hubungan antara faktor dalaman dan faktor luaran dalam mempengaruhi kemahiran menulis Bahasa Arab pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. E-Jurnal Bahasa Dan Linguistik (e-JBL), 2(1), 1-12. https://doi.org/10.53840/ejbl.v2i1.29
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610.
Low, K. L. & Halim, L., (2016). Pengaruh penglibatan ibu bapa/penjaga dalam pencapaian akademik sains pelajar di sekolah berprestasi tinggi Melaka. Seminar Pendidikan Transdisiplin (Sted2017), UKM, 674-684
Mahamud, I. Y., C. Hassan, N., & M. Fakhruddin, F. (2018). Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran anak di rumah dan hubungannya dengan pencapaian akademik murid sekolah agama bantuan kerajaan (SABK). E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi (E-JPI), 5(1), 42–62. http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75236/
Md. Johan, O., & Md. Nazeri, N. (2010). Profil gaya didikan ibu bapa pelajar cemerlang berbanding pelajar lemah. UTM.
Mokhtar, F. N., Abu Talib, J., Nurdin, F. N. A., & Ab Raji, N. A. (2023). Jenis gaya asuhan ibu bapa, kecerdasan emosi dan hubungannya dengan tingkah laku remaja delinkuen. Universiti Malaysia Terengganu Journal of Undergraduate Research, 5(2), 43–54. https://doi.org/10.46754/umtjur.v5i2.383
Ngien, H. W., Rajoo, M., & Samot @ Samat, N. A. (2022). Analisis literatur bersistematik terhadap hubungan antara keterlibatan ibu bapa dengan prestasi akademik. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 344-363. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/16759
Omar, M., & Hamzah, S. S. (2016). Gaya asuhan ibu bapa terhadap anak-anak dalam kalangan kakitangan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah. Al-Qimah Al-Mudhafah, saa2(1). http://devojs.usas.edu.my/alqimah/index.php/journal/article/view/39
Ramalingam, S., Maniam, M., & Karuppanan, G. (2019). Parents involvement in Selangor Tamil school students’ academic achievement. Muallim Journal of Social Sciences and Humanities, 3(3), 308-333. https://doi.org/10.33306/mjssh24
Raop, N. A. & Razali, S. (2018). Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar Sarjana Muda Psikologi, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Jurnal Sains Sosial, 7, 77-87. https://kuim.edu.my/journal/index.php/JSS/article/view/466
Razali, S. N. (2014). Gaya keibubapaan terhadap pencapaian akademik pelajar sekolah menengah [ Thesis sarjana]. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Saad, L., Hamid, N., Sani, N., & Kamal, U. A. (2023). Parenting styles of low-income parents against truancy symptoms among secondary school students. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 8(50), 561–576. https://doi.org/10.35631/ijepc.850040
Sagaran, P. & Amir, R., (2018). Gaya keibubapaan terhadap lima konsep kendiri pelajar sekolah rendah di Selangor. PROSIDING Seminar Pendidikan Transdisiplin (STEd2018). Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak, 11 – 12 Disember 2018
S. Dharmalingam, G. M. & P. Rajanthiran, R. S. (2019). Implikasi status sosioekonomi keluarga dan persekitaraan terhadap keciciran murid India: Kajian kes di Puchong. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(33), 284-297. https://doi.org/10.35631/IJEPC.4330022
Studer, J.R. & Diambra, J.F. (2010) Getting started. In J.R. Studer & J.F. Diambra (Eds.), A guide to practicum and internship for school counselors-in-training (pp.3-13). New York: Routledge.
Ting, J. C. D., & Surat, S. (2021). Sorotan literatur bersistematik : Faktor-faktor mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(12), 137 - 157. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i12.1210
Wulandari, D., Lee, J. C., & Narawi, N. S. (2018). Pengaruh gaya asuhan ibu bapa terhadap gejala ponteng sekolah. Journal of Education and Social Sciences, 9(2), 11–22. https://ir.unimas.my/id/eprint/20140/
Yahaya, A., Boon, Y. & Noordin. K. (2005). Hubungan antara konsep kendiri, motivasi dan gaya keibubapaan dengan pencapaian pelajar. Dlm. International Conference on Learning and Motivation, City Bayview Hotel, Langkawi, 10-12 Sept 2005