Tahap Pengetahuan Masyarakat Terhadap Keganasan Rumah Tangga: Kajian Rintis

Kajian Rintis

  • Nuruaslizawati Ayob Fakulti Sains Sosial Gunaan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Siti Hajar Abdul Rauf Fakulti Sains Sosial Gunaan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Keywords: keganasan rumah tangga, pengetahuan masyarakat

Abstract

Keganasan rumah tangga merujuk kepada penyalahgunaan kuasa yang digunakan sama ada oleh suami kepada isteri dan/atau sebaliknya melalui keganasan, ancaman keganasan atau mengawal ekonomi serta kehidupan sosial. Satu kajian rintis dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan masyarakat terhadap isu keganasan rumah tangga. Kajian ini melibatkan seramai 50 orang responden telah dipilih secara rawak mudah. Data dikumpul melalui edaran borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian SPSS dengan menggunakan analisis berbentuk deskriptif untuk mengukur min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan bagi menerangkan tahap pengetahuan masyarakat mengenai isu keganasan rumah tangga. Hasil analisis mendapati bahawa tahap pengetahuan masyarakat mengenai keganasan rumah tangga adalah pada tahap yang sederhana. Dicadangkan agar pihak bewajib melipatgandakan usaha atau inisiatif dengan menguar-uarkan kepada masyarakat khususnya maklumat mengenai keganasan rumah tangga supaya masyarakat pada hari ini lebih peka mengenai isu keganasan rumah tangga.

Statistics
Abstract views: 96 , PDF downloads: 117

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2019-11-24
How to Cite
Ayob, N. and Abdul Rauf, S. H. (2019) “Tahap Pengetahuan Masyarakat Terhadap Keganasan Rumah Tangga: Kajian Rintis”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(7), pp. 62 - 67. Available at: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/274 (Accessed: 29May2020).
Section
Articles